Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

31/07/2013

Kenapa Aku Langgar 5 Lampu Isyarat Hari Ini?

Salam,

Hehehehehe,

Ini memang amalan yang tak bermoral kenapa saya langgar lampu isyarat satu analisis.

1. Kerana lampu lambat bertukar menjadi hijau.
2. Kerana jalan clear walaupun terdapat kereta yang menunggu.
3. Kerana aku tak der kesedaran sivil. . hehehehehe
4. Ini yang paling membuatkan aku terharu adalah kerana aku kurang sabar walaupun sekarang bulan puasa.
5. Kerana aku kejar punch time

6. Kerana aku dah redha untuk dikenakan saman...


Harap-harap JPJ xder baca post saya ni . Dan kepada anda jangan amalkan amalan yang buruk ini. Boleh ambik iktibar.

Wassalam.

30/07/2013

Pengasas Ambank Mati Ditembak


Salam,

Pengasas Ambank Kelahiran Iran yang mendapat taraf penduduk tetap ditembak selepas selesai urusan jual beli saham di sebuah tokong dibukit Bintang. Pembunuh upahan melarikan diri dengan menaiki teksi. Selamba giler. isteri beliau turut terkena tembakan di tangan dan peha .

Apa nak jadi tak tahu la kat negara kita nie. Senang sangat nak bunuh orang. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal nie .. sama-sama kita fikir , atau memang dah ada pihak yang mula berfikir atau baru nak berfikir.

Wassalam.

Sumber : Kosmo

29/07/2013

IFTAR di Pelita Wisma Centre

Beratur Panjang Bangat


Juadah Pilihan : Udang dan Burung Puyuh serta air kelapa pandan

Solat Maghrib di Majid KLCC

Andrea Juara Apprentice Asia!


Salam,


Sahih pemenang untuk Apprentice Asia musim pertama adalah Andrea peserta daripada Singapura, peguam yang berumur 25 tahun.

Alexis calon berkaliber difired oleh Tony mungkin kerana Alexis tidak ada cita-cita untuk jadi perantis Tony Fernandes. Mungkin Idola Alexis bukan Tony tetapi tokoh dari western.

Sam, "die hard fan" Tony Fernandes tetapi terlalu berumur atau rebung yang sudah matang. Sedangkan tujuan perantis adalah untuk mencari rebung yang boleh diacuankan mengikut gaya Tony Fernandes.

sekarang yang tinggal Jonathan peserta dari Filipina yang sangat pandai bercakap dan penuh bersemangat. Bahasa Inggeris fasih, bagaikan tersembur air liur keluar, satu bonus.

Begitu juga Andrea peguam yang ingin menceburi dunia "enterpreneur"
kerana sudah bosan menjadi peguam katanya dalam tugasan temuduga. Bahasa Inggeris dan komunikasi lancar , macam mengunyah makanan di dalam mulut .

Peserta Malaysia yang dah kena "fired" tidak pandai nak defend diri sendiri . itu antara kelemahan yang saya nampak.

Sedang tido lena diulit miqdad, waktu dah nak bangkit untuk sahur . Masih sempat daku bermimpi Andrea adalah Juara Perantis Asia musim pertama. Namun , keputusan akhir adalah pada 31.7.2013.

Saya dan orang rumah memang tak terlepas mengikuti rancangan ini.

Wassalam.
http://stcommunities.straitstimes.com


Aku Telah Jumpa Malam Lailatul Qadar!

Salam,

Masa kecil-kecil dulu dekat Masjid Kampung Langkap, di daerah Setiu.. bila masuk 10 hari Ramadhan terakhir . Memang tak sah kalo Ustaz-ustaz yang datang bagi ceramah agama tidak menyentuh mengenai malam lailatul qadar dan kelebihannya.

Malam lailatul qadar dikatakan adalah malam ganjil dan hanya berlaku pada 10 hari tersisa.

So setiap pagi saya pada 10 pagi tersisa saya akan bangun awal dan melihat jika-jika ada pokok-pokok sekitar rumah yang sujud atau rukuk ke bumi. dikatakan pada malam tersebut pokok-pokok akan sujud ke bumi.

Setakat ni belum pernah jumpa lagi. hehehe..

Kadang-kadang suasana pada waktu pagi 10 hari tersisa amat nyaman dan tenang.

Matahari tak panas seakan-akan ada cincin atau gelang sekitar matahari. Kebanyakan hari begitu so mana satu malam lailatul qadar .

Malam yang dikatakan seperti membuat amal ibadah selama seribu bulan.

1 ribu  bulan bahagi dengan 12 bersamaan dengan 83 tahun .. huyooo... umur kita pun mungkin tak sampai 83 tahun .

Setelah membuat kajian dan eksperimen malam lailatul qadar boleh didapati dengan menggunakan sifir yang mudah .

Iaitu pada malam 10 yang tersisa bermula daripada semalam ( imam baca doa qunut semasa solat witir) anda hendaklah sentiasa bangun malam sehinggalah diistiharkan esok Raya oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja.

Itulah aturannya untuk mendapatkan malam lailatul qadar . usah menghitung hari .

wassalam,

26/07/2013

Penangan Ashraf Muslim Dan Sidang Media

Salam,

Saya tidak akan bercakap mengenai Ashraf Muslim. Itu hak dia , Noktah . Tetapi tempias kahwin dua ni bagai melanda golongan muda generasi Y .

Kita jarang dengar generasi Y yang lahir tahun 1981 ke bawah kahwin dua. Selalunya bila dah berumur 40 tahun ke atas baru tambah lain.

Untuk membaca mengenai Sidang Media yang dibuat oleh Ashraf Muslim anda boleh ke blog http://www.queachmad.com/2013/07/ashraf-muslim-terkini-saya-tahu-dayana.html

Wassalam.

25/07/2013

Keputusan PRK Kuala Besut : Padah main-main

Salam,

Firasat saya sebelum ini adalah tepat di mana BN mengekalkan kerusi dun dengan majoriti 2,592.

Parti pembangkang mungkin akan menang sekiranya meletakkan UIA bertanding di sana. Ini kerana , saya agak UIA tidak berminat dalam berpolitik atau beliau diberikan peranan lain iaitu menarik golongan muda.

Walaubagaimanpun , Kuala Besut masih lagi Kubu kuat parti kerajaan walaupun ia bersempadan dengan Negeri Kelantan.

Wassalam.

24/07/2013

Ramalan Keputusan PRK Kuala Besut 2013

Salam,

Kuala Besut adalah salah satu jeti untuk ke Pulau Perhentian . Pada hari ini 24.7.2013 PRK Kecil akan dibuat kerana pemergian penyandang sebelum ini. Jumlah pengundi berdaftar 17, 679 orang .

Pada PRU 13 yang lalu BN menang dengan lebihan undian 2,434.

Signifikan PRK kecil ini adalah kerana jika PAS memenangi Dun Kuala Besut bermakna kerusi pembangkang dan kerusi kerajaan bagi Dewan Undangan Negeri Terengganu akan menjadi sama 16 - 16.

Teringat ketika saya mengundi pada PRU 13 yang lepas di Dun Langkap , Parlimen Setiu . Waktu malam, ketika pengumuman calon yang menang. Debaran menanti kerana jika calon yang dipilih kalah bermakna senario pemerintahan negeri akan berubah.

Tetapi , kami sekeluarga tidak peduli sangat dengan pemerintahan negeri yang bertukar . Namun yang lebih penting adalah masjid kampung saya. Emak mengatakan yang paling penting adalah MASJID kampung. kerana ada ura-ura jika parti yang tidak disokong menang mereka akan mengambil alih masjid serta merta.

Itu yang membuatkan mak berasa susah hati . Nasib baik Parti yang disokong memenangi pilihanraya berkenaan. Tetapi menang tipis.

Pada malam itu juga ayah kelihatan gelisah mundar mandir ke tempat orang berkumpul untuk bersama-sama melihat keputusan pilihanraya. Ketua kampung juga tidak terkecuali, hampir terlelap di depan TV.

Oleh yang demikian, apabila tiba saja  pilihanraya, apa yang penting bagi saya dan emak saya adalah MASJID kampung kami.  Walaupun saya menetap di Selangor, tetapi hati tetap di kampung. Di masjid tempat saya membesar dan bermain.

Ramalan saya . BN akan menang, mungkin terdapat pertambahan majoriti. Kecuali pembangkang meletakkan Ustaz Azhar Idrus boleh jadi BN boleh tewas. Ianya sekadar ramalan.
Di Resort Pulau Perhentian pada 14 - 16.6.13

Wassalam.

23/07/2013

Ben Ashaari : Confirm hadir Majlis Berbuka Puasa Di MaTiC 2013

Salam,

Semasa rehat tengahari , saya terima dua sms daripada Blogger Ben Ashaari yang menyatakan confirm 29 orang blogger  termasuk sekali dengan yang membawa spouse masing-masing akan hadir majlis berbuka puasa di MaTiC.

 So Terus call Wati selepas usai solat zuhur untuk confirmkan tiga meja direserve kepada para blogger dan signage blogger diletakkan di atas meja.

Hopefully kehadiran bloggers akan menyerikan lagi majlis berbuka puasa di MaTiC pada 24.7.2013 .

Akhir sekali,  xderla blogger yang post something yang kurang enak berkenaan MaTiC. " i saw, i script or i screw it " tagline maut sebagai blogger hehehe..  terpulang kepada anda sebagai blogger .

Post sejujurnya melalui mata hati , bukannya untuk menyedapkan hati tuan rumah. Wassalam.

22/07/2013

Malaysia lawan Chelsea 2013 : Bukan salah Datuk K !

Salam,

Ramai yang kecewa dengan keputusan semalam.. keputusan kalah dengan 1-4 adalah perkara biasa sekiranya kita menganalisa prestasi semasa pasukan bolasepak negara.

Namun, ramai yang menyalahkan Jurulatih Negara Datuk K.Rajagopal. Apa salahnya Datuk K.Rajagopal beliau diluar padang bukannya di dalam padang. hehehe..

Pada saya punca kekalahan adalah dari segi stamina para pemain dan juga faktor fizikal para pemain Jika dalam tempoh 90 minit pemain kita masih mampu bermain dan tidak berasa semput dan di tambah pula dengan strategi taktikal yang betul kita mungkin boleh menang.

Apa-apapun jangan salahkan Datuk K.Rajagopal. Jika beliau diganti sekali pun tiada jaminan prestasi pasukan negara akan meningkat .

Pada tanggapan saya yang perlu dipersalahkan adalah para pemain. Kerana bukannya mereka sentiasa dilatih oleh Datuk K.Rajagopal . Malah yang mewakili negeri dan kelab mereka bermain dan dilatih oleh jurulatih masing-masing.
kredit : kampungchelsea.blogspot.com
Bagaimana dengan saya? sudah lama gantung booth . Cuma kadang-kadang bermain futsal dengan rakan sekerja.

Teringat masa kat kampung dulu, semasa perlawanan peringkat kampung. Nama-nama pasukan  berdasarkan kawasan kediaman . seperti jika rumah berdekatan dengan kubur maka anak-anak muda akan dimasukan kedalam team kubur. saya team kubur. Ada pasukan team Guntung, team Bukit dan team Pasar.

Hadiah berupa ayam hidup daripada juara hinggalah tempat ketiga.

Team saya mendapat tempat kedua . Jadi malam tu pakat ramai-ramai datang rumah saya makan nasi berlauk sup ayam, emak saya yang masak kerana ayam tak cukup nak dibahagikan kepada 7 orang pemain .

Pada perlawanan tersebutlah saya mendapat kecederaan pada pangkal peha. sampai sekarang terasa kesan dia. Bila nak ambil wuduk sebelah kaki kiri, saya tidak boleh angkat lama-lama.  Mungkin masa kena saya tak pergi berurut secara kampung. Biasala tingkatan 3 pada masa tu . Mana tahu semua tu .

18/07/2013

WTF? : 23 Hartanah Sebelum Berumur 30


Salam,

Pagi tadi usai solat subuh saya sempat habiskan buku " WTF? : 23 Hartanah Sebelum Berumur 30 " dikarang oleh saudara Faizul Ridzuan yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu oleh saudara Ariff Shah untuk kenali beliau sila ke  www.ariffshah.com . Banyak juga la kesalahan ejaan dan juga ada mukasurat yang kabur kerana terdapat pertindihan perkataan.

Tetapi yang pentingnya di sini, ingin saya tekankan adalah kandungan buku tersebut dan olahan setiap peristiwa adalah amat mengujakan. Buku ini saya syorkan kepada anda yang meminati pelaburan hartanah kerana ianya begitu praktikal dan mudah difahami.

Malah saya juga syorkan kepada anda bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum membaca buku-buku yang dikarang oleh penulis barat berkenaan real estate walaupun buku berkenaan ditulis oleh Robert Kiyosaki atau Robert G. Allen  yang kebanyakkannya tidak relevan untuk dipraktikan di negara kita.

Gambar Buku di ambil usai baca :)

17/07/2013

Hari Sukan Pertama Sebagai Bapa


Salam,
Ini adalah kali pertama menghadiri hari sukan anak sejak bergelar bapa empat tahun yang lalu. So ingatkan bila anak berumur 6 tahun masuk tadika baru merasa semua ni. Tapi pengalaman ni datang lebih awal.
Hari sukan ni diadakan di Dewan Dato, Ahmad Razali Ampang oleh Tadika Little Caliph pada 7 Julai 2013. Adam Miqdad masuk dua acara iaitu bawak bola ping pong dalam sudu dan bawak bola celah kangkang . yang mana kedua-dua permaian mendapat tempat kedua secara berkumpulan. Dapatlah bawa pulang dua botol susu dan dua mangkuk kecil .


Adam Miqdad Bersama hadiah yang di menangi


Penyampaian Hadiah

15/07/2013

Terapi Ion Pak Nik

Salam,

Ha, Waktu lunch tak boleh makan tengahari so ambik kesempatan pergi ke gombak untuk mencuba Terapi Ion Pak NIk yang baru ni bukak. Ini kali kedua datang . Kali pertama banyak warna-warna kehijauan yang keluar , untuk kali kedua pun sama juga.

Tapi yang bezanya kali ini lebih cepat warna kehijuan yang keluar yang menandakan terdapat banyak angin dan juga kolestrol daripada hati dan pundi hempedu.

bagi anda yang mempunyai masalah penyakit kronik boleh mencuba rawatan alternatif ini. Sila call sebelum datang . sebab waktu puasa masa adalah fleksibel. Kadang-kadang-kadang bukak , kadang-kadang tidak .







12/07/2013

Sahur ala kadar

Salam,

Bersahur ala kadar bila tidak tahu nak makan apa. Masa saya kecik dulu mak selalu masakan ayam goreng yang mana merupakan ayam kampung yang ditangkap sebelah petang.

Sebahagian akan dimakan semasa berbuka dan sebahagian lagi akan digoreng semasa bersahur. kerana adik saya agak sukar untuk bangkit daripada tido.

Apabila terbau ayam goreng mereka akan segera bangun kerana ianya akan memecahkan rasa air liur mereka hehehehe.. Semalam ayam goreng takder . so untuk pecahkan rasa air liur ini sahaja yang dimakan iaitu telur masin, ulam-ulam yang dicelur dicicah dengan budu . dah cukup untuk sahur . Alhamdulilah.

10/07/2013

Hari Pertama Puasa

Salam,

Selamat berpose saya ucapkan kepada kaum muslimin diseluruh dunia. Kerana semua umat Islam sedang berpuasa, cuma yang bezanya adalah awal sehari atau cepat sehari mengikut kepada putaran bumi. Itulah salah satu keindahan Islam.

 Jadi sempena bulan puasa yang mulia ni . kita perbanyakkanlah membaca buku-buku keagamaan. Tengahari tadi sempat la jugak saya  ke Kinokuniya KLCC beli beberapa biji buku. Maka inilah hasilnya bagi menambah koleksi perpustakaan mini dirumah .

Saya dah lama ingin beli buku Tuesday With Morrie, Manakala Ustaz kazim Adalah Idola saya dan tersesat satu buku berkenaan dengan hartanah iaitu " 23 Hartanah Sebelum Berumur 30 tahun" buku ni nampak okay je . lagipun ianya nampak lebih praktikal berbanding dengan buku hartanah yang lain.

Akhir bulan nanti saya dah rancang nak beli beberapa buah buku lagi . Tapi kena habiskan buku-buku ini dulu jika tidak ianya membazir .

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff