29/07/2013

Aku Telah Jumpa Malam Lailatul Qadar!

Salam,

Masa kecil-kecil dulu dekat Masjid Kampung Langkap, di daerah Setiu.. bila masuk 10 hari Ramadhan terakhir . Memang tak sah kalo Ustaz-ustaz yang datang bagi ceramah agama tidak menyentuh mengenai malam lailatul qadar dan kelebihannya.

Malam lailatul qadar dikatakan adalah malam ganjil dan hanya berlaku pada 10 hari tersisa.

So setiap pagi saya pada 10 pagi tersisa saya akan bangun awal dan melihat jika-jika ada pokok-pokok sekitar rumah yang sujud atau rukuk ke bumi. dikatakan pada malam tersebut pokok-pokok akan sujud ke bumi.

Setakat ni belum pernah jumpa lagi. hehehe..

Kadang-kadang suasana pada waktu pagi 10 hari tersisa amat nyaman dan tenang.

Matahari tak panas seakan-akan ada cincin atau gelang sekitar matahari. Kebanyakan hari begitu so mana satu malam lailatul qadar .

Malam yang dikatakan seperti membuat amal ibadah selama seribu bulan.

1 ribu  bulan bahagi dengan 12 bersamaan dengan 83 tahun .. huyooo... umur kita pun mungkin tak sampai 83 tahun .

Setelah membuat kajian dan eksperimen malam lailatul qadar boleh didapati dengan menggunakan sifir yang mudah .

Iaitu pada malam 10 yang tersisa bermula daripada semalam ( imam baca doa qunut semasa solat witir) anda hendaklah sentiasa bangun malam sehinggalah diistiharkan esok Raya oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja.

Itulah aturannya untuk mendapatkan malam lailatul qadar . usah menghitung hari .

wassalam,

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff