29/07/2013

Andrea Juara Apprentice Asia!


Salam,


Sahih pemenang untuk Apprentice Asia musim pertama adalah Andrea peserta daripada Singapura, peguam yang berumur 25 tahun.

Alexis calon berkaliber difired oleh Tony mungkin kerana Alexis tidak ada cita-cita untuk jadi perantis Tony Fernandes. Mungkin Idola Alexis bukan Tony tetapi tokoh dari western.

Sam, "die hard fan" Tony Fernandes tetapi terlalu berumur atau rebung yang sudah matang. Sedangkan tujuan perantis adalah untuk mencari rebung yang boleh diacuankan mengikut gaya Tony Fernandes.

sekarang yang tinggal Jonathan peserta dari Filipina yang sangat pandai bercakap dan penuh bersemangat. Bahasa Inggeris fasih, bagaikan tersembur air liur keluar, satu bonus.

Begitu juga Andrea peguam yang ingin menceburi dunia "enterpreneur"
kerana sudah bosan menjadi peguam katanya dalam tugasan temuduga. Bahasa Inggeris dan komunikasi lancar , macam mengunyah makanan di dalam mulut .

Peserta Malaysia yang dah kena "fired" tidak pandai nak defend diri sendiri . itu antara kelemahan yang saya nampak.

Sedang tido lena diulit miqdad, waktu dah nak bangkit untuk sahur . Masih sempat daku bermimpi Andrea adalah Juara Perantis Asia musim pertama. Namun , keputusan akhir adalah pada 31.7.2013.

Saya dan orang rumah memang tak terlepas mengikuti rancangan ini.

Wassalam.
http://stcommunities.straitstimes.com


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff