18/07/2013

WTF? : 23 Hartanah Sebelum Berumur 30


Salam,

Pagi tadi usai solat subuh saya sempat habiskan buku " WTF? : 23 Hartanah Sebelum Berumur 30 " dikarang oleh saudara Faizul Ridzuan yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu oleh saudara Ariff Shah untuk kenali beliau sila ke  www.ariffshah.com . Banyak juga la kesalahan ejaan dan juga ada mukasurat yang kabur kerana terdapat pertindihan perkataan.

Tetapi yang pentingnya di sini, ingin saya tekankan adalah kandungan buku tersebut dan olahan setiap peristiwa adalah amat mengujakan. Buku ini saya syorkan kepada anda yang meminati pelaburan hartanah kerana ianya begitu praktikal dan mudah difahami.

Malah saya juga syorkan kepada anda bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum membaca buku-buku yang dikarang oleh penulis barat berkenaan real estate walaupun buku berkenaan ditulis oleh Robert Kiyosaki atau Robert G. Allen  yang kebanyakkannya tidak relevan untuk dipraktikan di negara kita.

Gambar Buku di ambil usai baca :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff