Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

29/08/2013

Merdeka @ MaTiC Selamat Datang Penduduk Bumi

Salam,

Kepada blogger-blogger di luar sana .. dan kepada Autobot di mana jua anda terperosok.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan Merdeka pada tahun ini. Sematkan dalam diri anda sebagai sebuah negara merdeka yang mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.

Program diadakan pada 31.8.2013 hari Sabtu bermula pukul 9.00 pagi dan berdasarkan kepada sape yang berdaftar terlebih dahulu. Yang lambat mintak maaf jika kuota sudah penuh.

Pusat Pelancongan Malaysia aka MaTiC sekali lagi pada tahun ini menyahut slogan 'MERDEKA' , 'MERDEKA' , 'MERDEKA' dengan mengadakan Progran MERDEKA @ MaTiC sempena 31 Ogos 2013 dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang akan mengegarkan sel-sel neuron otak anda seperti merdeka hunt lebih 10 checkpoint sekitar MaTiC yang anda perlu singgah dan menjawab soalan patriotik ( jangan lupa membaca buku sejarah tingkatan 3 dan 5) .

Anda juga boleh gegarkan sekali IQ anak anda dengan mendaftarkan mereka untuk pertandingan mewarna tetapi hanya 10 tahun ke bawah sahaja. . yang 10 tahun ke atas tolong bagi tunjuk ajar saja kepada adik-adik.

Akhir sekali untuk mengubati penyakit tosil di tekak anda sila lah jangan malu-malu untuk mendaftarkan diri menyertai pertandingan nyayian lagu patriotik dan kebarangkalian untuk anda menang mungkin ada sekiranya peserta yang lain bersuara sumbang.

Pada sebelah malam dalam pukul 10.00 hingga 10.30 anda akan dihiburkan dengan nyanyian Roy (Penyanyi lagu patriotik) dan juga Lan Typewritter.

Hadiah memang lumayan boleh baca sendiri di bawah.


Wasalam, Message end .. from Optimus Prime


MERDEKA HUNT(Terhad Kepada 50 Kumpulan Sahaja)

09.00pg-09.30pg - Pendaftaran Peserta (Tapak KLFF)

09.30pg-09.45pg - Taklimat Kepada Peserta (Tapak KLFF)

10.00pg-01.00tgh -Pertandingan MERDEKA HUNT Bermula

02.00tgh-02.30tgh - Penyampaian Hadiah (Pentas KLFF)

Johan – Rm 300.00
N.Johan – Rm 200.00
Ketiga – Rm 150.00



PERTANDINGAN MEWARNA(Kanak-kanak 10 tahun kebawah sahaja)

09.00pg-09.30pg - Pendaftaran Peserta (Tapak KLFF)

09.30pg-09.50pg - Taklimat (Art Galeri Matic)

10.00pg – 12.00tgh – Pertandingan Bermula (Art Galeri Matic)

1.30tgh – 2.00 tgh – Penyampaian Hadiah ( Pentas KLFF)

Pertama – Rm 100.00
Kedua - Rm 70.00
Ketiga - Rm 50.00
Saguhati –Hamper x 3



PERTANDINGAN NYANYIAN PATRIOTIK (Minus One bawak sendiri)
09.00pg-09.30pg - Pendaftaran Peserta (Tapak KLFF)

09.30pg-09.50pg - Taklimat (Amphiteater)

10.00pg – 05.00ptg - Peringkat Saringan (Amphiteater)

08.30mlm – 11.00mlm – Peringkat Akhir dan Penyampaian hadiah
(Pentas KLFF)

Johan – Rm 1000.00
N.Johan – Rm 700.00
Ketiga – Rm 500.00
Saguhati –RM 200.00 x 5









Poster Merdeka@MaTiC

Poster Lokasi dan Program

27/08/2013

Sistem Pendidikan Memang Kejam, Sangat Kejam

Salam ,

Jam menunjukkan jam 11.30 malam, lampu ruang tamu dan lampu bilik semua dah ditutup. Hanya kedengaran enjin kereta jiran-jiran yang parking dihadapan rumah serta alarm dihidupkan.

Tiada sahutan anjing-anjing yang gelandangan yang berkeliaran di tempat pembuangan sampah berdekatan dengan surau al-falah , surau yang selalu aku datang solat isyak secara berjemaah.

Bulan pada malam itu bercahaya penuh, pertengahan bulan syawal kalendar Islam.

Aku menarik kain selimut berwarna kuning , kenapa warna kuning kerana aku memang kerabat diraja belah mak aku . hehehehe dan siap siaga untuk memulakan perjalanan lenaku yang panjang. setelah usai mengosok gigi dan memakai uniform tido.

" yang, homework anak belum siap lagi " , gemeresik suara isteriku di cuping telinga .

Aduhai potong betul ... aku bingkas bangun .. kejam betul dunia nie. ada ke budak yang berusia 4 tahun dah ada homework ..

Aku dulu masa kat kampung baya-baya anak sulung aku nie . tak kenal apa itu homework .. aku pun tak ingat apa aku buat masa umur aku 4 tahun. Yang aku dapat ingat pun ketika aku masuk tadika dan ke atas. Masih segar diingatan, rakan tadika bernama Hanafiah panjat jaring-jaring sekolah tadika dalam keadaan bogel sebab mak dia tinggalkan dia selepas hantar dia ke tadika. Dia tanggalkan pakaian dan mula membuat aksi memanjat. Budak-budak lain jadi penonton termasuk la aku. ..

Aku masih ingat lagi , aku terbuang air besar dalam seluar panjang dan terus berjalan pulang ke rumah sambil cikgu tadika panggil aku dari belakang , aku buat dont know je .. umah aku dekat je dengan sekolah tadika. Masa di tadika aku cukup tak suka kalo dihidangkan dengan jemput-jemput ikan bilis yang disediakan oleh Kak Dah .

Aku agak masa umur aku 4 tahun aku main congkak buat pakai lubang dalam tanah, main hujan atau terjun sungai dan lastik burung itu aktiviti standard kanak-kanak di kampung aku di Kg Langkap Setiu Terengganu.

Apa lagi aku bangkitkan anak aku yang dah mula nak tido nak setkan meja rendah untuk dia siapkan kerja sekolah .. kadang-kadang anak aku mengeluh dah penat .. dan kitaorang akan menyanyi sambil membuat senaman tangan. xnak bagi anak aku bosan atau terlena.

Akhirnya dalam pukul 12.30 homework yang diberikan teacher Little Calips dapat disiapkan . Itu pun aku yang tolong pegang tangan dia tulis beberapa huruf dan nombor . Aku rasa esok teacher dia tau yang parent dia buatkan .. hehehe.

" Penat la ayah " , kata anak aku . Pergi la tido . ..

Wassalam.




Homework Pertama Dalam Sejarah


Fokus Pada Homeworks

Dah hampir siap

26/08/2013

Memang BETUL MaTiC Tu Panas

Salam,

Weekend yang ceria.. pagi-pagi lagi cahaya matahari cuba mengeringkan embun-embun jantan kat atas rumput depan rumah aku. Cuaca pada pagi itu memang cantik dan mendamaikan. Maklum la hari ahad . Tak de la terkejar-kejar nak masuk kerja.

Anak aku masih tidur, perlahan-lahan aku mengambil kunci motor rempit aku yamaha 125 yang aku beli masa belajar dulu. Ayah aku bagi duit untuk bayar muka, tapi tak cakap motor apa, jadi aku rembat la yamaha 125. Beli dekat kedai Kea Nam jalan pasar. Banyak-banyak kedai kat KL yang aku banci . Kedai ni yang jual motor paling murah . Harga kat kedai area sentul yang famous tu pun tak dapat lawan harga motor kat kedai ni.

So pagi tu aku jalan jengkit-jengkit kat ruang tamu, takut anak aku sedar dari lena yang panjang. Kalo dia sedar confirm nak ikut aku. Sebabnya last week aku bawak dia sekali. Dia ada berkenan dengan kereta mainan yang boleh bertukar jadi robot. Jadi untuk elakkan diri aku di pow oleh anak aku sendiri, aku bukak pintu gril perlahan-lahan beb.

Aku hidupkan motor rempit aku menuju ke pasar pagi Batu 14 Hulu Langat ,, Pasar ni berdekatan dengan Masjid . Dari pasar aku boleh dengar ceramah yang berkumandang di udara

Sedang aku pusing-pusing cari breakfast , aku tiba di gerai jual suratkhabar dan majalah..

Tiba-tiba mata aku terpandang buku yang selama ni aku duk cari kat kat kedai-kedai tapi tak der .. " Mata Tak Berhijab siri 2" memang rezeki aku pagi nie.

Kata orang rezeki tu ada pada waktu pagi . so korang jangan ajar diri bangun lewat .

Apa lagi aku sambar la satu buku tu . harga rm 12 hinggit. Kat situ aku beli breakfast Bihun goreng, bihun sup dan juga nasi kerabu.

Balik umah aku layan buku Mata Tak Berhijab sambil menyuap nasi kerabu ke mulut ..

Baru aku tahu MaTiC tu PANAS! pada halaman ke 132 buku berkenaan. Dalam bab "Pelakon Tambahan"

Aku ringkaskan cerita. Ianya menceritakan berkenaan diri penulis yang membuat teater di MaTiC pada tahun 2001 bawah kelolaan Puan Fauziah Nawi berjudul ' Dari Bintang Ke Bintang' . Sedang membuat latihan penulis ternampak burung besar dekat railing. Penulis sangkakan burung besar tetapi .. aku tak boleh nak cerita banyak sangat kat korang sebab tempat tu bersebelahan dengan tempat aku berada sekarang nie.. meremang bulu ketiak aku yang sedang menulis entri ni siiutla!!! nanti tak pasal-pasal benda ni ikut aku balik umah . sebab tu setiap kali balik umah kita kena singgah mana-mana dulu .

Terutama yang ada anak kecil kat umah. Benda ni ada di sekeliling kita.. Ceh!!! promote buku ni pulak..

Kalo nak baca cari la sendiri buku nie aku tak leh cerita panjang. Aku ada sebab yang tersendiri

Wassalam.


Terjumpa di Pasar Pagi


Mata Tak Berhijab Siri 2 kat tangan aku beb hehehehehe..


Kisah Benar seram giler


25/08/2013

Satu Malam Di Kuala Lumpur 1Malaysia Family Fair

Salam,

Malam hujung minggu yang begitu menghiburkan aku kira begitu. Tatkala ramai penghuni kota Kuala lumpur menghabiskan hujung minggu dengan bercuti luar daripada Kuala Lumpur seperti bersantai di tepian pantai yang berdekatan dengan pinggir kota, yang famous adalah Pantai Morib dan juga Pantai Port Dickson .

Apa kata mereka-mereka yang tidak tau apa yang perlu dibuat bagi memenuhi malam minggu dengan berkunjung ke Pusat Pelancongan Malaysia aka MaTiC.

Jadi semalam aku sempat santai dan rileks di Pusat Pelancongan Malaysia. Jalanraya pun tak jem, sebabnya warga KL memang tak masuk kota pada hujung minggu kecuali mereka-mereka yang ingin shopping di Jalan TAR atau pekerja-pekerja syarikat swasta yang bekerja separuh hari .

Aku sampai di MaTiC dalam pukul 6 petang, di mana acara kemuncak adalah pukul 9 hingga 10.30 malam. Sebelum tu ada jualan di gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan juga pakaian serta gerai cenderamata.

Mana-mana yang tak tau MaTiC di mana ianya bersebelahan dengan kelab malam zouk, berhadapan dengan kedutaan Pakistan dan juga bertentangan dengan hotel renaisanse. Kalo dari KLCC jalan kaki dalam sepuluh minit.

Kalo tak tau sangat .. MaTiC tu dekat Saloma jalan Ampang. Bersebelahan Menara BSN dan Hotel Concorde

Pengangkutan awam yang terdekat adalah Monorel Bukit Nenas, Putra LRT turun di KLCC dan star LRT turun stesen Dang Wangi .

Antara acara-acara yang telah aku saksikan dan ianya dipersembahkan setiap malam pada hari sabtu . Mana-mana penduduk muka bumi yang free boleh hadir dan ianya percuma tak payah bayar. Pelancong pun ramai yang datang.

Persembahan Kebudayaan Daripada Kumpulan Swatari ( Pak Ngah Production)

Persembahan Makan Api ( Fire Eater )

Ejik The Magiction

Sape lagi Aku la duk bersantai

Sape Nak Lawan Duckface

Salam,

Sape yang boleh buat muka paling cute di muka bumi .. agak-agak korang .. x lain x bukan adalah anak kita sendiri..

Itu la kuasa mata ..

Analogi mudah , lihat ye , walaupun kita tau ada lagi lebih ensem daripada kita . Tetapi kita tetap mengatakan diri kita yang paling hensem

Sape lagi kalo bukan diri kita yang mengatakan begitu.. betul ada yang mengatakan terima la seadanya itu dinamakan redha.

.. tetapi anda perlu yakin dengan diri anda , itulah dinamakan keyakinan diri.

Wassalam.

24/08/2013

Aku Dah Bosan Dengar Lagu

Salam,

kadang-kadang aku dah rasa bosan dengar lagu .. kalo ada lagu yang aku suka pun tak kan bertahan lama.. Dulu masa di tingkatan 5 aku minat giler dengan lagu XPDC dan Metalica siap aku belajar gitar lagi dengan sorang kawan. Bukan tu saje siap tidur umah nenek dia lagi sebab nak belajar main gitar . Umah dia tak leh tidur sebab adik-adik perempuan dia ada . Lagi pun dia memang duduk dengan nenek dia nama glamer dia "kocok" kita orang panggil .

Kat sekolah Menengah Sungai Tong pun nama tu jugak kawan-kawan lain panggil . Aku panggil sham. So dia memang terer main gitar. Terutama lagu-lagu Curt Cobain daripada kumpulan Nirvana.

Aku masih ingat lagi masa balik dari sekolah . Aku bagitau mak aku yang aku nak beli gitar . Mak tak bagi sebab mak ingat aku nak jadi ahli muzik, macam cerite Kasim Selamat pulak ye . . Sebab nak jadi ahli muzik ni pelajaran tak tinggi pun tak pe aku fikir begitu, Janji ada bakat untuk bermain peralatan muzik dan boleh baca nota muzik .

Masa pergi bandar Kuala Terengganu dengan ayah aku, semasa membeli belah kat supermarket Hock Ke Seng , Aku sempat sambar gitar kapok warna merah harga tak lebih daripada seratus. Heheheheh ayah aku sporting giler. Okay je . Entahla seingat aku , ayah tak pernah pun pukul atau jentik aku daripada aku kecil sampai la aku besar . Masa kecil tak tau la , mungkin ada tapi aku tak ingat kot .. hahahaha..

Berbanding aku dengan anak aku kat umah memang kalo dia ada buat silap .. Autopilot tangan aku ni naik kat badan dia. Tapi xder la kuat sangat cuma sebagai pengajaran je . Tak selalu ye.

Habis je SPM tahun 1998 aku masih tak pandai-pandai main gitar . Memang aku xder bakat dalam bidang muzik ni. Lagi pun aku belajar bukan serius pun . Aku guna lagu XPDC dan Nirwana untuk traning, Haram x jadi. abis rosak kulit dijejari kiri aku jadi keras dan kematu.

Menyanyi pun aku tak pandai . Dengar lagu boleh la . Sekarang ni aku agak jiwa aku dah bosan dengan lagu-lagu yang entah apa-apa .

Balik raya hari tu pun aku dengar ceramah Ustaz Hazlin " Ustaz Bollywood " daripada dengar lagu-lagu yang mengarut .

Semalam selepas solat Jumaat di Masjid Negara . Aku sempat shopping CD Bijak Tarannum oleh Ustaz Nik Azizan yang merupakan anak kepada Nik Jaafar yang merupakan legenda Tilawah Al-Quran berasal daripada Kelantan.

Berasa terisi jiwa... Alhamdulillah .

Wassalam .
Usai Solat Jumaat Masjid Negara: Ramai betul orang

CD Bijak Tarannum yang dibeli dengan harga RM 19.00

22/08/2013

Treasure Hunt di MaTiC Sempena Sambutan Kemerdekaan

Salam,

Sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2013 . Pihak MaTiC telah menganjurkan beberapa aktiviti seperti Treasure Hunt, pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan perandingan lagu patriotik/puisi kemerdekaan pada sebelah malam. Semua dijemput hadir untuk mengambil bahagian dan ianya berdasarkan kepada First Come First Serve.

Sila hubungi talian 03-92354 900 untuk pertanyaan lanjut berkenaan aktiviti program.

20/08/2013

Bila Anak Minta Lukis Harimau

Salam,

"Ayah lukis harimau", anak sulung aku yang berusia 4 tahun mintak aku lukis harimau. Tak tau la apa yang teacher kat sekolah little caliph bagi tugasan kat dia semalam.

Tapi yang nyatanya aku kena lukis harimau. Sambil aku draf gambar harimau dalam minda aku. Gambar harimau tak muncul yang muncul gambar singa dalam movie "The Lion King"

" Ayah lukis singa boleh" , jawab aku. Anak aku muhammad adam miqdad bagi green light . Nasib baik .. so aku start melukis ini lah hasil dia .. Tak pandai melukis rupanya aku nie . As long anak aku dah tak suruh aku melukis gambar lain dah . Mungkin dia tau , hasil karya aku tu memang teruk . hahahaha..

Wassalam,

Aktivti mewarna hasil karya Agung


Gambar Singa Dalam Movie " The Lion King"


19/08/2013

Kenapa Aku Kena Pelempang Dengan Cikgu Sekolah

Salam,

Minggu lepas aku sempat pergi riki kedai buku Mukmin dekat Jalan TAR. Kedai buku ni adalah pilihan ketiga jika buku-buku yang aku cari di kinokuniya dan popular xder. Selalunya setiap bulan memang aku peruntukan sedikit kos untuk beli buku.

Penyakit giler buku ni dah memang dalam darah daging aku. Aku ingat lagi , masa aku kena lempang dengan cikgu Alaudin masa sekolah rendah di Kampung, Sekolah Kebangsaan Langkap. Aku kena dua pelempang sebab kes curi buku di perpustakaan, masa tu cikgu Alaudin jadi cikgu yang kawal selia perpustakaan.

Alkisahnya, macam ni aku ni memang rapat dengan sorang cikgu lain masa darjah 4 nama cikgu tu cikgu sony. Cikgu aku ni ajar bahasa inggeris disekolah. aku selalu la tidur kat rumah cikgu nie. sebelah malam dia ada buat kelas tiusyen untuk peperiksaan UPSR.

So buku-buku yang aku curi tu aku letak la dalam meja kat rumah cikgu nie sebab niat aku nak pulangkan semula buku-buku ni kat perpustakaan sekolah. Tetapi nak dijadikan cerita roomate cikgu sony ni , jumpa buku-buku yang aku sorok kat bawah meja dekat rumah yang disediakan untuk cikgu-cikgu tinggal. Aku dah lupa nama cikgu ni. Aku bagitau cikgu A je la . Cikgu A ni pandai lukis kartun , cikgu A ni pun bawa buku-buku yang dia jumpa tu kepada cikgu Alaudin.

Masa aku dekat perpustakaan tengah praktis Pertandingan Lakonan Berbahasa Inggeris dengan cikgu sony, aku dipanggil masuk ke bilik guru , sebab cikgu alaudin nak jumpa. Aku tak tau la kes apa. So aku masuk la bilik guru. bilik guru tak jauh dari perpustakaan. Masa dalam bilik guru cikgu Alaudin tanya pasal buku-buku tu. Tak banyak pun buku-buku yang aku rembat dalam 3-4 buku je. Itu pun niat aku untuk pulangkan semula lepas abis baca. Itu pun buku-buku kamus bahasa inggeris dan juga ensiklopedia.

Tak sempat aku nak jawab pelempang dah hinggap kat pipi aku . Memang rasa panas juga pipi aku, berpinar juga la kena pelempang orang dewasa, pang!! kali kedua .. aku tak menanggis . Malu la jugak masa tu sebab dalam bilik guru confirm ada ramai cikgu-cikgu kan . aku harap cikgu sony datang back up aku . Tapi dia tak masuk . Masa tu cikgu Sony jadi guru HEP.

Aku rasa motif diaorang geram kat aku pada masa tu kerana aku rapat dengan cikgu sony, ramai yang tak suka dengan cikgu Sony. Pada masa aku kena lempang aku tak sempat nak explain dekat cikgu Alaudin yang niat aku untuk pulangkan balik buku-buku tu tapi tak kesampaian sebab cikgu A dah serahkan dulu buku-buku tu .

Ye la , cikgu-cikgu dulu kan jenis lempang dulu, baru tanya. Kalo sekarang mahu kena saman.

Aku tak ceritakan hal ni kepada sesiapapun sampai sekarang , waima kepada parent aku sekali pun. kalo aku cerita , mahu bertambah la angka pelempang.. . seingat aku , keluar daripada bilik guru aku buat selambe je.. control macho .

Bila aku darjah 6 aku dilantik sebagai Ketua Murid .. hehehehe . Aku juga dilantik sebagai pengawas perpustakaan dan memenangi pembaca buku yang terbanyak pada bulan berapa aku dah lupa. Dapat hadiah buku berjudul " King Solomon" .

Walaubagaimanap[un , aku tidak berdendam dengan cikgu Alaudin . Masa kena memangla tak puas hati. fikir-fikir aku memang berhak kena pelempang. . Kenapa aku tak pinjam je buku-buku tu . Tak yah susah-susah nak sorok dalam baju .

Jadi dah memang habit aku suka pada buku-buku . Buku pada bulan ini aku beli hasil buah tangan Dr Zulkifli Al-Bakri. Walaupun dah lama buku ni di publish tahun 2012, aku baru terasa nak beli. Beliau merupakan Motivator program Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah dan penerima Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H.

Wassalam.
Buku : Kuasa Iqra dan Hebatnya Kuasa Hafazan

16/08/2013

Betulke MaTiC Tu Panas!

Salam,

Sambil-sambil menunggu tetamu datang berhari raya, sempat lagi aku selak lembaran akhbar kesayangan Utusan Malaysia.. Tiba di halaman 13 bahagian hiburan , terbaca satu copywriting mengenai buku mata tak berhijab.. hah!!! mana penulis buku ni tau MaTiC tu panas. Tak pernah cerita kat orang .. yang sememangnya cuaca dua tiga hari nie memang panas.

Jadi aku bercadang turun ke kedai buku untuk survey buku Mata Tak Berhijab Siri 2 . Hasil buah tangan saudara Zulkifli Ahmad Idrus. Buku yang pertama pun aku tak beli. jadi kena beli buku siri 2 nie, sebab nak tahu betul ke cuaca dekat MaTiC tu panas berbanding di tempat lain. :)

Wassalam


06/08/2013

Servis Kereta Paling Murah Sempena Raya Yang Aku Pernah Buat

Salam,

Hari in adalah hari kedua terakhir puasa, so esok adalah hari last .. sedih pun ada , sebab Ramadhan dah nak meninggalkan kita . Gembira sebab nak sambut Hari Raya. Tahun ni aku beraya kat Taiping Batu Kurau , sebab tahun lepas dah beraya kat Setiu Terengganu . Kalo dari Batu Kurau Taiping nak ke Setiu kena ikut Grik , masuk Tanah Merah. Yang mana perjalanan tersebut tak sanggup aku nak harungi. Aku jenis yang bawak kete steady je so makan masa 10 jam jugak la nak sampai kat kampung aku.

Jadi duk diam-diam je la kat Batu Kurau . Tadi sempat la jugak beli seluar jean dan juga baju kemeja untuk Hari Raya Kedua. Memang tak nak beli pun cukup sekadar Baju Melayu untuk hari Raya Pertama. Tapi orang rumah mintak juga belikan baju dan seluar untuk di pakai pada hari Raya yang kedua. kalo tak diminta memang ambe tak boh belinye de.

Berabis la jugok hampir cecah RM 200 .

Jadi hari ni ambik cuti sebab lusa dah nak Raya . Arini pusing-pusing Bandar Ampang buat apa yang patut . Servis kereta , membeli dan membelah serta .. buat rebonding kat rambut sikit, leh caya ke .

So Servis kereta kali ni adalah yang paling murah dan minima yang aku pernah buat . selalu RM 200 ke atas paling tinggi aku pernah buat RM 700 . Pusing-pusing Bandar Ampang tadi cari tempat servis yang xder orang . Maklumla hari-hari terakhir macam nie memang ramai orang yang terdesak servis kereta di saat akhir . Termasuk aku la .

Resit aku sertakan sekali kat bawah . Mana-mana yang nak servis murah boleh datang kat sini. Tapi dekat area Ampang la .


02/08/2013

Cara Aku Hilangkan Diri Dari Dunia

Salam,

Aku akan hilang diri daripada dunia apabila aku sedang membaca buku. . Orang rumah panggil dua , tiga kali pun aku dah tak dengar . Dulu aku suka baca buku-buku yang memberatkan otak yang tebal-tebal.

Sekarang aku dah tak baca dah , sebab aku tau takkan abis baca punyer. Lebih-lebih lagi masa untuk aku mentelahan buku memang terhad. Buku "Doctor In The House" karya Tun Mahathir pun aku tak abis baca lagi. Dah berbulan orang bagi hadiah kat aku buku tu dan kalo aku ada masa nanti aku upload gambar perpustakaan mini kat rumah aku yang kebanyakkan buku yang aku beli dan print lom abis baca lagi.

Sekarang kena memilih sikit sebagai bahan bacaan. Sebabnya apa yang kita baca itu yang akan lekat dalam otak kita.

Kalo ada masa-masa free aku suka baca komik , kerana ianya dapat hilangkan stress aku seketika . Kerana aku akan hilang dari dunia dan berada dalam dunia komik. hehehe

Terutama komik Pendekar Laut, Wira Tunggal .. aku dah kumpul sejak sekolah Menengah lagi. Nasib baik orang rumah tak bising. Tapi sekarang sejak aku kahwin dah slow sikit.

Walaupun komik "Wira Tunggal : Pendekar laut" dah tamat aku masih lagi beli komik-komik yang dijual secara bundle . Aku tak suka baca manga . Sebab layan anime lagi seronok seperti Naruto dan One Piece.

Apa-apa pun memang ianya dapat hilangkan stress dan kegusaran di hati aku .


Wassalam.

Pegawai Agama Maut Kemalangan Di Sarawak

Salam,

Berita menyayat hati , merutun sanubari di waktu pagi. Beberapa orang Penjawat Awam yang bekerja di JAKIM Sarawak meninggal dunia akibat kemalangan dengan sebuah lori balak di Sri Aman menuju ke Sarikei bagi menghadiri majlis berbuka puasa, terasa betul menusuk ke jantung.

Ajal tidak kenal sesiapa , tidak akan menunggu sesaat. Kita merasakan tuhan menyintai kita dan akan memanjangkan umur kita untuk bertaubat selepas melakukan dosa.

Agak saya belum tentu lagi .

Jika "daun" kita yang gugur maka itulah masanya kita akan pergi meninggalkan dunia.
Dunia hanyalah sebuah tempat persinggahan untuk perjalanan yang masih lagi jauh . ibarat berhenti rehat sebentar di teduhan pohon yang rendang bagi melepaskan lelah.

Alfatihah!

Wassalam.

01/08/2013

Aku, Selipar dan Royale Chulan

Salam,

Semalam, Pukul 6.45 petang gerak ke Hotel Royale Chulan ada member ajak berbuka puasa kat sana. Harga dalam RM 108 dan special sikit dalam RM 125 untuk 1 kepala. Yang RM 125 tak tau apa yang lebihnye.

Kemudian lalu ikut Wisma Genting . Biasa la jem waktu orang balik keje. Bukan jem apa pun. jem trafik light je .

Borak punyer borak terlepas dari simpang kiri ke Jalan Conlay. terpaksa masuk ikut belakang melalui Chulan Square. Bayar parking RM 5 Ringgit sekali masuk.

Melangkah je masuk Royale Chulan . Mak Ai .. terpenah rasa macam janggal macam nie . walaupun dah banyak kali masuk hotel . suasana dia kuning memang nampak mewah .. ialah warna raja-raja katakan.

So pandang kat bawah kat kaki aku . aku pakai selipar je .. mana taknye lepas solat terus naik kereta gerak . masa pergi surau solat asar pakai selipar.

Apa lagi sampai bawa kat sana la.

Penyambut tetamu kat loby utama pandang je kat bawah kaki aku . bawah selipar atas smart la . kemeja dan tie in lagi .. hehehe.. tapi aku buat dont know je . ye la kesian kat diaorang pakai lawa-lawa unutk sambut tetamu .

tetapi tetamu santai je hehehehe..

Aku cuba la jugak kalo ada sape-sape yang pakai selipar spesis macam aku .. hah nasib baik ada .. Tapi orang perempuan ... kalo ada orang lelaki yang pakai selipar jugak . xder la aku rasa janggal sangat.

Tapi aku buat selamber senyum dengan mat salleh dan penjaga kaunter yang check meja tempahan.. sambil kat dalam kepala otak aku nak menyedapkan hati aku berkata," Mat salleh yang pergi KLCC selamber je pakai selipar toilet ngan baju singlet je , okay what? Tun Daim rileks je masa interview dengan utusan pakai selipar " hehehe.

Apa- apa pun aku layan je la makanan pada hari tu. bukan diorang larang masuk pun "customer is the royale ma". makanan banyak giler . tapi aku makan setakat aku mampu je dan makan manakan yang aku terasa nak makan. so moral cerita ini bagi aku . Lain kali kalo aku nak pergi makan kat hotel aku akan pakai kasut . Nampak la sikit kita ni respek the majlis .

Selipar yang aku pakai berharga RM 15 , beli dekat AEON BIG Ampang sebulan yang lepas, banyak kali dia punyer tapak bawah tercabut dan banyak kali jugak la kena tampal dengan gam gajah dan gam uhu. bawah ni gambar selipar yang dipakai semalam dan masih dipakai sekarang .

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff