Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

30/09/2013

Birthday Miqdad Di Steamboat Q Thai Ampang

Salam,

Semalam, pijak tanah di Airport KLIA dalam 2.30 petang. 4 hari aku bertafakur di Kota Kinabalu , Sabah.

Alhamdulillah.. balik jugak ke semenanjung .. kerinduan kepada anak-anak memang tak terucap la beb!!..

"kat ibunye" kata humaira semasa aku memandu nak pergi dinner
di Restoran Steamboat Q Thai di Ampang . .

" Yang tau tak arini harijadi abang Miqdad", tanya humaira.

" hah!! macam mana aku boleh lupa " , soal aku dalam hati . selalunya aku dah set semua hari penting dalam calendar hp nokia lumia 850 . tapi sejak dari minggu lepas aku tak hantar lagi hp tu pergi repair.

Yang aku ingat tarikh ulang tahun perkahwinan aku , pada 31.12.2013 sebab keesokannya adalah hari tahun baru confirm public holiday . so bolehla pergi keluar makan atau bercuti mana-mana.

aku diam je .. hanya miqdad je yang riuh rendah dalam kereta, sambil humaira sembang dengan miqdad pasal birthday dia.

Tasnim pulak .. duduk on off, on off aircond dan radio sambil aku memandu layan selekoh di puncak bukit ampang.


Kami tiba di restoran dalam jam 8.30 malam tarikh 29.9.2013..

Dalam restoran aku tanyakan kepada waiter ada tak meja kosong. malam tu, meja penuh beb!! nasib baik ada famili yang dah siap makan.

Kami duduk di meja yang berhampiran jalan. pada mulanye aku risau jugak duduk meja yang kat tepi. maklumla miqdad yang baru berusia genap 4 tahun suka sangat buat aksi-aksi yang buat aku tak senang duduk.

" kan best kalo duduk tepi pantai" , kata humaira.

" a ah ada angin boleh bakar-bakar steamboat, tak payah nak beli peralatan steamboat bakar pakai kuali pun boleh ". balas aku.

humaira memulakan aktiviti berbakar dengan mengambil beberapa jenis seafood.. aku pulak layan miqdad dan tasnim.

aku kurang sangat makan seafood yang macam ni. sebab banyak toksin.

Malam tu Miqdad dan Tasnim jadi chef. seronok la dioarang berdua main masak-masak . humaira senyum je tengok kerenah anak-anak.

Dalam jam 10.30 kiteorang dah abis main masak-masak. waktu untuk chow .. aku pergi bayar di kaunter kena RM 72.00 untuk dua orang. Anak aku kecil lagi . so diaorang tak kira.. kat sini korang boleh makan sampai perut korang penuh dengan toksi makanan laut hehehe..

Tapi aku tak layan sangat .. aku bagitau humaira.. bukan makanan yang kita nak.. tapi dia punyer "feel" masa kita bakar segala jenis seafood yang ada kat situ .


SELAMAT HARIJADI MIQDAD - KEHADIRANMU MEMBERIKAN KETENANGAN PADA JIWAKU DAN HUMAIRA.

Wassalam.


Peace No War

Tasnim Main Masak-Masak








24/09/2013

Bila Abang Ipar Bercakap Tentang Keasyikan

Salam,

Keasyikan, kekemarukan, kefanatikan dan ketaksuban merupakan perkara yang sama pada pandangan otak aku yang dangkal.

Malam itu, usai solat Maghrib berjemaah di Surau Kg Bendang Nering , Batu Kurau, Perak.

Aku dan abang ipar aku iaitu abang man memang nama sebenar berbicara tentang " fikir " .. berat jugak topik ni beb.. hehehehe..

Kami berbicara tentang "keasyikan".

Kata abang man lagi, " Manusia begitu asyik dengan sesuatu yang menyebabkan mereka lupa dengan sesuatu yang mereka perlu asyik, perkara yang mereka asyikan itu akan menjadi Tuhan mereka ",

balas aku" Contohnya abang man" .

" Contohnya jika kita asyik deengan kereta mewah, atau rumah besar atau asyik duduk depan komputer itu la Tuhan mereka " , balas abang man lagi .

" Seterusnya jika kita beramal ibadah, zikir, membaca Al-Quran dan sebagainya dengan membuat perkara-perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah maka Allah adalah tuhan kita", sambung abang man lagi.

Aku mengangguk kepala tanda setuju dan bertanya dalam hati aku," apakah yang menjadi keasyikan bagi aku saat dan tika ini" semestinya kerja ofis, gajet elektronik, bloging dan buku-buku yang menyebabkan aku menjadi begitu asyik.

Sambil aku memikir-mikir makna 'asyik' yang sebenar-benar dan jawapan yang hakiki adalah asyik kita kepada Allah.

Seterusnya pada malam itu abang man menyambung dengan mendengar ayat hafazan secara talaqi oleh anaknya Daniel 12 tahun yang menuntut di sebuah Maahad Tahfiz di Taiping. Sekarang ni kalo aku tak silap sudah 9 Juzuk dihafaz oleh Daniel.

Abang Man nekad menghantar anak-anaknya ke sekolah Tahfiz berbanding dengan sekolah kebangsaan walaupun ramai yang mengatakan . Hantar kesekolah tahfiz hanya boleh menjadi ustaz atau imam masjid sahaja. Tetapi abang man berpegang pada satu prinsip" Rezeki Allah ada di mana-mana " .


Wassalam,
Daniel Tangan Kena Mercun Masa Raya Puasa Tempohari

20/09/2013

Tasnim Berak Berdarah, Cirit-Birit , Demam dan Muntah

Salam,

Penyakit Diarrhea disebabkan kuman atau virus dalam perut . So bila berlaku demikian gejala diatas akan berlaku kerana sistem pertahanan sedang mempertahankan diri. Jika kalah dalah peperangan ini anda akan terhidrasi iaitu kekurangan air dan keseimbangan badan. Badan anda akan lemah dan tidak bermaya kerana makanan yang disuap akan dimuntahkan semula.

Ketahuilah jika anda mengalami gejala tersebut ianya disebabkan penyakit Diarrhea. Penyakit ini selalunya akan menyerang bayi dan kanak-kanak yang dibawah 2 tahun kerana tidak dijaga kebersihan terutama pada makanan, botol minuman dan tangan semasa makan.

Penyakit ini yang terkena pada anak perempuan aku yang berusia 2 tahun sarah nur tasnim.

Selasa 11.9.213.. Tengahari

" Yang! adik berak berdarah " , Mesej humaira ketika aku di tempat kerja,

" Serius ke yang " , tanya aku. Pagi tu humaira bawak adik pergi klinik warisan ulu langat , sebab dah 3 hari adik demam , muntah dah ada titisan darah pada najis.

" Dr kata kena rujuk hospital" , balas humaira lagi. aku tengah kerja macam mana nak keluar ofis.

" Yang nak pergi hospital mana" , jawab aku balik.

" Hospital ampang puteri, hospital ampang xnak prgi takut lambat diaorang buat check up, swasta mungkin cepat sikit " , okay tak? balas humaira semula.

Aku tak berapa okay dengan Ampang Puteri.

" Tak pe yang kita pergi , hospital Pantai Ampang., Pandan Indah. Hospital ni aku pernah pergi masa nak cari kerja lepas diploma sebagai attendant hospital sebagai tukang tolak troli mayat .. hehehehe..Diploma aku sains komputer.. ada kaitan ke ...aku garu kepala.

Aku sampai dulu di hospital pantai ampang, aku tanyakan pada kaunter pertanyaan tempat yang sepatutnya boleh aku tuju , kaunter bagitau pergi ke bahagian emergency dulu.
Bila humaira sampai, kami ke bahagian emergency bersama-sama dengan tasnim.

Di kaunter emergency kami di minta ke bahagian specialist .

" Hah !!! specialist , speechless!!! , " kata aku kat humaira. Mana taknya kami tak pernah berurusan dengan pihak hospital swasta.

" Bila sampai ke bahagian specialist, kami berurusan dengan seorang Dr yang pakar dalam hal kanak-kanak.

sambil menunggu nak masuk bilik Dr,Tasnim cirit-birit lagi .. "darah masih menitik lagi", bagitau humaira selepas keluar daripada tandas.

Masuk bilik Dr, Dr memeriksa keadaan tasnim dan bontot dia , tidak melecet cuma merah-kemerahan sebab terlalu kerap berak.

Dr dan humaira berbalas pantun dalam sesi soal jawab.

Sah!!! Tasnim kena penyakit Diarrhea. Dr kata kena tahan wad. Humaira tanya kat sini ke atau kat hospital lain pun boleh. Dr kata kat mana-mana pun boleh.

aku terkedu seribu bahasa.. betul-betul aku speecheless!!!

Aku bagitau nak pergi hospital lain . Dr akan keluarkan surat untuk diserahkan kepada hospital yang aku ingin tempatkan Tasnim.

" Tak pernah dalam sejarah famili kita kena tahan wad, " kata humaira. sebab dia berat hati nak tempatkan tasnim dekat wad. lagi satu kitaorang perlu cuti yang panjang.

" Berapa lama perlu tahan dekat wad" tanya humaira .

" dalam 24 jam kalo dah okay, tapi najis tasnim perlu dibuat kajian CSI bagi mengetahui punca virus.

" Najis pun nak kaji ada masa pulak diaorang ni" , kata aku dalam hati.

selepas membayar perkhidmatan di kaunter specialist , humaira tanya ada ubat tak . ubat takder diaorang cuma bagi consultant sebab perlu masuk wad.

Kami ingat kos yang perlu adalah mahal rupenyer dalam RM 45 je . So korang kalo urgent sangat boleh la pergi kat hospital ni.

Dalam pada tu kami sembang-sembang di cafeteria hospital. samada perlu masukann ke wad atau tidak.

Aku bagitau orang rumah . adalah normal untuk penyakit ni, sindrom macam tu akan wujud kecuali serius atau tak . Tapi aku tengok tasnim masih boleh main-main lagi.
Badan pun tak lemah. Kita tengok sehari ni macam mana.. kalo makin teruk kita hantar ke wad di hospital ampang.

Petang tu humaira telefon Faizal( Adik Ipar ) Ahli bomba kat penang. sebab anak faizal , Fateh selalu keluar masuk wad . apa prosedur dia.

Aku rilekle. hehehehehe.. perempuan biasala bro risaukan anak-anak.

Petang tu aku tanyakan pak cik google tentang penyakit Diarrhea dan malamnye aku belikan susu similac LF tanpa laktosa. sebab penghidap penyakit ni tak boleh minum susu yang ada laktosa.
Susu tanpa laktosa seperti ISOMIL yang berasaskan soya. Juga buah pisang untuk senang perut tasnim nak digest.

Humaira pula belikan ubat FORAX untuk cirit-birit dan termometer untuk check suhu badan.

Esoknye kami berdua cuti temankan tasnim dirumah .

Kami maintain berikan tasnim minum susu similac dan juga bubur nasi dan bersihkan botol susu sebersih-bersihnya.

Alhamdulillah darah dah kurang kat tahit dia yang sebelum tahit dah hampir warna lumut.

Tapi nasihat aku untuk korang .. kalo anak korang kena penyakit ni ... Dr memang bagi nasihat untuk warded.
ikutla nasihat DR. Takut makin teruk.. anak aku, aku tengok dia tak lemah lagi. masih boleh lawan. sebab tu aku tak hantar wad hospital ampang.

Yang penting kami kena pastikan tasnim minum air yang secukupnye. Tak nak bagi dia terhidrasi.

Akhirnya dia dah okay, tapi perlu dikawal pemakanan dia.

Wassalam.

Tasnim Di Playground Hospital Pantai Ampang

19/09/2013

Bowling Sukan Berhantu Warga MaTiC

Sukan Tradisi Kembali Lagi.


Satu kajian secara random buat pencabar utama, bagi nama yang tak disenaraikan faham-faham je la . .heheheh


Pencabar terdekat yang boleh dikategorikan bakal juara keseluruhan adalah antara budin dengan anis. . Anis konsisten mungkin sebab lengan dia besar body builder katakan. Balingan kuat , bising pin apabila jatuh. juara tahun lepas. Mungkin tahun nie dia lagi. manakala budin tahun lepas ada peningkatan tahun ni kalo dia konsisten boleh pergi jauh . Budin kalah juara keseluruhan tapi menang jatuhan pin terbanyak . aku heran garu kepala. selalunya kalo menang pin terbanyak .. confirm menang keseluruhan.


Anis juga menang untuk strike terbanyak.


Hame semangat ada tapi macam tahun lepas firts game dan second game okay .. bila masuk ending hancur . mungkin ada gangguan daripada ahli pasukan. kalo dia maintain game ketiga dan keempat mungkin dia boleh jadi juara tahun lepas.


Zuhairi, pada gaya memang boleh menang .. gaya je la sebab dia memang pelakon pun . balingan dia cukup kuat . guna bola size 10 . kekadang dia guna bola yang lebih berat. tenaga dia memang berlebihan. kalo balingan konsisten dgn 4 game mngkin dia boleh menang.


Along pun sama . tahun lepas second game dia hampir 200 mata. tapi x konsisten. sejak 2 tahun acara ni dimainkan mana pernah peserta catat markah 200 untuk satu game. Along x konsisten. perlu banyak buat pair.


Jazmi , selalu training dengan dia. strike boleh buat banyak . tapi selalu nak main skil . itu yang masuk longkang. kalo dia main betul mungkin boleh menang. cuma perlu fokus.


Yus pun sama dengan khairy .. perlu konsisten dan kekal fokus kalo nak markah yang banyak .Yus boleh pergi jauh , sebab tahun lepas satu team dengan dia. game ke3 nampak dah goyang . cuma kena fokus. Tapi khairy tahun nie mungkin lebih baik. balingan okay , cuma jangan hilang tumpuan. . Razi performance tak nampak. tapi pernah main futsal sekali .. stamina nampak power . balingan mungkin kuat kot. din puasa... entahla baling bola main-main kot. mungkin dia sorok skil dia kot. time sembang kencang giler. hahahahaha .


Nizam balingan okay . tapi x konsisten, darren tham pun sama. syamil aku tak tau lagi performance dia. Syuib mungkin diaorang ni secret weapon . Edil pun sama tak konsisten . Azrul pun aku rasa okay. tengok pada lengan boleh tahan.


Yang perempuan , tahun lepas pn haslina ada. itu yang liza xder peluang nak menang. tapi mungkin tahun ni peluang dia , dia xder pencabar utama yang ada mungkin mira je pencabar dia. aku pernah tengok mira main. Tengokla je lengan liza tu . bini tentera beb!! hahaha. cc ruffaiza mungkin tempat kedua atau ketiga. emma tahun lepas pregnant tak main. balingan xtau macam mana. kak noriza no komen . mc muka baru dalam suakn nie . nampak pada lengok badan .. balingan mungkin okay kot.

Jasmin pregnant 3 bulan.. kalo dia tak pregnant mungkin boleh mengatasi liza. Tapi dia boleh baling 2 game je .. game 3 tangan dia mungkin dah kebas. itu belum lagi game ke 4. dia mungkin tarik diri kot.. hehehehehe. ramalan aku je.


kaum TA tak ramai yang menyerlah .. cuma fadly dengan seri . tapi depa suam-suam kuku.


Apa-apa pun semua orang excited dengan sukan tahunan yang diadakan hanya sekali setahun. semoga ianya mengeratkan hubungan antara warga matic dan menghilangkan sifat dengki dan iri hati antara satu sama lain. sumber www.risiyusoff.com


wassalam.














13/09/2013

Kembara Pusing Penang Secara Gampang

Salam,

Jumaat lepas aku berkesempatan pergi penang , ada job kat sana. Tolak dengan kapal terbang MAS dalam pukul 1.30 di KLIA.

Malang betul nasib aku. depa pergi booking waktu tengahari. ye la terpaksa la aku solat Jumaat kat atas langit ( aku niat solat jamak takhir)

Dalam 30 minit pernerbangan , kaki aku sentuh bumi di airport bayan lepas dalam jam 2 lebih .
Baru nak mendarat lapangan terbang bayan lepas

Dalam perjalanan ke Hotel Penginapan aku sempat singgah di Kedai Nasi Dalcha Pak Din .
Gerai Nasi Dalcha Pak Din


Nasi dalcha yang aku makan

Kemudian gerak ke hotel bayview. kat Batu Feringi .

Waktu malam kalo korang free boleh singgah Gerai Hameed kat situ nasi kandar dia special di Penang Road. Aku lalu je xsinggah pun .

Keesokan hari dalam pukul 5.00 petang aku pergi makan durian dekat Balik Pulau kat anjung atas bukit. Pemandangan memang cantik boleh tengok matahari terbenam.

Anjung Balik Pulau

Gerai Durian Anjung Balik Pulau

Kemudian gerak ke queen mall untuk window shopping apa yang patut dan dalam pukul 8.30 malam gerak ke Blue Orchid Seafood Station yang terletak di Bayan Lepas melalui seagate. Kat sini makanan laut memang terbaik. Kalo korang yang datang penang dan tak tau nak pergi mana boleh ikut jejak langkah aku .. hehehe..
Bayan Lepas : Blue Orchid Seafood Station
Makanan Laut

Kos aku tak boleh nak cakap .. sebab aku pun tak tau berapa.. disponsor . hehehehe

Dalam Jam 10.00 malam gerak ke hotel semula. malam tu memang tidur lena sambil digest gas durian dalam perut. Pukul 2.00 petang keesokannya gerak ke airport untuk ke Kl semula

Wassalam,








09/09/2013

Diet Pagi Ni Dalam Usaha Kembangkan Otot Badan

Salam,

This morning, dalam usaha nak kembangkan otot badan aku, selain dah 3 hari aku duk telan super mass gainer.Aku juga makan telur masak separuh pada waktu breakfast.

Apa aku rasa aku mampu buat, aku buat.itu je. Bukan nak sangat bagi otot kembang , cuma sekadar untuk kesihatan aku je dalam melaksanakan kerja seharian di ofis dan juga untuk bermain dengan anak-anak aku serta untuk beribadat.

Cara aku minum super gainer pun aku aku jadualkan mengikut jadual minum susu anak aku.

Telur 3 bijik (Buang yang kuning) dan 1 scoop mass gainer dibancuh kedalam 350 ml air suam.

Aku bancuh susu anak aku, kemudian aku bancuh susu aku sekali.hahaha...
Telor Masak Separuh Direbus Sendiri

06/09/2013

LAZADA Memang Giler : Super Mass Gainer

salam,

Ini pengalaman sebenar aku . Kat blog ni aku takkan cakap benda yang aku tak buat . Syarikat jualan secara atas talian Lazada dan Zalora . Syarikat Zalora yang biasa buat iklan kat TV.
Diaorang ni syarikat daripada Jerman kepunyaan Rocket Internet.

Yang aku begitu menyampah sekali semua barang diaorang jual di internet termasuk gajet elektronik sampailah ke baju kurung, tudung dan baju melayu. Memang kurang ajar betul.

Pekerja-pekerja diaorang kebanyakan terdiri daripada mat salleh-mat salleh .

Macam mana syarikat jualan online tempatan nak bersaing dengan diaorang. Barang-barang yang diaorang jual lebih murah daripada yang kat kedai. Hantar pakai kurier TA-Q-Bin Collect yang percuma pulak tu .

Aku memang angin betul ...

Aku pun pakai servis diaorang jugak . hehehehe

Hari selasa yang lepas aku pergi riki satu kedai kat wangsa walk sebelah kedai Brother belakang burger king, nama kedai MuscleManiaClub , hajat hati nak cari produk makanan tambahan untuk tingkat otot badan aku iaitu protein Super Mass Gainer berharga dalam RM 150.00. paling kurang bagi badan aku naik sikit . xder la sekeping je.

Aku gerak dalam pukul 1 tengahari dengan yamaha 125 ikut jalan jelatek, sampai simpang nak masuk c4/NZ hujan turun. Sadih jugak la kan. Nasib baik ujan tak lebat sangat.

Parking moto kemudian masuk kedai.

" yes Bro " , Tanya chinese guy kat kedai tu . " Super Mass Gainer " , jawab aku , . " Dah abis " , jawab dia . " Hek eleh " , Jawab aku dalam hati .

Dah la aku datang jauh , ujan pulak tu . Mana xnyer produk tu memang wanted untuk bina badan, antara produk yang bagus untuk ahli bina badan.

Dengan kecewa aku pulang dalam keadaan hampa. Then cuba search lagi kat pak cik google, kedai-kedai yang jual super mass gainer. Rupernya tak banyak yang kedai yang jual kat luar sana.

Dalam surfing aku termasuk ke laman web lazada.com.my . huh!! harga dia pun sama dengan kedai MuscleClubMania rm 150.00 . penghantaran takder kos .. fulaweh!! biar betul . dah la tak payah register, tak payah bank in duit . dia buat COD "cash on delivery" dapat barang baru bayar.

Cuma aku perlu isi form je kemudian submit. senang betul . Harga pun murah . tak payah aku nak merempit atau berhujan kat luar, cuma tunggu depan pintu je.

So semalam barang tu sampai.

Dalam hati aku berkata" macam mana syarikat local nak bersaing dengan diaorang" , Korporat-korporat melayu yang banyak modal tak terfikir ke nak buat macam diaorang. Korang kan orang Malaysia buatla promosi di di TV dan Radio. Itu pun aku nak kena fikir ke . .thehehehe...

Wassalam.



Super Mass Gainer Dalam Kotak Panas Lagi

Berjaya ke aku bina otot badan aku, entahla..

05/09/2013

Allah Bukak Air Kat Langit Ayah

Salam,

Pagi ni sejuk sungguh berembun sliding door kat rumah aku, aku pulak bersiap-siap nak hantar anak aku ke sekolah little calips jam menunjukan 8 pagi.

Lambat kuar rumah confirm merah lah punch card aku.

Tetiba hujan turun dengan lebat ketika kaki aku ingin melangkah keluar dari rumah.

" Ayah, tunggu dulu, ujan", kata miqdad. Ini dah confirm aku pasti lambat sampai ofis.

"abang, sape yang buat turun ujan " aku tanya anak aku sambil duduk kat sofa , saje nak test minda anak aku yang dah 3 bulan aku hantar ke sekolah little calips. Yuran pun boleh tahan dalam rm 480 sebulan.


Sambil tu aku menyanyi ikut gaya lagu iwan . " lihat lah hujan yang turun, subhanallah Allah yang punyer, bukan kita yang punyer, semuanya Allah punyer" , nyanyi aku ala-ala suara iwan.

" Allah bukak air kat langit ayah, sebab tu ujan " , jawab miqdad.

Subhanallah ! aku tak sangka itu jawapan dia . Isteriku humaira pun nampak terkesima dengan jawapan anak aku, sambil isteriku pakaikan baju dan seluar kat anak perempuan aku sarah nur tasnim.

" Jadi abang macam mana nak bagi hujan berhenti" , tanya aku lagi . Nampak anak aku diam je .

aku pun ambik kedua-dua belah tangan anak aku . rapatkan kat hadapan muka dia.

" Ya Allah yang tuhanku tutupkanlah air, abang nak pergi sekolah" Doa kami berdua . Amin.

Jam dah pukul 9 hujan masih tak berenti lagi . lepas hantar tasnim ke pengasuh . Miqdad pergi sekolah dengan ibu dia naik kereta.

Humaira pergi kerja ikut jalan yang sama dengan sekolah miqdad.

Aku? biasala rempit sejati .. yamaha 125 tak berasap jika ujan masih belum berhenti. Tunggu je la .

Wassalam.
Miqdad & Tasnim pakai baju ujan sorang pergi sekolah, sorang pergi pengasus

03/09/2013

Sekolah Dulu, Abis Sekolah Baru Kerja

Salam,

"Ayah, nak ikut ayah pergi kerja, kat tempat kerja nak tengok ultraman max, mebius hikari", kata anak sulung aku. ye la weekend lepas aku bawak dia datang ofis sempena sambutan hari kemerdekaan.
apa lagi dia main la youtube kat pc tengok citer ultraman.

"Tak boleh, abang kena pergi sekolah dulu, abis sekolah , jadi besar macam ayah baru boleh pergi kerja," jawab aku balik. Isteriku humaira tersenyum je tengok aku layan adam miqdad.

Isteri aku senyum sebab aku jarang sangat nak berbasa-basi dengan anak aku . lagipun pagi tu aku dah lambat sangat nak masuk ofis.

Lepas salam dengan isteriku tercinta , enjin yamaha 125 dihidupkan aku merempit hantar anak aku ke little calips.

sampai di sekolah , " adam miqdad semalam x datang sekolah", mengomel teacher dia. Semalam dia cuti sebab ada kontraktor nak datang renovate dapur aku . so ngan aku sekali cuti.

Aku angkat adam miqdad dari atas motor . sambil nangis-nangis dia pangil nak ayah! nak ayah! .

Aku sempat tengok belakang kat anak aku sebelum aku tinggalkan dia dengan teacher dia. nasib baik aku sempat sampai ofis awal 1 minit.. hehehehe rempit giler .

Wassalam.
Adam Miqdad Dengan Uniform Sekolah

02/09/2013

Korang Xder Duit Meh Aku Belanje

Salam,

Hujung-hujung syawal nie..banyak yang dah tutup pintu rumah . tapi Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan masih lagi bukak pintu . esok 3.8.2013 hari selasa . Blogger-blogger sekitar Pusat Pelancongan Malaysia dan orang ramai di jemput hadir ke rumah terbuka Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan bermula jam 5 petang hingga 10 malam.

Ianya akan dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan iaitu Datuk seri Nazri Aziz serta bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Selain itu ia juga turut diserikan dengan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, DJ Dave , Hail Amir dan juga Noraniza Idris pada sebelah malam.

Persembahan artis adalah pada sebelah malam. So yang datang petang kena tunggu malam ye.

Dalam menunggu anda boleh makan percuma pelbagai juadah digerai-gerai yang disediakan dilaman MaTiC hadapan Saloma Restoran, yang aku rasa tak abis korang nak makan. antaranya ialah semua jenis makanan yang pernah anda makan jika pergi beraya umah orang iaitu ketupat daun palas, lontong, satay, kambing golek, nasi dagang, nasi kerabu, mee kolok, roti jala + kari ayam, laksa 1 malaysia, ayam percik, mee rebus, rojak, tauhu bakar, kuih muih raya, air cendol, lai chi kang, air kelapa, air tebu dan yang terakhir buah durian musang king. Jangan lupa baca Bismillah beb!

Aku rasa inilah open house yang paling hebat dekad ini.

Pastikan perut anda kosong sebelum datang, kalo boleh jangan breakfast atau puasa 6 je hari tersebut. hehehehe

Wassalam.

Rumah Terbuka MOTAC

Merdeka Yang Bermakna Dulu Free Hair Sekarang .....

Salam,

Kita sambut merdeka dengan melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!, ada juga yang mengadakan aktivti seperti konsert dan juga ceramah umum di masjid-masjid dan surau-surau. Manakala khutbah-khutbah jumaat pula akan distandardkan dengan kandungan-kandungan yang berkaitan erti kemerdekaan.

Tetapi apakah impak yang kita boleh nampak daripada semua ini. Impak yang meninggalkan kesan yang kita boleh lihat perubahan, sesuatu yang boleh disentuh , dipandang dan dirasai dengan hati.

Erti kemerdekaan kali ini lebih bermakna buat sahabat aku . . aku harap dia istiqamah dengan perubahan yang dilakukan. Sememangnya satu bentuk baru erti kemerdekaan yang sebenar iaitu kemerdekaan jiwa.

Wasaalam,

Sebelum Merdeka

Selepas Merdeka

Selepas Merdeka2

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff