05/09/2013

Allah Bukak Air Kat Langit Ayah

Salam,

Pagi ni sejuk sungguh berembun sliding door kat rumah aku, aku pulak bersiap-siap nak hantar anak aku ke sekolah little calips jam menunjukan 8 pagi.

Lambat kuar rumah confirm merah lah punch card aku.

Tetiba hujan turun dengan lebat ketika kaki aku ingin melangkah keluar dari rumah.

" Ayah, tunggu dulu, ujan", kata miqdad. Ini dah confirm aku pasti lambat sampai ofis.

"abang, sape yang buat turun ujan " aku tanya anak aku sambil duduk kat sofa , saje nak test minda anak aku yang dah 3 bulan aku hantar ke sekolah little calips. Yuran pun boleh tahan dalam rm 480 sebulan.


Sambil tu aku menyanyi ikut gaya lagu iwan . " lihat lah hujan yang turun, subhanallah Allah yang punyer, bukan kita yang punyer, semuanya Allah punyer" , nyanyi aku ala-ala suara iwan.

" Allah bukak air kat langit ayah, sebab tu ujan " , jawab miqdad.

Subhanallah ! aku tak sangka itu jawapan dia . Isteriku humaira pun nampak terkesima dengan jawapan anak aku, sambil isteriku pakaikan baju dan seluar kat anak perempuan aku sarah nur tasnim.

" Jadi abang macam mana nak bagi hujan berhenti" , tanya aku lagi . Nampak anak aku diam je .

aku pun ambik kedua-dua belah tangan anak aku . rapatkan kat hadapan muka dia.

" Ya Allah yang tuhanku tutupkanlah air, abang nak pergi sekolah" Doa kami berdua . Amin.

Jam dah pukul 9 hujan masih tak berenti lagi . lepas hantar tasnim ke pengasuh . Miqdad pergi sekolah dengan ibu dia naik kereta.

Humaira pergi kerja ikut jalan yang sama dengan sekolah miqdad.

Aku? biasala rempit sejati .. yamaha 125 tak berasap jika ujan masih belum berhenti. Tunggu je la .

Wassalam.
Miqdad & Tasnim pakai baju ujan sorang pergi sekolah, sorang pergi pengasus

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff