24/09/2013

Bila Abang Ipar Bercakap Tentang Keasyikan

Salam,

Keasyikan, kekemarukan, kefanatikan dan ketaksuban merupakan perkara yang sama pada pandangan otak aku yang dangkal.

Malam itu, usai solat Maghrib berjemaah di Surau Kg Bendang Nering , Batu Kurau, Perak.

Aku dan abang ipar aku iaitu abang man memang nama sebenar berbicara tentang " fikir " .. berat jugak topik ni beb.. hehehehe..

Kami berbicara tentang "keasyikan".

Kata abang man lagi, " Manusia begitu asyik dengan sesuatu yang menyebabkan mereka lupa dengan sesuatu yang mereka perlu asyik, perkara yang mereka asyikan itu akan menjadi Tuhan mereka ",

balas aku" Contohnya abang man" .

" Contohnya jika kita asyik deengan kereta mewah, atau rumah besar atau asyik duduk depan komputer itu la Tuhan mereka " , balas abang man lagi .

" Seterusnya jika kita beramal ibadah, zikir, membaca Al-Quran dan sebagainya dengan membuat perkara-perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah maka Allah adalah tuhan kita", sambung abang man lagi.

Aku mengangguk kepala tanda setuju dan bertanya dalam hati aku," apakah yang menjadi keasyikan bagi aku saat dan tika ini" semestinya kerja ofis, gajet elektronik, bloging dan buku-buku yang menyebabkan aku menjadi begitu asyik.

Sambil aku memikir-mikir makna 'asyik' yang sebenar-benar dan jawapan yang hakiki adalah asyik kita kepada Allah.

Seterusnya pada malam itu abang man menyambung dengan mendengar ayat hafazan secara talaqi oleh anaknya Daniel 12 tahun yang menuntut di sebuah Maahad Tahfiz di Taiping. Sekarang ni kalo aku tak silap sudah 9 Juzuk dihafaz oleh Daniel.

Abang Man nekad menghantar anak-anaknya ke sekolah Tahfiz berbanding dengan sekolah kebangsaan walaupun ramai yang mengatakan . Hantar kesekolah tahfiz hanya boleh menjadi ustaz atau imam masjid sahaja. Tetapi abang man berpegang pada satu prinsip" Rezeki Allah ada di mana-mana " .


Wassalam,
Daniel Tangan Kena Mercun Masa Raya Puasa Tempohari

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff