13/09/2013

Kembara Pusing Penang Secara Gampang

Salam,

Jumaat lepas aku berkesempatan pergi penang , ada job kat sana. Tolak dengan kapal terbang MAS dalam pukul 1.30 di KLIA.

Malang betul nasib aku. depa pergi booking waktu tengahari. ye la terpaksa la aku solat Jumaat kat atas langit ( aku niat solat jamak takhir)

Dalam 30 minit pernerbangan , kaki aku sentuh bumi di airport bayan lepas dalam jam 2 lebih .
Baru nak mendarat lapangan terbang bayan lepas

Dalam perjalanan ke Hotel Penginapan aku sempat singgah di Kedai Nasi Dalcha Pak Din .
Gerai Nasi Dalcha Pak Din


Nasi dalcha yang aku makan

Kemudian gerak ke hotel bayview. kat Batu Feringi .

Waktu malam kalo korang free boleh singgah Gerai Hameed kat situ nasi kandar dia special di Penang Road. Aku lalu je xsinggah pun .

Keesokan hari dalam pukul 5.00 petang aku pergi makan durian dekat Balik Pulau kat anjung atas bukit. Pemandangan memang cantik boleh tengok matahari terbenam.

Anjung Balik Pulau

Gerai Durian Anjung Balik Pulau

Kemudian gerak ke queen mall untuk window shopping apa yang patut dan dalam pukul 8.30 malam gerak ke Blue Orchid Seafood Station yang terletak di Bayan Lepas melalui seagate. Kat sini makanan laut memang terbaik. Kalo korang yang datang penang dan tak tau nak pergi mana boleh ikut jejak langkah aku .. hehehe..
Bayan Lepas : Blue Orchid Seafood Station
Makanan Laut

Kos aku tak boleh nak cakap .. sebab aku pun tak tau berapa.. disponsor . hehehehe

Dalam Jam 10.00 malam gerak ke hotel semula. malam tu memang tidur lena sambil digest gas durian dalam perut. Pukul 2.00 petang keesokannya gerak ke airport untuk ke Kl semula

Wassalam,








0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff