02/09/2013

Korang Xder Duit Meh Aku Belanje

Salam,

Hujung-hujung syawal nie..banyak yang dah tutup pintu rumah . tapi Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan masih lagi bukak pintu . esok 3.8.2013 hari selasa . Blogger-blogger sekitar Pusat Pelancongan Malaysia dan orang ramai di jemput hadir ke rumah terbuka Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan bermula jam 5 petang hingga 10 malam.

Ianya akan dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan iaitu Datuk seri Nazri Aziz serta bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Selain itu ia juga turut diserikan dengan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, DJ Dave , Hail Amir dan juga Noraniza Idris pada sebelah malam.

Persembahan artis adalah pada sebelah malam. So yang datang petang kena tunggu malam ye.

Dalam menunggu anda boleh makan percuma pelbagai juadah digerai-gerai yang disediakan dilaman MaTiC hadapan Saloma Restoran, yang aku rasa tak abis korang nak makan. antaranya ialah semua jenis makanan yang pernah anda makan jika pergi beraya umah orang iaitu ketupat daun palas, lontong, satay, kambing golek, nasi dagang, nasi kerabu, mee kolok, roti jala + kari ayam, laksa 1 malaysia, ayam percik, mee rebus, rojak, tauhu bakar, kuih muih raya, air cendol, lai chi kang, air kelapa, air tebu dan yang terakhir buah durian musang king. Jangan lupa baca Bismillah beb!

Aku rasa inilah open house yang paling hebat dekad ini.

Pastikan perut anda kosong sebelum datang, kalo boleh jangan breakfast atau puasa 6 je hari tersebut. hehehehe

Wassalam.

Rumah Terbuka MOTAC

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff