06/09/2013

LAZADA Memang Giler : Super Mass Gainer

salam,

Ini pengalaman sebenar aku . Kat blog ni aku takkan cakap benda yang aku tak buat . Syarikat jualan secara atas talian Lazada dan Zalora . Syarikat Zalora yang biasa buat iklan kat TV.
Diaorang ni syarikat daripada Jerman kepunyaan Rocket Internet.

Yang aku begitu menyampah sekali semua barang diaorang jual di internet termasuk gajet elektronik sampailah ke baju kurung, tudung dan baju melayu. Memang kurang ajar betul.

Pekerja-pekerja diaorang kebanyakan terdiri daripada mat salleh-mat salleh .

Macam mana syarikat jualan online tempatan nak bersaing dengan diaorang. Barang-barang yang diaorang jual lebih murah daripada yang kat kedai. Hantar pakai kurier TA-Q-Bin Collect yang percuma pulak tu .

Aku memang angin betul ...

Aku pun pakai servis diaorang jugak . hehehehe

Hari selasa yang lepas aku pergi riki satu kedai kat wangsa walk sebelah kedai Brother belakang burger king, nama kedai MuscleManiaClub , hajat hati nak cari produk makanan tambahan untuk tingkat otot badan aku iaitu protein Super Mass Gainer berharga dalam RM 150.00. paling kurang bagi badan aku naik sikit . xder la sekeping je.

Aku gerak dalam pukul 1 tengahari dengan yamaha 125 ikut jalan jelatek, sampai simpang nak masuk c4/NZ hujan turun. Sadih jugak la kan. Nasib baik ujan tak lebat sangat.

Parking moto kemudian masuk kedai.

" yes Bro " , Tanya chinese guy kat kedai tu . " Super Mass Gainer " , jawab aku , . " Dah abis " , jawab dia . " Hek eleh " , Jawab aku dalam hati .

Dah la aku datang jauh , ujan pulak tu . Mana xnyer produk tu memang wanted untuk bina badan, antara produk yang bagus untuk ahli bina badan.

Dengan kecewa aku pulang dalam keadaan hampa. Then cuba search lagi kat pak cik google, kedai-kedai yang jual super mass gainer. Rupernya tak banyak yang kedai yang jual kat luar sana.

Dalam surfing aku termasuk ke laman web lazada.com.my . huh!! harga dia pun sama dengan kedai MuscleClubMania rm 150.00 . penghantaran takder kos .. fulaweh!! biar betul . dah la tak payah register, tak payah bank in duit . dia buat COD "cash on delivery" dapat barang baru bayar.

Cuma aku perlu isi form je kemudian submit. senang betul . Harga pun murah . tak payah aku nak merempit atau berhujan kat luar, cuma tunggu depan pintu je.

So semalam barang tu sampai.

Dalam hati aku berkata" macam mana syarikat local nak bersaing dengan diaorang" , Korporat-korporat melayu yang banyak modal tak terfikir ke nak buat macam diaorang. Korang kan orang Malaysia buatla promosi di di TV dan Radio. Itu pun aku nak kena fikir ke . .thehehehe...

Wassalam.



Super Mass Gainer Dalam Kotak Panas Lagi

Berjaya ke aku bina otot badan aku, entahla..

5 comments:

  1. saya suka bab duit tu. tak perlu nak register bagai, nak bank in bagai. Lagipun dengan segala scammer dan phishing yang ada, lagi la malas nak buat online transaction.

    ReplyDelete
  2. online shopping skrg lebih murah dr jual kat kedai.

    ReplyDelete
  3. I suppose that is a genuinely permissible article. You create this steerage enticing and attractive. You control to pay for readers loads to assume kind of and that i recognize that fine of writing. Trentostan M

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff