Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

23/10/2013

Renew Stok Dengan Lazada : Super Mass Gainer

Salam,

Dah sebulan aku duk telan tepung nie. Ada perubahan x? kalo korang tanya aku ..

Memang ada perubahan lilit pinggang aku makin besar seluar nak pakai pun dah ketat.. muka pun dah naik .. hehehehe. humaira kata kurang hensem sebab pipi jadi tembam ..mungkin tak sesuai dengan rangka tengkorak muka aku.

So arini aku order lagi dengan lazada .. dan seperti biasa memang terbaik aku order hari Isnin , hari rabu diaorang deliver barang .harga dah turun dulu beli rm 150 sekarang rm 149 cuma turun rm 1 ringgit je hehehe.

Untuk beginner aku rekomen makan tepung ni untuk kesihatan dan stamina bagi korang. aku minum time breakfast, tengahari selepas lunch, selepas diner dan juga sebelum tido.

Korang juga jangan lupa exercise .. terbaik kalo umah korang dekat gym . better pergi sana. Aku cuma guna dumbell.. xder masa nak pergi gym beb..

Wassalam,
Amacam hahahaha...

Super Mass Gainer Dari Lazada

22/10/2013

Blues And Jazz @ MaTiC 2013 : Kegilaan Remaja Kini

Salam,

Apa yang hebat pada penghujung bulan Oktober ...adakah Akademi AF 2013 yang sudah ketinggalan zaman, adakah liga lawak superstar yang entah apa-apa.heheheh.
Poster Blues And Jazz

sedap je mulut aku duk kritik program orang...pemilihan UMNO.. aku dah tau dah calon Favourite aku Datuk Mukriz akan kalah. Mana boleh lawan orang lama beb!!!
Terbaik Salamiah Hassan

Live Perform Dina Nadzir



Ini yang lebih meriah ini yang lebih gempak .. " Blues And Jazz 2013 @ MaTiC " memang terbaik artis yang telah diuji bukan lagi eksperimen.

Barisan Para Artis Yang Telah Teruji Kemantapan Vokal
Sebab ianya terbaik maka ada tiket, dan harga tiket adalah mengikut seat . Untuk sebarang kemusykilan korang boleh call 03-92354912 untuk tempahan atau QA. Jadual persembahan adalah seperti dibawah :

25 Oktober 2013 8.45 malam
1. Dina Nadzir
2. Farhan AF
3. Amanda Imani
4. Jaafar Abdul Rahman bin Idris (JARI)
5. Lewis Pragasam

26 Oktober 2013 8.45 malam
1. Dina Nadzir
2. Atilia
3. Salamiah Hassan
4. Jaafar Abdul Rahman bin Idris (JARI)
5. Lewis Pragasam


27 Oktober 2013 8.45
1. Dina Nadzir
2. Farhan AF
3. Shafinaz
4. Jaafar Abdul Rahman bin Idris (JARI)
5. Lewis Pragasam

Wassalam,

07/10/2013

Sistem Murah Rezeki

Salam,


Ramai yang berbicara mengenai rezeki, ramai yang alpa kerana mengejar rezeki dan ramai yang terkesima jika tidak mendapat rezeki.

Begitu juga dengan diri aku , pagi-pagi lagi aku dah rempit dengan Yamaha 125 aku , first hantar anak ke litle caliph kemudian baru pergi ofis.

Itu la rutin harian aku mungkin sehingga aku tua .. hahahaha..
Sistem Murah Rezeki

02/10/2013

Cara Warren Buffett Pilih Pekerja

Salam,

Sape x kenal Warren Buffett, ceo Berkshire Hathaway antara pelabur saham yang terkenal di antero dunia. Banyak jugak buku-buku yang dikarang beliau berkaitan pelaburan.

Pernah menjadi orang paling kaya di muka bumi sebelum dipotong oleh Bill Gates kemudian di potong pula oleh tailong syarikat komunikasi mexico Carlos Slim Helu. Sekarang Warren Buffet nombor 3 terkaya di dunia. Nombor 1 Carlos Slime Helu.

Tapi kali ni aku cuma nak cakap bagaimana dia pilih pekerja untuk syarikat beliau yang banyak.

Korang boleh tengok kat gambar dibawah dan cuba fikir anak buah korang ada x ciri-ciri yang diperlukan oleh Warren Buffett.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wassalam.
Warren Buffett

01/10/2013

Ilmu Kehidupan, Ringkas Tapi Signifikan

Salam,

Lunch our, tengahari perut dah penuh..pagi tadi dah bedal nasi goreng. so apa lagi ambil kesempatan bersembang dgn pakcik google kat searh engine aku taip tajuk buku yang dikarang oleh Adam Khoo berjudul ' Winning the game of life'. Dah lama aku cari buku ni,  tapi xjumpa-jumpa.

Aku suka dengan buku Adam Khoo sebab dia gabungkan semua idea hebat daripada penulis-penulis tersohor dunia. kebanyakan hasil tulisan beliau berkenaan motivasi dan cara buat duit.

kemudian Adam Khoo akan mengubah dan mengolah semula karya beliau dengan aroma dan ramuan yang tersendiri dan ditambah dengan idea baru .. fulaweh!!! itula cara buku beliau jadi bestseller.

Boleh dikatakan buku-buku adam khoo menjadi koleksi peribadi di rak buku aku yang tak seberapa kat rumah.

Search engine membawa aku kepada website mphonline.com. alamak adala pulak buku ni. aku selalu jugak pergi MPH kat jusco taman maluri cuba cari buku ni tapi takder. kemudian aku chehkout. alamak kena tambah rm 7 ringgit untuk delivery. maybe next time..

Kemudian aku search buku Muhd kamil ibrahim , prof kamil merupakan penulis kegemaran yang aku paling suka buat masa sekarang. Huh!! buku baru tulisan beliau ada di pasaran.

aku check out untuk payment . rm 45 tambah rm 7 ringgit untuk delivery . aku cancel.

baik aku riki kat kedai sendiri. lagi senang.

Start moto yamaha 125 aku , pergi riki kedai yang biasa aku pergi kedai buku Mukmin jalan TAR.. nasib baik buku ni ada.. sambil-sambil mata aku melilau buku-buku yang boleh memenangkan hati aku .

Ada beberapa buah buku lain yang aku terasa nak angkat..

"Bukan ada masa aku nak baca semua buku ni" , bisik hati aku , beli satu je lah ..

Lepas bayar RM 45 .. kemudian aku chow balik ofis ..

Buku ni aku bawak sebagai bahan bacaan semasa aku dalam flight nak ke Kota kinabalu, Sabah. Kebanyakan kandungan dalam buku ini aku dah baca dalam blog penulis di www.muhdkamil.org/home
buku ini mengambil beberapa artikel yang terdapat di dalam blog berkenaan yang disumbangkan oleh beberapa penulis lain yang dilantik oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim sebagai pensyarah di universiti maya iaitu universiti MKI. Antara para penulis yang terlibat adalah Datuk Mohd Zaini Ariff, Sabtu M Ali, Roza Roslan, Prof Kamil dan Noor Azma.

Aku suka dengan cara pembawakan Prof kamil antara sebabnya adalah beliau tidak meminta sebarang bayaran untuk ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di surau-surau dan masjid-masjid.
hasil royalti buku ini juga didermakan kepada sebuah yayasan anak-anak yatim Sultanah Haminah.

" Kehidupan ialah anugerah Allah yang tidak ternilai bagi mereka yang mengerti" , Kata buku ini lagi .


Wassalam,
Bacaan Dalam Flight

Sempadan Semenanjung masa balik dari sabah boleh lihat laut cina selatan dan daratan

Kat atas langit , sungguh indah ciptaan Allah

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff