11/12/2013

Disebabkan Katak Aku Bakal Masuk Neraka

Salam,

Lama tak kemas kawasan depan rumah....
Cuti 4 hari campur weekend terasa sia-sia....

Duduk dalam umah x buat apa2...dari minggu lepas lagi Humaira ajak aku potong rumput yang kat depan rumah.

" Yang, rumput dah naik sampai ke lutut" , ngomel humaira pada suatu malam.

" Mana ada sampai ke lutut, tadi ukur baru kat buku lali je", jawab aku,

Heheheee.... humaira cakap macam tu sebab nak bagi cerita rumput tu kedengaran menarik dan nak aku potong segera rumput2 tu.

So pagi keesokan aku pun dah ready dengan uniform dengan cangkul kecik...
Adam miqdad dan tasnim pun tolong sama...

Dalam sibuk duk susun batu bata...terpacul seekor anak katak kat bawah kat bawah batu bata, masa aku angkat salah satu bata batu yang dijadikan alas pasu bunga.

" Ayah, kesian katak ni takder mak", kata miqdad,
"Ayah x buat ape-ape pun", balas aku lagi,
" Ayah jangan bunuh katak ni tau, nanti ayah masuk NERAKA!, jawab Miqdad,

Hah!!!! Aku terkedu, tertelan air liur....

Humaira disebelah senyum je sambil cabut rumput yang tumbuh liar ditepi longkang.

"Kat dalam NERAKA ada api panas ayah",jawab miqdad lagi.

" Tak, ayah tak bunuh pun, hah! tu pun mak dia," balas aku lagi,.
Kelihatan ada seekor lagi katak bersaiz besar berdekatan dengan anak katak yang kecil tadi...

Tak sia-sia aku hantar miqdad ke sekolah little caliph...at least, dia tau.kalo buat jahat , walaupun buat zalim kepada haiwan...NERAKA la tempatnya..apatah lagi  kalo buat zalim kepada manusia.

Dalam pukul 12.30 tengahari ..aku berhenti membersihkan rumput2 di depan rumah...tangan pun dah rasa nak melecet.

"Barula nampak segar " kata humaira.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff