Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

22/02/2014

Santai Di Kampung

Salam,

Dah lama tak balik Batu Kurau... Kg aku kat Setiu lagi la lama aku tak balik...

Duk tangguh2...dengan humaira yang sarat mengandung tak jadi balik Setiu...8 jam tu...sian humaira duk dalam keter...

At last, balik Batu Kurau..humaira nak pantang kat kg...senang katanya..
Sampai kg dalam pukul 11 mlm...selepas keluar dari Pusat Bersalin Kohilal...dalam pukul 6.30 pm.terus gerak masuk highway duke..exit jalan Duta..

Sampai kg...dugaan pulak dah...aku kena demam campak...berjangkit dengan miqdad...

Tasnim pun ada tanda2 demam campak..

Huh!!! Lenguh abis sendi2...baring je keje aku..

Nasib baik chu adik humaira ada kat umah..leh tolong ape yang patut..

Esok ingat nak pergi klinik..bawak Tasnim sekali...bijik2 makin banyak timbul kat badan..bisa sungguh rasanye..ingatkan aku kebal dengan campak...rupenye aku tewas jua akhirnye..imunisasi badan tidak berfungsi.

Ahh!!!! Aku makin parah...santai dalam sakit..miqdad jugak yang bergumbira.

Wassalam.

Anak Ketiga Heroin

Salam,

19.2.2014 jam 11.46 pm .. berat 2.7.

Anak ketiga aku selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Kohilal , Taman Melawati..

Anak aku yang pertama dan kedua pun bersalin di tempat yang sama..

Total lost untuk baby yang ketiga nie dalam RM 1,898.00.. servis okay boleh tahan..tapi aku rasa boleh buat yang terbaik lagi..

Nurse yang muda-muda aku rasa kurang...yang ada level makcik-makcik ramai..

Layanan tukang cleaner yang ambik sampah dalam bilik penginapan lagi bagus aku rasa...dengan PR dia...kita pun senang..

Bukan nak demand ape pun...just tunjukkan sikit la kemesraan..

Yang bagusnya kita boleh pilih doktor..doktor laki ada..tapi malu la beb! Alat sulit bini terdedah kat depan laki lain...kecuali darurat giler..

Masuk wad bersalin dalam 9.30 p.m dan dalam 11.46 p.m baby keluar..penat jugakla aku tengok humaira nak meneran...hoooo...

Keesokan, waktu petang kiteorang keluar ..then terus gerak balik batu kurau perak..sampai dalam 11p.m.

Wassalam.

18/02/2014

Demam Campak

Salam,

Sudah satu minggu Miqdad demam campak...

Aku rasa dah sampai penghujung...

Bijik-bijik dah pecah dan ada yang dah kering.

Pantang dia jangan dedahkan dengan suhu bilik yang panas...sebab dia akan rasa gatal.

Kalo nak garu...jangan bagi dia garu dengan kuku...humaira bagi tuala kecil untuk Miqdad guna kalo gatal untuk garu bijik-bijik.

Aku hantar...Miqdad pergi sekolah...balik umah..miqdad bagitau" teacher cakap,tak yah datang sekolah,takut berjangkit dengan budak lain"

Huhuhu....so Miqdad belajar dengan humaira waktu malam kat rumah.

Kadang-kadang humaira letak bedak sejuk pada bijik-bijik di badan Miqdad.

Sekarang bijik-bijik dah banyak gugur...parut xder la kot.. sebab bila dia makin membesar...tisu-tisu yang rosak akan diganti.

Wassalam

PRK Kajang, BN Tiada Calon?

Salam,


SPR belum umumkan lagi sape calon untuk PRK Kajang 2014.

Calon yang telah diketahui akan bertanding adalah Datuk Seri Anwar ibrahim dan calon bebas Datuk Zaid Ibrahim.

BN ? belum lagi menamakan calon. Kenapa?

Kerana BN tiada calon?

Dun Kajang mempunyai 40% pengundi Melayu, 40% pengundi Cina dan 20% lain-lain bangsa.

Jika BN meletakan calon Melayu pada PRK Kajang.. Peratusan kemenangan adalah begitu tipis.. logik akal mengatakan calon Melayu tidak akan menang .. Kerana sudah terdapat 2 calon Melayu dan ianya akan memecahkan undi Melayu .

BN tidak lagi boleh mengharapkan kepada pengundi Cina berdasarkan kepada PRU 13 yang lepas.. PRU 13 juga menyaksikan calon daripada MCA kalah dengan majoriti 7k.

Jika BN meletakan juga calon Cina pastinya sejarah itu akan berulang .. kemungkinan terdapat pertambahan undi daripada pengundi Cina jika Presiden MCA sendiri yang bertanding.

Namun peluang untuk kalah tetap ada.. Natijahnya ... imej MCA akan terjejas teruk kerana yang kalah adalah presiden. .DAP akan tergelak besar.

Apa kata BN tidak letak calon!... hahahaha...Apa kata suratkhabar pro-pembangkang??

BN akan dikatakan dayus oleh pembangkang jika takut meletakan calon.

Sedangkan, sekiranya BN menang pun ... kerajaan negeri Selangor akan tetap diperintah oleh pembangkang.

Satu kemenangan yang tidak bermakna. .

Jadi , Cara yang TERBAIK adalah dengan meletakan calon Cina di PRK Kajang. Kerana pengundi Melayu akan menyokong calon BN. . Kawasan Kajang dan hulu langat agak kuat dengan PAS..mungkin ada yang sokong kot..heeeee

Yang sukarnya, adakah pengundi Cina akan menyokong calon Cina daripada BN?.

BN akan tetap meletakan calon... walaupun dah agak akan kalah ... ianya lebih baik daripada dikatakan sebagai ayam jantan yang tidak tahu berkokok.

Wassalam,
Pemikir Politik Agung


 



14/02/2014

Kenapa Sambut Valentine's Day Haram ?

Salam,

14.2.2014

Satu tarikh yang diwartakan sebagai Hari Kekasih setiap tahun oleh seantero dunia... tarikh yang dinamakan oleh manusia barat  untuk ulangtahun berkasih .... yang mana kita sebagi umat Islam tidak pernah memperakui tarikh berkenaan sebagai Hari Kekasih.

Dan kini ianya telah menjadi satu budaya yang tak mungkin hilang ... yang akan disambut oleh seluruh pelusuk dunia ..

Natijah kepada sambutan hari kekasih ini adalah kepada golongan muda-mudi Islam yang kemaruk bercinta ...

Terutama golongan remaja sekolah menengah, kolej-kolej swasta dan juga yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi ...

hohoohoo mencabar giler buat ibu bapa nak kawal anak2 yang meningkat dewasa.

Bagi golongan remaja pula .. kalo tiada boyfriend akan dikatakan tak laku atau ketinggalan zaman.. oleh kawan-kawan yang lain.. so terpaksa cari boyfriend .. mana tahan beb .. kalo teman sebilik asyik bercerita pasal teman lelaki.. makan , studi pun dengan teman lelaki .. pergi shopping pun dengan teman lelaki .. kalo tak keluar pun .. akan bermesej dengan teman lelaki ..

Itu la dunia orang yang dilamun cinta ... lambat laun cinta ini akan jadi perosak ... bila dah selalu berdua ... rasa malu dan segan sudah tidak ada ...

Mula-mula pegang tangan , kemudian raba-raba bahagian dada. dan akhir sekali bahagian antara kedua celah kaki ... huhuhu .. memang jijik dan meloyakan ...

Hubungan yang belum tahu sampai ke jinjang pelamin atau tidak .. yang perempuan akan merana .. yang lelaki akan kata  "so what!" sebab dia tak 'luak'. Tak macam perempuan akan 'luak',

Lebih-lebih lagi, lelaki zaman sekarang mahukan perempuan yang masih dara sebagai isteri .. tidak mahu barang secondhand ...walaupun tak sedar diri tu  secondhand.. lelaki mudah lepas tangan beb!!!  
Kelemahan perempuan disini adalah kerana mudah termakan godaan dengan orang lelaki ..

Mula-mula memang tak bagi ... masih terbayang wajah mak dan ayah di kampung..

Bila hari-hari asyik keluar bersama.. dah tak nampak wajah tua ibu dan ayah..

Dengan alasan sayangkan teman lelaki dan takut teman lelaki cari lain , ikut je kemahuan orang lelaki. 

Namun kebanyakan hubungan akan tersungkur dipertengahan jalan bila masuk habis pengajian dan memasuki zaman pekerjaan.. sebab di zaman pekerjaan anda akan ditakle oleh rakan sekerja.. peluang untuk berkahwin adalah cerah kerana sudah mempunyai kehidupan yang stabil sedikit.

Jadi nasihat saya kepada pasangan-pasangan diluar sana ... jangan disambut hari haram valentine.
biar je orang bukan Islam nak sambut .. jangan terpengaruh . Yang haram, Tetap Haram.


Wassalam.  


Hari Kekasih Haram

10/02/2014

SYABAS Tiada Air

Salam,

Dari semalam lagi...kawasan perumahan aku xder air....

Tayar lori syabas pun aku tak nampak... baldi , botol2 semua aku dah ready..

Malam tadi nasib baik...xder yang nak terberak...kalo x mana aku nak cekau air...air tangki semua dah kering...

Aku tido dalam kerisauan...humaira kejut pukul 5 pagi..tanya "Air dah ada ke belum"..badan dah melekit..

Air yang masuk kedalam tangki x kedengaran...confirm air belum ada lagi...hohoho...dah la pagi tu nak pergi kerja...memang syahdu giler xder air... dengar kata empangan langat 2 diaorang tutup...khabar angin kata tahap air rendah..sebab lately hujan jarang turun...

Miqdad pulak kena demam campak...lagi la sadis...

So pagi tu...pakai je air mana yang ada...kat kedai pun air drinking water sold out.

Humaira bagi cadangan pergi masjid kalo xder air jugak pergi sungai dekat ikbn dusun tua..

Tapi aku ada cadangan yang lebih baik...apa kata" tapau nasi kat kedai kita pergi berkelah di sungai congkak...hahahaha..."

Cuti la aku...tak pergi kerja.

Ada hikmah juga xde air nie...

So dalam kul 10.30 a.m kiteorang gerak ke sungai congkak ulu langat...dari rumah aku hanya 14 km je..

Sampai disana, kena bayar rm 5 ringgit untuk satu famili...termasuk dengan parking sekali...

Duit ni untuk maintenance kawasan nie..aku tengok ada 2 orang pekerja wanita yang sedang sapu sampah...

So far tempat dia bersih...cuak jugak aku nak mandi...ye la..banyak kes air kencing tikus di tapak perkelahan...boleh meninggal on the dog tu...

Air memang sejuk giler...pagi tu tak ramai orang...humaira dengan kak pah nak mandi senang...tak yah nak risau kaki skodeng.

So dalam pukul 1.30 p.m selepas aku isikan semua air dalam botol...

Masa untuk pulang. Sampai rumah...air masih belum ada lagi...sabar je la.

Wassalam.

08/02/2014

Pop Yeh Yeh!!! Di MaTiC

Salam,

Aku peminat tegar lagu pop yeh yeh....terutama lagu 'oh! fatimah...'

Irama dia seiring dengan degupan jantung...membuatkan jejari ingin menjolok ke langit...
Menari mengikut gaya lengok John Travolta dalam movie saturday night fever...

Kini di Kuala Lumpur Family Fair di MaTiC pada malam ini 8.2.2014(Sabtu) 8.30 malam...menyajikan hidangan yang sama untuk anda...sama ada anda ingin menari mengikut irama atau lekat dikerusi anda sambil menjamu selera dan mata anda..

Terpulang pada anda...

Hadirkan diri anda bersama soul pop yeh yeh...ikut rentak irama J.Sham!!!...
Serta kumpulan Delima yang di anggotai ayah Tomok..yang akan menghiburkan anda..dengan lagu berentak rancak pop yeh yeh..
.
Semoga Terhibur dalam mengimbau kenangan lama...

Wassalam.

06/02/2014

Gunting Rambut

Salam,

Rambut aku cepat panjang...tapi sekarang ni aku tengok kat cermin dah mula berkurangan dan yang beruban pun dah banyak...

Aku suka pergi gunting rambut dekat kedai yang bersebelahan plaza puteri park..taman putra ampang..

Duduk je kat kerusi...bro buat rambut pacak....hehehe...pacak seminggu je..kemudian jadi skema balik rambut aku..

Tapi lately...

Humaira yang potong rambut aku...rambut miqdad pun humaira yang kasi trim...

Kalo orang tanya pasal rambut aku ..aku akan kata"orang umah yang potongkan" .

So kalo ada yang bertakuk tu...diaorang faham la...hehehehe..

Tetapi takuk tu akan hilang dalam seminggu je, sebab rambut aku akan cepat panjang...

Miqdad pulak memang tak suka potong rambut...kalo potong nak kena cepat2 siap..jadinye humaira kena letak bedak kat badan dia .

Supaya tak melekat dan dia xrasa miang kat badan..baru la humaira boleh potong lama sikit...

Kali ni humaira...potong..hampir2 nak botak rambut miqdad..stok untuk satu bulan..hehehe.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff