Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

25/03/2014

Betulke MH370 Terhempas Lautan Hindi?

Salam,
 
Malam semalam...sebelum masuk tido aku sempat tengok sidang media pemgumuman oleh PM yang MH370 terhempas di lautan Hindi.
 
Menurut data daripada AAIB dan juga satelit Inmarsat British..
 
Tapi betulke?
 
Ianya betul jika serpihan yang dijumpai adalah sebahagian daripada kapal MH370
Atau pun badan kapal tersebut telah ditemui..walaupun kemungkinan ianya telah hanyut disebabkab arus laut yang bergelora.
 
Namun begitu diucapkan takziah kepada seluruh keluarga penumpang dan krew penerbangan.
 
Bagaimanakah jika , aku ditempat mereka...
 
Ya, Allah jangan diuji diriku dengan sesuatu yang aku tak mampu menghadapinya.
Wassalam.
 

24/03/2014

Jogging Tasik Permaisuri

Salam,

Huh! Dah lama aku x jogging kat sini...last jogging masa aku belajar pada tahun 2005

Kenapa aku jogging?

Sebabnya aku rasa badan aku xbermaya dan cepat letih...

Dan aku fikir ianya mungkin berkaitan dengan stamina aku yang dah mencecah tanah...aku agak begitu..

Lepas keje aku riki Tasik Permaisuri yang depan HUKM..

Ramai jugak peserta2 yang akan menjadi pesaing aku...budak kecik , malah calon kilauan emas pun ada.

Aku sempat pusing 2 round je...lepastu kaki dah mengigil...heee..

Aku stop dalam pukul 7 dan lepak kat restoran santai bersebelahan tasik..pekena minuman 100 plus dan kuew tio bandung..

Pergh!! X abis mkn sebab penat...heee..

Sempat jugak aku buat selfie..

Wassalam

Restoran Pelita Ampang Point

Salam,

Tahun-tahun lepas akhbar Era Baru mengatakan yang restoran pelita tidak halal...

Apa yang aku dengar owner akhbar Era Baru iaitu Datuk Idris Tulis bergaduh besar dengan restoran pelita...korang jangan percaya ni apa yang member aku cakap.

Agak2 bila disuruh baca al-fatihah diaorang kantoi kot...atau disuruh baca kalimah syahadah...tapi aku tengok kat dinding restoran sekarang ni, ada sijil halal.

Malam tadi dalam jam 9.30 pm aku pergi riki restoran pelita yang berdekatan Ampang Point.

Pada aku restoran Pelita di sebelah Wisma  Centre lagi mantop..

So aku angkat nasi putih, ketam, udang sekor dan sayur kobis cincang.

Minuman tea o ais... air favour aku.

Boleh la buat hilang kempunan...nak makan hidangan kari.

Total lost RM 24 hinggit..jarang2 boleh la..aku makan sorang2..heeeee.

Wassalam

23/03/2014

Majlis Perpisahan

Salam,

Aku masih ingat pada 9.11.2006...saat pertama menjejakkan kaki ke MaTiC...

Sebelum tu aku tak kenal pun MaTiC...cuma yang aku kenal adalah Restoran Saloma...sebab banyak event2 gah yang dibuat di Saloma...sekarang ni aku rasa dah boring makan di saloma..sebab dah selalu makan kat situ.

Masa aku belajar dulu...aku selalu rempit dengan kawan-kawan kolej lalu ikut jalan Ampang masuk  jalan Sultan Ismail keluar ikut bukit bintang masuk jalan pasar...namun sekadar sekilas pandangan mata aku melihat Restoran Saloma... "tentu ekslusif tempat nie", dibenakku berkata-kata...

Pagi tu, aku memijak bumi MaTiC.. lokasi pertama adalah lobi kaunter penerangan pelancongan...Kak Ros Tourism Malaysia adalah orang pertama aku berkomunikasi...kerana bertanyakan pejabat pengurusan sambil menunjukkan surat lapor diri...

Cik Nor , Pengurus MaTiC... menerangkan serba sedikit mengenai MaTiC dan tugas2 yang aku perlu lakukan...keluar daripada bilik pengurus , seorang staff admin menyerahkan kepadaku satu booklet berkaitan MaTiC..iaitu en john j macai...aku lupa nama sebenar dia...yang aku ingat dia suka orang panggil dia macai dan dia jenis yang tak suka menerima hadiah dan orang belanja makan...songkok adalah satu kewajiban atas kepala dia.

Kemudian , cik ruffaiza atau pun orang panggil cc bawak aku melawat sekitar MaTiC dan sambil tu memperkenalkan aku dengan staf2 matic yang lain...

Aku ditempatkan bersebelahan bilik en Zulkarnain...en zulkarnain menjawat sebagai pegawai kebudayaan merangkap penolong pengurus ketika itu.

Encik zul adalah orang yang banyak bagi guide kat aku berkaitan cara2 pengurusan MaTiC... yang boleh aku anggap mentor...sebab aku masih baru dan banyak benda yang perlu aku belajar segera... kemudian baru aku faham kenapa en zul berat hati bila berpindah ke unit acara di hq...barang2 peribadi banyak ditinggalkan di stor matic.

Begitu juga dengan en Rashidi antara individu yang banyak mengajar aku bagaimana untuk memimpin dan menguruskan organisasi..antara mentor yang aku akan kenang selagi hayat dikandung badan.

Kemudian puan aliza ayub adalah antara individu dan pembantu yang banyak menolong...walaupun kadang2 kala terasa sedikit rimas...namun tunjuk ajar yang diberikan memudahkan kerja aku di matic.

Tetapi saat dan ketika hari2 akhir pn aliza di matic adalah hari aku rasa kurang menyenangkan..namun aku berterima kasih atas pertolongan dan bantuan yang diberikan..dan kini pn aliza berkhidmat di pejabat pelancongan wilayah.

Sepanjang bertugas di Matic ramai individu yang datang dan pergi...yang pencen pun ada...setiap individu yang hadir mempunyai kenangan dan ingatan yang tertentu...

Arwah Kak Shima: Jaga fail...bila aku selesai buat surat mesti aku call arwah untuk dapatkan nombor fail..tempat arwah pulak dalam bilik faks dan switch internet...hari2 akhir arwah nampak lesu dan ambik cuti sakit yang panjang..rupenyer arwah menghidap penyakit kanser tulang..al-fatihah untuk arwah.

Kak jam dan kak faridah yang sepatutnya aku panggil makcik tapi atas dasar profesional kerja aku panggil kakak kekadang puan..adalah dua orang pembantu yang menamatkan perkhidmatan/ pencen di matic semasa aku sebagai pegawai penyelaras mereka.

Puan Hafizal Husna:  Masa tu sebagai penolong akauntan..sekarang dah jadi akauntan. Hari2 akhir dia nak bertukar ke tempat lain adalah satu suasana yang kurang menyenangkan buat diri aku...namun sekali imbas banyak kenangan manis yang boleh diingati.

Khairy dan Firdaus : Khairy adalah orang yang paling lama aku rasa yang bekerja bersama dengan aku..terima kasih kerana memudahkan kerja dalam soal rangkaian internet matic...sebab aku sibuk duk uruskan hal admin berbanding it. Firdaus baru bertukar ke matic..namun aku rasa terdapat keserasian dalam bekerja.

Cc Ruffaiza: Aku masih ingat lagi masa aku baru mula kerja. Cc ada bagi banyak tali leher kepunyaan arwah adik cc..sampai sekarang aku masih pakai..cc anggap aku macam adik dia kot.. cc juga menjadi tempat rujukan aku dalam hal pentadbiran.

Jazmi : Aku rasa adalah org yg paling sedih di atas penghijrahan aku..banyak cerita suka dan duka yang dikongsi bersama.

Zuhairi : Pelakon yang agak terkenal...masa retreat mesti ada public yang kenal dia. Xterkecuali aku juga, masa aku mula lapor diri dan dikenalkan dengan dia...aku rasa mcm pernah nampak tapi kat mana? Hohoho pelakon rupenye.. aku senang dengan dia..walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.

Sardun Zul : Antara orang yang aku rapat...kekadang aku menjadi tempat dia meluahkan rasa. Apa yang dia tidak tahu, kenapa aku rasa serasi dengan dia sebab rupe dia sama dengan karakter pakcik sebelah ayah aku..yang telah pergi menghadap Ilahi tahun lepas.

Budin dan Eidil : Aku kurang bercakap dengan mereka berdua mungkin tiada apa yang sesuai untuk dibicarakan hanya profesional dalam kerja..tapi akhir2 ini aku dah boleh mesra dengan eidil mungkin sebab minat yang sama dalam teknologi terkini dan pengetahuan am dia pun cukup banyak..kalo bersembang aku rasa banyak yang boleh dibincangkan.

Samsudin dan Nizam :  Tak banyak yang boleh dibicarakan tentang mereka...cuma berbicara soal kerja saja..begitu juga dengan Norwati Mislan dan juga Azemi Atan.

Rasdi AKA Along : Aku mula rapat dengan dia apabila dia ditukarkan ke unit aku..untuk membantu aku dalam menyelenggara aset..satu hal yang aku respek dengan dia adalah dia konsisten balik kg di Kelantan 2 minggu sekali untuk berjumpa dengan anak dan isteri..persahabatan dia aku rasa adalah ikhlas..susah nak cari sahabat yang sebegitu.

Pn Rusliza, Hame dan Daren Tham : Aku anggap unit ni yang paling berkuasa di matic... aku selalu mengelakkan diri daripada mencari pasal dengan mereka...sebab diaorang ni mengawal sumber kewangan. Namun aku berterima kasih dengan Puan Rusliza yang banyak mengajar aku tentang perolehan dan bajet.

Kesimpulannya matic memang awesome.

Wassalam.

22/03/2014

Punch Card Terakhir

Salam,

Sepanjang bekerja di matic selama 7 tahun bermula 9.11.2006 hingga 21.3.2014...aku melihat ramai yang datang dan pergi...

Ada jugak yang aku lihat pergi untuk selamanya... kali ni giliran aku pula untuk pergi.

Terasa sedikit sayu...untuk meninggalkan matic..sebab aku tahu aku xkan kembali untuk bekerja di matic lagi.

Kalo aku kembali pun sekadar pelawat atau pelancong tempatan..

Bukan sedikit kenangan pahit dan terindah sepanjang bekerja di matic dan pastinya banyak yang indah2 yang xmungkin aku akan kecapi di tempat lain.

7 tahun bukan satu tempoh yang singkat...

Ramai yang bertanya kenapa aku berpindah ke tempat lain.

"Sebab aku sudah tepu, kalo di sekolah menengah tempoh 7 tahun mungkin aku dah habis SPM dan mungkin sedang sambung tingkatan enam atas...heeee" itu jawapan aku... yang mana aku cuba untuk mencari kelainan di tempat yang baru sebagai ahli arkeologi ala2 Indiana Jones.

Namun matic sentiasa di hati aku...tempat belajar lagi di kenang inikan pula tempat cari makan.

Dan semalam merupakan kali terakhir aku punch card keluar.

Wassalam.

21/03/2014

Kasih Seorang Abang

Salam,

Dek kerna sayangkan adik dia... aku sendiri Miqdad x bagi kacau adik dia Insyirah..

Nak bagi botol susu pun dia yang berikan...

Aku nak dukung pun x boleh..

Katanya" Ni baby ibu,bukan baby ayah...baby keluar dari perut ibu, ayah nak baby buat la sendiri"

X nak menyedihkan hati dia...terpaksa la aku curi2 dukung Insyirah..

Wajah Insyirah saling tak tumpang dengan wajah dia...eemmmm memang ciri2 seorang abang yang melindungi.

Wassalam.

Wayang : Filem Divergent

Salam,

Semalam...banyak benda nak kena setle...tapi ada member ajak tengok wayang...so tolak tepi semua kerja...lagi pun dah lama tak tengok wayang.

Sejak aku mula download latest movie secara online..heee

Tapi kali ni senario berbeza sikit...sebab aku bercadang nak layan 4D kat spectrum Ampang..heee

So kiteorang riki spectrum ampang dalam pukul 9.45 pm..aku tanya pekerja yang jual tiket ada 4D x..xder?

3D ada x? ...xder tapi ada pada saturday dan sunday, jawab jurujual tiket..

Jadi kiteorang layan yang bukan 4D dan 3D...huh! Baik layan dekat KLCC...gomel aku dalam hati..sebab kat KLLC wayang lagi besar..orang pun ramai..harga tiket 10 hinggit..campur dengan popcorn dengan minuman total lost rm 18 hinggit..tapi member aku yang bayar..heee

Malam tu aku layan filem DIVERGENT..x ramai penonton..dan sejuk giler...nyesal x pakai baju lengan panjang..wayang start pukul 10 pm dan abis 12.30 am..cerita dia ok la...aku bagi 7 bintang daripada 10 bintang..

Sampai umah 1.30 am..penat giler..lepas mandi dan solat..layan TV sekejap...huh! Dah x larat.masuk bilik tido..

Wassalam.

20/03/2014

Aku Bergelap

Salam,

Sampai rumah daripada perak semalam kira-kira 8 a.m..

Aku bukak lampu dan kipas rumah...

Tiba-tiba lampu terpadam...aduhai..apa masalah pulak ni..gomel aku dalam hati...

Xper ..ape-apehal pergi surau dulu solat isyak...kemudian aku pergi pekena nasi goreng sotong dengan tea o panas dekat gerai hasma tomyam...

Masa nak balik umah...ujan lebat giler turun...dah la lampu xder..ujan lebat pulak tu.terasa syahdu sekejap...

Aku masuk umah bukak api dapur dan pasang lilin...kemudian aku naikan suis RCCB yang terletak di MCB..

huh!! Nasib baik trik kat rccb je..semua normal semula.

Layan TV sekejap kemudian masuk tido...membujang aku sorang2..sebab humaira masih berpantang di kg.

Sedang layan mata...terasa gelap semacam..aduyai trik lagi..tunggu la pagi nanti..layan tido dulu..bangun tido untuk solat subuh..aku meraba dalam gelap..pergi bilik air untuk ambik wuduk...

Confirm baju keje x bergosok...heee..harap2 xderla budak ofis yang perasan...

So tengahari td call member untuk gantikan rccb baru..kalo x ganti ...alamak malam ni aku tido dalam kegelapan dan kepanasan bertemankan nyamuk..

Total lost RM 60 hinggit sebab member yang buatkan...

Wassalam.

18/03/2014

Selepas Hujan

Salam,

Alhamdulilah...

Hujan turun dengan lebat akhirnya di Batu Kurau...

Miqdad paling suka dapat main hujan...tok potong daun pisang kemudian dia ambik buat macam payung...

Kehidupan di kampung memang seronok berbanding di bandar...walaupun di bandar informasi cepat sampai dan otak cepat berkembang..

Namun sekarang ianya dah setara dengan kehidupan di bandar...internet kat umah2 di kampung sudah ada...itu belum lagi kg2 yang ada wifi yang dipasang oleh kerajaan.

Mungkin satu hari nanti aku pun turut berhijrah ke kampung. Hidup lebih bermakna aku rasa begitu.

Wassalam.

17/03/2014

The Financial Times : Satu Artikel Bodoh.

Salam,

Tak abis-abis mempertikaikan keupayaan orang Melayu.

Bila laporan The financial Times menerbitkan artikel mengaitkan keupayaan Melayu dalam mentadbir negara dengan insiden MH 370.

Laporan The Financial Times yang aku rasa amat dangkal dan bodoh..dengan hanya memetik kenyataan daripada Ben Suffian dari Merdeka Centre dan Wong Chin Huat dari Penang Institute...

Come on la...

Datang sendiri tengok Malaysia...kemudian baru tulis bro.

Kalo betul apa dikata kiteorang pun berpuas hati.

Wassalam.

16/03/2014

Bihun Sup Batu Kurau

Salam,

Petang tadi...hajat dihati nak pergi makan dekat Kurau Stone..

Terlena sampai 5.30 pm...pergi dapur..selak saji ada pulut dan santan..petang tu mak mertua buatkan pulut durian rupenye..apalagi baru bangun...confirm perut lapar giler.

Usai makan, mandi dan solat..miqdad ajak pekena bihun sup...memang aku dah janji dengan dia..

Kul 6.30 gerak pergi pekan batu kurau cari kedai makan..aku terpandang satu kedai berhampiran trafik light..macam okay je ..why not try..

Miqdad order  ais kacang,bihun sup xnak sayur...daun sup pun xpayah letak.

Aku pulak bihun tomyam dan air suam...lately ni aku banyak minum air suam...risau takut kena kencing manis.heee...jaga kesihatan beb..

Makanan memang superb!!terbaik...harga pun murah rm 10..

Kalo kat KL tak tau la berapa total lost.

Wassalam

14/03/2014

Baby Kena Campak

Salam,

Aduhai...

Berpusing rasa kepala bila dapat mms dari humaira....

Kat lengan Insyirah dah timbul cacar air...kurang daripada 10 bijik, jelas humaira...

Huh! Masalah besar...aku yang kena demam campak pun suffer inikan pulak baby yang baru lahir..sebulan pun xcukup lagi umur Insyirah.

Masalah dengan penyakit kuning tempohari pun masih menghantui kepala otak ni...yang aku rasa berdenyut-denyut sampai sekarang.

Cepat2 aku call humaira supaya bawa Insyirah ke klinik...dan memang sah doktor klinik azhar kata demam campak...huh...suffernya aku...

Kepada Allah aku berserah..

Wassalam.

13/03/2014

Rindu

Salam,

Dah 4 hari aku x jumpa anak2...

Huh!  Rindu giler...

Anak semua di kg dengan humaira sebab masih berpantang...

Kekadang aku terasa nak jenguk sekolah anak aku...dapat tengok luar pun jadi la..

Sebab aktiviti harian aku..selepas balik kerja, aku akan ambik dia dari sekolah...

Semalam aku call mak ayah aku di kampung...aku rasa mereka pun merindui aku..sebagaimana juga aku rindui anak2 aku...huhuhu.

Dan bagaimana perasaan ahli keluarga penumpang MH 370 dan crew MAS pasti mereka pun sama merindui dan mengharapkan MH 370 pulang dengan selamat.

Aku pun harap begitu juga.

Wassalam.

12/03/2014

JPN Taman Melawati

Salam,

Huh!!!

Aku suka suasana panas...hujan pun aku suka...

Aku bercita-cita nak naik unta kat padang pasir di Moroco atau gurun Sahara...pakai macam orang arab badwi..heeee..

So arini aku riki JPN Taman Melawati..daftar kelahiran anak..dalam pukul 10.10 pagi..cuaca dah mulai panas.

Kena denda 5 hinggit sebab daftar lambat..mana taknya lambat..aku temankan humaira berpantang kat batu kurau dan ulang alik bawak baby ke klinik untuk check kuning..xsempat hoi.. 15 hari tempoh yang diberi.

Staff kat sana memang peramah...diaorang ramah aku pun mesra la...

Orang pun xramai jika dibandingkan dengan JPN Taman Maluri atau JPN dekat Mahkamah Wilayah...

Cuma part fotostat buku kesihatan ibu pihak JPN perlu letakkan dalam prosedur pendaftaran kelahiran..sebab ianya tidak dinyatakan disitu.

Dan aku terpaksa keluar pergi cari kedai fotostat untuk copy beberapa mukasurat yang terdapat di dalam buku rekod kesihatan ibu...

Dulu masa aku buat dekat JPN Maju Junction diaorang tolong copykan..ye la bukan salah aku..yang lain aku dah fotostat..part fotostat buku rekod kesihatan ibu diorang tak nyatakan dalam prosedur pendaftaran.

Nasib baik aku familiar dengan tempat tu..cepat sikit jumpa kedai.

Wassalam.

Santa Capati

Salam,

Semalam tengahari, waktu lunch..memang panas sangat.

Kawan aku ajak pekena capati di belakang sogo katanya..
Dalam hati aku, "Ada ke makan capati waktu tengahari".

Biasala kita orang melayu...lunch memang dah biasa makan nasi..

Tapi bila dah pergi...

Pekena capati satu keping dengan teh susu lembu...huh! Memang terbaik...

Kalo korang dah bosan sangat makan nasi waktu lunch boleh tukar selera kat kedai Santa Capati...belakang sogo...aku pergi pun tak sesak masih ada tempat duduk.

Dan kedai nie dah jadi 'port' kawan2 aku ...time diaorang nak ubah selera makan.

Wassalam.

10/03/2014

Inovasikan Produk Digital

Salam,

Apakah format produk yang perlu dijual kepada pelanggan.

Rata-rata produk IM antarabangsa yang aku kaji dan membuat analysis adalah mereka mempakejkan beberapa format produk untuk pelanggan mereka.

Kunci yang paling penting di sini adalah 'kepuasan pelanggan' pastikan pelanggan rasa berbaloi dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli produk anda.

Eben pagan contohnya..lebih suka membuat produk dalam bentuk video iaitu dalam format mp4...kemudian disertakan sekali dengan transkrip di dalam produknya Wake up productive.

Begitu juga halnya dengan Jimmy d brown mempakejkan produknya productive secret mp3 + transkrip dalam format pdf..yang terbaiknya suara yang digunakan bukan suara Jimmy d brown.

Mengeluarkan produk dalam bentuk video boleh dikatakan lebih cepat berbanding  membuat sebuah ebuku yang bilangan mukasurat lebih daripada 200 page.

Terdapat juga IM seperti John Reese menjual produk dalam bentuk mp3 + PDF.

Namun terdapat juga yang menjual produk yang lebih canggih dalam bentuk web yang boleh diklik dalam bentuk flash seperti produk yang dihasilkan oleh frank Kern dan Trey Smith untuk produk millionaireinfo aka jutawan info.

Untuk produk seperti dokumen word juga turut boleh dipakejkan dengan ebuku format PDF seperti produk kontrakperjanjian.blogspot.com.

Terdapat juga IM yang mengunakan perisian camtastudio iaitu perisian screenhoot yang disavekan dalam format mp4 sebagai penerangan kepada pelanggan sesuatu tutorial.

Semuanya terpulang kepada jenis produk yang anda jual...pastikan produk anda dipakejkan lebih dari yang diminta pelanggan.

Wassalam.

09/03/2014

Gila Komik

Salam,

Hari ni aku rasa dua perkara yang sedang 'hot'...

Pertamanya berkenaan kehilangan pesawat daripada Klia ke Beijing...Banyak spekulasi yang dibuat di media sosial...macam2...bagi aku kalo benda belum pasti jangan cakap atau tulis di blog...

Perlu jaga hati dan perasaan ahli keluarga penumpang yang menaiki pesawat berkenaan..

Keduanya berkenaan dengan SBB 2014 yang diadakan di Saloma Bistro  pada 8.3.2014...aku xdpt hadir sebab berada di Batu Kurau..cuti sakit kena demam campak...terlepas peluang nak dengar Ben Ashaari bagi talk...huhuhu

Dan juga terlepas peluang untuk bersua muka dengan Ahmad Faizal aka en Titan.

Mungkin next time...

Wassalam.

07/03/2014

Derita Demam Campak

Salam,

Demam campak...huhuhuhu...

Rupanya demam nie berjangkit...sebulan yang lepas miqdad je kena demam nie...selepas 2 minggu campak dia dah ilang berjangkit pulak dekat aku dengan Tasnim...

Aku kena masa on da way balik Batu Kurau...usai humaira keluar dari Pusat Bersalin Kohilal, Taman Melawati...untuk berpantang di kg.

Pergh!! Sengsara yang amat...badan letih2...dengan gatal lagi...huh! Memang mencabar minda dan fizikal...kepala berdenyut2..dan yang aku paling takut berjangkit dengan baby yang baru lahir...

Setakat nie...Alhamdulillah...

Aku pergi klinik dekat pekan batu kurau...dpt mc 9 hari...ikutkan 9 hari tak cukup nak heal campak nie...doktor bagitau 21 hari baru hilang...

Doktor bagitau , sepatutnya hari pertama ruam iaitu cacar air timbul kat badan terus datang klinik..sebab sempat lagi bagi antivirus..kalo dah masuk hari ketiga sudah terlewat, sebab virus tu dah masuk dalam darah..so Dr bagi ubat je la.

First time aku disiplin telan ubat yang dr bagi...heee..

Sekarang dah tinggal sisa2 dan parut kat badan aku...memang suffer..bersyukur yang amat sekarang dah sihat...

Masa sakit sempatla aku baca kisah Nabi Ayub...lagi hebat dugaan Nabi Ayub...dikatakan 18 tahun derita sakit.

Wassalam.

Kereta Tersenguk-Senguk

Salam,

Sudah beberapa bulan humaira bawak kereta tersenguk-senguk...

Just imagine naik bukit ampang tiap2 pagi untuk pergi kerja...

Kereta pulak tersenguk-senguk macam tak lepas minyak...

Masuk gear 2 dah mintak gear 3...jarak pendek je..

Aku dah tanya banyak pakar apa problem kalo keter jadi macam tu...

Taknak la kena kelentong dengan kedai kereta... pergi je kedai kira aku tau apa masalah...heeee

So kalo kereta tersenguk2 ada 2 kemungkinan iaitu penapis minyak atau spark plug...

Tetapi yang kerap  berlaku adalah disebabkan spark plug..dan aku tukar sekali dengan cable plug.

Jadi semalam total lost rm 110.00... namun puas hati sebab aku tau apa yang perlu dibaiki...heeee

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff