23/03/2014

Majlis Perpisahan

Salam,

Aku masih ingat pada 9.11.2006...saat pertama menjejakkan kaki ke MaTiC...

Sebelum tu aku tak kenal pun MaTiC...cuma yang aku kenal adalah Restoran Saloma...sebab banyak event2 gah yang dibuat di Saloma...sekarang ni aku rasa dah boring makan di saloma..sebab dah selalu makan kat situ.

Masa aku belajar dulu...aku selalu rempit dengan kawan-kawan kolej lalu ikut jalan Ampang masuk  jalan Sultan Ismail keluar ikut bukit bintang masuk jalan pasar...namun sekadar sekilas pandangan mata aku melihat Restoran Saloma... "tentu ekslusif tempat nie", dibenakku berkata-kata...

Pagi tu, aku memijak bumi MaTiC.. lokasi pertama adalah lobi kaunter penerangan pelancongan...Kak Ros Tourism Malaysia adalah orang pertama aku berkomunikasi...kerana bertanyakan pejabat pengurusan sambil menunjukkan surat lapor diri...

Cik Nor , Pengurus MaTiC... menerangkan serba sedikit mengenai MaTiC dan tugas2 yang aku perlu lakukan...keluar daripada bilik pengurus , seorang staff admin menyerahkan kepadaku satu booklet berkaitan MaTiC..iaitu en john j macai...aku lupa nama sebenar dia...yang aku ingat dia suka orang panggil dia macai dan dia jenis yang tak suka menerima hadiah dan orang belanja makan...songkok adalah satu kewajiban atas kepala dia.

Kemudian , cik ruffaiza atau pun orang panggil cc bawak aku melawat sekitar MaTiC dan sambil tu memperkenalkan aku dengan staf2 matic yang lain...

Aku ditempatkan bersebelahan bilik en Zulkarnain...en zulkarnain menjawat sebagai pegawai kebudayaan merangkap penolong pengurus ketika itu.

Encik zul adalah orang yang banyak bagi guide kat aku berkaitan cara2 pengurusan MaTiC... yang boleh aku anggap mentor...sebab aku masih baru dan banyak benda yang perlu aku belajar segera... kemudian baru aku faham kenapa en zul berat hati bila berpindah ke unit acara di hq...barang2 peribadi banyak ditinggalkan di stor matic.

Begitu juga dengan en Rashidi antara individu yang banyak mengajar aku bagaimana untuk memimpin dan menguruskan organisasi..antara mentor yang aku akan kenang selagi hayat dikandung badan.

Kemudian puan aliza ayub adalah antara individu dan pembantu yang banyak menolong...walaupun kadang2 kala terasa sedikit rimas...namun tunjuk ajar yang diberikan memudahkan kerja aku di matic.

Tetapi saat dan ketika hari2 akhir pn aliza di matic adalah hari aku rasa kurang menyenangkan..namun aku berterima kasih atas pertolongan dan bantuan yang diberikan..dan kini pn aliza berkhidmat di pejabat pelancongan wilayah.

Sepanjang bertugas di Matic ramai individu yang datang dan pergi...yang pencen pun ada...setiap individu yang hadir mempunyai kenangan dan ingatan yang tertentu...

Arwah Kak Shima: Jaga fail...bila aku selesai buat surat mesti aku call arwah untuk dapatkan nombor fail..tempat arwah pulak dalam bilik faks dan switch internet...hari2 akhir arwah nampak lesu dan ambik cuti sakit yang panjang..rupenyer arwah menghidap penyakit kanser tulang..al-fatihah untuk arwah.

Kak jam dan kak faridah yang sepatutnya aku panggil makcik tapi atas dasar profesional kerja aku panggil kakak kekadang puan..adalah dua orang pembantu yang menamatkan perkhidmatan/ pencen di matic semasa aku sebagai pegawai penyelaras mereka.

Puan Hafizal Husna:  Masa tu sebagai penolong akauntan..sekarang dah jadi akauntan. Hari2 akhir dia nak bertukar ke tempat lain adalah satu suasana yang kurang menyenangkan buat diri aku...namun sekali imbas banyak kenangan manis yang boleh diingati.

Khairy dan Firdaus : Khairy adalah orang yang paling lama aku rasa yang bekerja bersama dengan aku..terima kasih kerana memudahkan kerja dalam soal rangkaian internet matic...sebab aku sibuk duk uruskan hal admin berbanding it. Firdaus baru bertukar ke matic..namun aku rasa terdapat keserasian dalam bekerja.

Cc Ruffaiza: Aku masih ingat lagi masa aku baru mula kerja. Cc ada bagi banyak tali leher kepunyaan arwah adik cc..sampai sekarang aku masih pakai..cc anggap aku macam adik dia kot.. cc juga menjadi tempat rujukan aku dalam hal pentadbiran.

Jazmi : Aku rasa adalah org yg paling sedih di atas penghijrahan aku..banyak cerita suka dan duka yang dikongsi bersama.

Zuhairi : Pelakon yang agak terkenal...masa retreat mesti ada public yang kenal dia. Xterkecuali aku juga, masa aku mula lapor diri dan dikenalkan dengan dia...aku rasa mcm pernah nampak tapi kat mana? Hohoho pelakon rupenye.. aku senang dengan dia..walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.

Sardun Zul : Antara orang yang aku rapat...kekadang aku menjadi tempat dia meluahkan rasa. Apa yang dia tidak tahu, kenapa aku rasa serasi dengan dia sebab rupe dia sama dengan karakter pakcik sebelah ayah aku..yang telah pergi menghadap Ilahi tahun lepas.

Budin dan Eidil : Aku kurang bercakap dengan mereka berdua mungkin tiada apa yang sesuai untuk dibicarakan hanya profesional dalam kerja..tapi akhir2 ini aku dah boleh mesra dengan eidil mungkin sebab minat yang sama dalam teknologi terkini dan pengetahuan am dia pun cukup banyak..kalo bersembang aku rasa banyak yang boleh dibincangkan.

Samsudin dan Nizam :  Tak banyak yang boleh dibicarakan tentang mereka...cuma berbicara soal kerja saja..begitu juga dengan Norwati Mislan dan juga Azemi Atan.

Rasdi AKA Along : Aku mula rapat dengan dia apabila dia ditukarkan ke unit aku..untuk membantu aku dalam menyelenggara aset..satu hal yang aku respek dengan dia adalah dia konsisten balik kg di Kelantan 2 minggu sekali untuk berjumpa dengan anak dan isteri..persahabatan dia aku rasa adalah ikhlas..susah nak cari sahabat yang sebegitu.

Pn Rusliza, Hame dan Daren Tham : Aku anggap unit ni yang paling berkuasa di matic... aku selalu mengelakkan diri daripada mencari pasal dengan mereka...sebab diaorang ni mengawal sumber kewangan. Namun aku berterima kasih dengan Puan Rusliza yang banyak mengajar aku tentang perolehan dan bajet.

Kesimpulannya matic memang awesome.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff