22/03/2014

Punch Card Terakhir

Salam,

Sepanjang bekerja di matic selama 7 tahun bermula 9.11.2006 hingga 21.3.2014...aku melihat ramai yang datang dan pergi...

Ada jugak yang aku lihat pergi untuk selamanya... kali ni giliran aku pula untuk pergi.

Terasa sedikit sayu...untuk meninggalkan matic..sebab aku tahu aku xkan kembali untuk bekerja di matic lagi.

Kalo aku kembali pun sekadar pelawat atau pelancong tempatan..

Bukan sedikit kenangan pahit dan terindah sepanjang bekerja di matic dan pastinya banyak yang indah2 yang xmungkin aku akan kecapi di tempat lain.

7 tahun bukan satu tempoh yang singkat...

Ramai yang bertanya kenapa aku berpindah ke tempat lain.

"Sebab aku sudah tepu, kalo di sekolah menengah tempoh 7 tahun mungkin aku dah habis SPM dan mungkin sedang sambung tingkatan enam atas...heeee" itu jawapan aku... yang mana aku cuba untuk mencari kelainan di tempat yang baru sebagai ahli arkeologi ala2 Indiana Jones.

Namun matic sentiasa di hati aku...tempat belajar lagi di kenang inikan pula tempat cari makan.

Dan semalam merupakan kali terakhir aku punch card keluar.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff