Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

30/04/2014

PBAKL 2014 : Buku Prof Kamil dan Puan Roza

Salam,

Aku berjaya juga dapatkan buku hasil tulisan hati Prof Kamil dan Isterinya Puan Roza.

Buku berjudul " Bersamamu Di Firdaus " dan Buku " Rumah Kecil Di Jabal Uhud " menjadi hidangan mata aku...heeee

Setahun menunggu dirasakan begitu berbaloi...

Antara buku2 yang aku rasa berbaloi untuk ditunggu walaupun dalam proses penyiapan manuskrip.

Dan xlupa juga buku hasil buah tangan Ustaz Kazim iaitu " Cukup Hanya Allah ".

Akhir sekali buku karangan Irfan Khairi iaitu Nota Kewangan dan Nota Motivasi berjaya didakapan aku dengan diskaun 50% oleh Telaga Biru memang tidak rugi...

Yang ruginya kalo korang xpergi ke Pesta Buku Antarabangsa  2014 di Pwtc..

Kalo aku xpergi memang aku boleh jadi giler meroyan.

Wassalam.






25/04/2014

Pesta Buku 2014

Salam,

Semalam tepat jam 10 pagi .. bermulanya secara rasmi pesta buku 2014 di PWTC..

Aku memang x miss .. dan akan singgah walaupun sekejap ..

Pesta buku ibarat Hari Raya bagi penulis-penulis buku dan juga syarikat-syarikat penerbitan buku dan pastinya ianya menjadi acara yang ditunggu-tunggu .

Begitu juga dengan aku ... dengan diskaun 20 % susah nak dapat di mana-mana.. kalo ada pun ianya secara bermusim dilakukan di kedai-kedai biasa.. itu pun kena beli dua buku ke atas.

Apa yang lebih teruja lagi ... adalah aku menunggu buku tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim . " Bersamamu Di Firdaus " di jangka akan dilancarkan pada 28.4.2014.. Prof kamil akan berada disitu .

Buku isteri Prof Kamil iaitu Puan Roza pun mungkin aku akan sambar jugak untuk Humaira.

Buku-buku lain aku belum aim lagi . .. kena windows shopping .. jumpa baru angkat .. kalo ada buku baru tulisan Ustaz Hasrizal mungkin aku akan angkat .

Penat wooo baca buku banyak-banyak nanti overload. Buku-buku yang kat umah pun banyak belum digest lagi .

Sekarang ni kena pilih buku-buku yang berkualiti je untuk bacaan dan semestinya dapat mengubah diri menjadi lebih baik.


Wassalam.








16/04/2014

Temuduga W27 Format Baru

Salam,

Semalam aku temankan Humaira temuduga W27 Penolong Pegawai Akauntan di Jalan Cenderasari ..

Terpaksa aku temankan sebab xder sape2 nak jaga Tasnim dan Insyirah . Waktu temuduga jam 10 pagi . So pagi tu memang tergopoh-gopoh nak keluar rumah sampaikan aku terlupa nak tutup air paip setelah selesai "berurusan".

Humaira bab interview ni memang dalam poket dia .. apa yang dia tak baca tentang perakaunan semua dia hafal pada malam tu . Tanya la tentang GST, Akruan , dasar automotif Negara, peranan jabatan akauntan Negara, siapa Menteri Kewangan 1 dan 2 . semua kacang beb!!! heee

Tetapi lain pula ceritanya apabila yang temuduga adalah otai SPA . Dia sorang je yang temuduga humaira ikut standard dua orang . Tetapi disebabkan dia otai dan orang lama. Selamber je bagitau humaira .. "sekilas ikan di air saya dah tau jantan atau betina".  memang power datuk nie . mengalahkan bomoh dunia .. heeee.

sampaikan aku pun tak tau nak ramal humaira dapat ke tidak job nie .. walaupun dah 4 kali humaira temuduga post yang sama .. nasib yang sama jugak berlaku iaitu GAGAL. heeee.

Dalam sesi temuduga seperti yang diceritakan oleh humaira .. tiada soalan GST atau Akruan yang ditanya , kerana datuk nie bagitau .. " kat sini semua boleh goreng" .

So semalam hanya sesi sembang yang berlaku .. sembang tentang kenapa tahun nie dua kali temuduga untuk W27 dibuat .. dan datuk tu sendiri yang jawab " sebab tahun depan penggunaan sepenuhnya perakauanan terakru akan dilaksanakan " .

Jadi tidak akan ada lagi sistem espkb .

Mungkin juga datuk ni ada calon yang dia dah aim .. tetapi humaira ada bertanyakan kepada calon yang telah ditemuduga.. jawabnya " hanya sembang" .

Sesi pengenalan diri pun xder .. kena cakap dalam bahasa omputih pun xder .. sembang-sembang selama satu jam .

hohoho ... dalam hati aku berkata ... emmm.. format temuduga SPA dah berubah .. hanya sembang-sembang.. . sedangkan aku tahu .. diaorang perlu mengisikan barang permarkahan calon yang terdapat di depan mata diaorang. . bila otai yang temuduga memang sembang-sembang .

Lain cerita dengan bilik temuduga yang disebelah .. calon yang telah selesai temuduga bagitau .. " cerewet giler" kenapa? sebab penemuduga adalah perempuan ...emmm patut la..

Aku pula,  aku sedang suffer dalam kereta dengan Tasnim dan Insyirah .. cuba bayangkan .. aku kena jaga insyirah yang berusia xsampai lagi dua bulan. Merana beb!!

3 jam tu aku termenung dalam kereta sambil makan pisang berangan..bila la Humaira nak habis .

Dari pukul 10 sampai pukul 1 tengahari.

Sesi temuduga kali nie , calon ada seramai 2300 orang dan nak pakai dalam 90 lebih . jadi average 1 orang daripada 15 calon.

calon memohon seramai 24 ribu orang .

Walau apa-ape pun aku bagitau humaira .. kalo ada rezeki tu adalah .. jangan berputus asa.. hanya orang kafir je berputus asa. Keputusan temuduga pada 6.6.2014. Tak sabar aku nak tau ..heeee

Wassalam.

09/04/2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Salam,

Alhamdulillah,

Aku ambik masa dua hari untuk habiskan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar ...

First humaira pegang baca dan tak letak2 ... aku pun pelik ...
Hari ahad aku, aku habiskan dengan membaca buku ni.

Aku rasa korang patut baca juga .. memang terbaik ...
Tatkala kita kekeringan idola untuk dilihat ..muncul Ahmad Ammar sebagai model terbaik .

Miqdad pun akan aku cuba untuk diwakafkan bagi misi Ummatik.

Wassalam.

07/04/2014

Juara dicipta, Bukan dilahirkan

Salam,
 
Aku rasa dah agak lama aku gantung raket..agak aku dah lima tahun .
 
Sabtu lepas aku berkesempatan join tournament badminton  super series yang dianjurkan oleh sebuah Kementerian di Putrajaya.
 
Aku sempat training dua hari je .. stamina memang out ..
 
Kiranya aku bernasib baik sebab dapat team pasukan yang otai giler dan veteran .. time aku main first game masuk ruble game ...partner aku dah gigil sebab mata banyak hilang dekat aku .. hee sori encik Mat Lawa . ..tapi menang dengan susah payah..suffer jugak ..
 
second game aku main kalah ... sebab lawan aku terlalu bagus daripada aku . aku angkat je bulu tangkis , terus dia smash...kesian kat partner aku.. heeee..
 
Nasib baik ikut kiraan mata ..team aku dapat pergi final .. dan kemudian bergelar juara..
 
Dan bila aku kaji balik cara aku main badminton , aku rasa aku akan gantung raket sekali lagi ..
Rasenye badminton bukan sukan yang aku boleh focus . Nak kena rajin training beb!.
 
Lebih baik aku focus hanya pada senaman yang simple iaitu berjogging .. sesape yang ada masa lapang boleh temankan aku jogging di Tasik Permaisuri , Bandar Tun Razak .
 
Hari apa aku jogging tak sure ..ikut mood jugak ..heee.
 
Tahniah jugak kepada Datuk Lee Chong Wei kerana dapat kalahkan Cheng Long dalam Super Series India 2014 malam tadi .. Lin Dan pasti turun kali nie .. kalo Cheng Long dah xdpt nak kalahkan Datuk Lee Chong Wei.
 
Wassalam.

 

04/04/2014

Serpihan Oh Serpihan!

Salam,

Aku rasa dah tiga minggu aku dengar tentang serpihan-serpihan yang terapung  di  lautan Hindi yang menjadi lokasi terakhir MH370 berdasarkan 'ping' pesawat berkenaan.. diaorang pergi riki tengok-tengok sampah ..bukannya spare part kapal terbang.

Otak aku pun dah naik pening nak digest bermacam-macam info tentang MH370 ..

Ada yang kata penglibatan Israel dan Amerika Syarikat di mana MH370 di escort ke Pangkalan tentera Amerika di Diego Marcia yang terletak di lautan Hindi .

Sebabnya  Taliban jual dron US kepada China dan dalam pesawat berkenaan terdapat pakar senjata daripada China.

Cerita ni dikuatkan lagi dengan mimpi seorang yang bergelar ustaz. ada mimpi 1 dan bersambung mimpi 2.

Spekulasi tentang penglibatan Amerika dalam hal ini adalah lebih besar peratusannya daripada kapal terbang terhempas aku agak begitu.

Serpihan-serpihan yang dikesan oleh satelit pelbagai negara belum boleh dikaitkan dengan MH370.
sampai sekarang cerita pasal serpihan entah kemana penghujungnya.

Ditokok tambah pula dengan rancangan sulit Illuminati Freemason melalui lagu yang dinyanyikan oleh Shakira feat Pit Bull.

Kos pencarian aku agak dah cecah ratusan juta dan yang termahal dalam sejarah pencarian pesawat yang hilang.

Huh!!! misteri betul MH370 dan ianya berjaya menyerabutkan kepala otak aku untuk berfikir .. aku agak korang pun sama.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff