04/04/2014

Serpihan Oh Serpihan!

Salam,

Aku rasa dah tiga minggu aku dengar tentang serpihan-serpihan yang terapung  di  lautan Hindi yang menjadi lokasi terakhir MH370 berdasarkan 'ping' pesawat berkenaan.. diaorang pergi riki tengok-tengok sampah ..bukannya spare part kapal terbang.

Otak aku pun dah naik pening nak digest bermacam-macam info tentang MH370 ..

Ada yang kata penglibatan Israel dan Amerika Syarikat di mana MH370 di escort ke Pangkalan tentera Amerika di Diego Marcia yang terletak di lautan Hindi .

Sebabnya  Taliban jual dron US kepada China dan dalam pesawat berkenaan terdapat pakar senjata daripada China.

Cerita ni dikuatkan lagi dengan mimpi seorang yang bergelar ustaz. ada mimpi 1 dan bersambung mimpi 2.

Spekulasi tentang penglibatan Amerika dalam hal ini adalah lebih besar peratusannya daripada kapal terbang terhempas aku agak begitu.

Serpihan-serpihan yang dikesan oleh satelit pelbagai negara belum boleh dikaitkan dengan MH370.
sampai sekarang cerita pasal serpihan entah kemana penghujungnya.

Ditokok tambah pula dengan rancangan sulit Illuminati Freemason melalui lagu yang dinyanyikan oleh Shakira feat Pit Bull.

Kos pencarian aku agak dah cecah ratusan juta dan yang termahal dalam sejarah pencarian pesawat yang hilang.

Huh!!! misteri betul MH370 dan ianya berjaya menyerabutkan kepala otak aku untuk berfikir .. aku agak korang pun sama.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff