16/04/2014

Temuduga W27 Format Baru

Salam,

Semalam aku temankan Humaira temuduga W27 Penolong Pegawai Akauntan di Jalan Cenderasari ..

Terpaksa aku temankan sebab xder sape2 nak jaga Tasnim dan Insyirah . Waktu temuduga jam 10 pagi . So pagi tu memang tergopoh-gopoh nak keluar rumah sampaikan aku terlupa nak tutup air paip setelah selesai "berurusan".

Humaira bab interview ni memang dalam poket dia .. apa yang dia tak baca tentang perakaunan semua dia hafal pada malam tu . Tanya la tentang GST, Akruan , dasar automotif Negara, peranan jabatan akauntan Negara, siapa Menteri Kewangan 1 dan 2 . semua kacang beb!!! heee

Tetapi lain pula ceritanya apabila yang temuduga adalah otai SPA . Dia sorang je yang temuduga humaira ikut standard dua orang . Tetapi disebabkan dia otai dan orang lama. Selamber je bagitau humaira .. "sekilas ikan di air saya dah tau jantan atau betina".  memang power datuk nie . mengalahkan bomoh dunia .. heeee.

sampaikan aku pun tak tau nak ramal humaira dapat ke tidak job nie .. walaupun dah 4 kali humaira temuduga post yang sama .. nasib yang sama jugak berlaku iaitu GAGAL. heeee.

Dalam sesi temuduga seperti yang diceritakan oleh humaira .. tiada soalan GST atau Akruan yang ditanya , kerana datuk nie bagitau .. " kat sini semua boleh goreng" .

So semalam hanya sesi sembang yang berlaku .. sembang tentang kenapa tahun nie dua kali temuduga untuk W27 dibuat .. dan datuk tu sendiri yang jawab " sebab tahun depan penggunaan sepenuhnya perakauanan terakru akan dilaksanakan " .

Jadi tidak akan ada lagi sistem espkb .

Mungkin juga datuk ni ada calon yang dia dah aim .. tetapi humaira ada bertanyakan kepada calon yang telah ditemuduga.. jawabnya " hanya sembang" .

Sesi pengenalan diri pun xder .. kena cakap dalam bahasa omputih pun xder .. sembang-sembang selama satu jam .

hohoho ... dalam hati aku berkata ... emmm.. format temuduga SPA dah berubah .. hanya sembang-sembang.. . sedangkan aku tahu .. diaorang perlu mengisikan barang permarkahan calon yang terdapat di depan mata diaorang. . bila otai yang temuduga memang sembang-sembang .

Lain cerita dengan bilik temuduga yang disebelah .. calon yang telah selesai temuduga bagitau .. " cerewet giler" kenapa? sebab penemuduga adalah perempuan ...emmm patut la..

Aku pula,  aku sedang suffer dalam kereta dengan Tasnim dan Insyirah .. cuba bayangkan .. aku kena jaga insyirah yang berusia xsampai lagi dua bulan. Merana beb!!

3 jam tu aku termenung dalam kereta sambil makan pisang berangan..bila la Humaira nak habis .

Dari pukul 10 sampai pukul 1 tengahari.

Sesi temuduga kali nie , calon ada seramai 2300 orang dan nak pakai dalam 90 lebih . jadi average 1 orang daripada 15 calon.

calon memohon seramai 24 ribu orang .

Walau apa-ape pun aku bagitau humaira .. kalo ada rezeki tu adalah .. jangan berputus asa.. hanya orang kafir je berputus asa. Keputusan temuduga pada 6.6.2014. Tak sabar aku nak tau ..heeee

Wassalam.

2 comments:

  1. Salam nak tanya result temuduga dah keluar ke belum sebab saya takde terima email apa apa pun dari spa padahal tarikh result 6hb yg lepas. Pls answer. Tq.

    ReplyDelete
  2. Result keluar awal ..sebelum 6.6.2013 dah keluar dah .. orang rumah saya x berjaya. oarang kata calon yang berjaya kebanyakkannya adalah daripada W17 yang telah lama berkhidmat. rujuk www.spa.gov.my untuk result atau link tu dah dikeluarkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff