05/05/2014

Bowling dan Exam

Salam,

Hari nie...miqdad ada exam.

Sepatutnya hari weekend masa untuk ulang kaji pelajaran dengan erti kata lain..bantu miqdad buat homework.

Tapi weekend kiteorang pergi pusing putrajaya selepas aku beli bola bowling daripada Nazri Pro shopbowler di petronas berhadapan pasar borong taman equine..aku angkat bola bowling ebonite magnum 2nd berat 15 paun rm 130.  PROFESIONAL katakan..bola jenis straight..next time nak angkat bola jenis hammer main hook..berat 12 atau 13 paun..heeee tunggu ada fulus.

Kebanyakan profesional bowler main bola dengan berat 15 paun..seperti mike fagan..

Tapi untuk kita orang asia berat bola bowling dengan saiz 12 atau 13 paun adalah amat sesuai..melainkan anda seorang jaguh angkat berat.

Dekat putrajaya kiteorang lepak2 di masjid besi sampailah solat maghrib berjemaah kat sana.

Hari ahad pula kiteorang pergi main bowling dekat ampang point. Miqdad dan tasnim pun turut serta...humaira hanya memerhati sambil jaga insyirah..

Lane banyak yang kosong..maknanya hari ahad xramai yang main berbanding hari sabtu..score xderla tinggi sangat..sekadar nak uji bola yang baru aku beli.

Satu game rm 7 ringgit..aku dengan miqdad main 4 game..sekarang ada offer main 3 game dapat free 1 game..so total lost campur sewa kasut rm 2 ringgit semuanya rm 23 hinggit.

So malam tu kena pulang awal dalam kul 8.30 gerak dari ampang point..selepas solat maghrib di surau ampang point.

Miqdad perlu buat homework untuk exam pada hari nie.

Macam mana la..dia jawab exam pagi nie..harap2 dia xlupa apa diajar oleh humaira semalam.

The moral of the story..kalo anak anda ada exam keesokan hari..jangan pergi bawak main bowling..heeeee

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff