Salam,
huhuhu...akhirnya merasa jugak saman yang paling banyak dalam sejarah hidup aku .. bagi aku banyak dah nie ..tak tau la korang pulak macam mana..mungkin lagi banyak daripada aku ..heeeeee
Semua saman sebab letak kereta tepi jalan ... so waktu favourite tukang saman akan datang adalah pada waktu tengahari ..kul 10.50 hingga 11.30 tengahari .
Kereta ni bukan aku yang bawak .. orang rumah tengah bawak budak .. parking kat ofis terhad . jadinya nak parking jauh-jauh xlarat nak berjalan. Parking la tepi jalan dan ianya memang menjadi satu kesalahan. Kalo aku jadi tukang saman pun aku akan saman.
Disebabkan saman aku ni , aku rasa banyak dan x berbaloi dengan gaji yang aku dapat untuk dizakatkan sebagai saman. Aku riki bukit aman untuk tengok kot-kot boleh buat rayuan .. sebab masa-masa dulu aku pernah dapat diskaun saman. Dulu aku pernah riki tempat ni untuk rayuan saman.
Kes dia, masa tu aku dapat saman sebab lesen dah expired . Kena tahan dekat lorong motor di highway KESAS. Kemudian aku bayar melalui rilek.com.my . Rupe-rupenye sistem rilek.com.my x update dengan sistem trafik . Maknanya saman aku masih ada lagi dalam sistem trafik. Itu dulula masa mula-mula rilek.com.my diperkenalkan. Sekarang dah ok kot. Tapi phobia masih tetap ada.
Jadi aku suka pergi bayar saman terus dikaunter . Orang kata kat pejabat pos boleh bayar ..tapi xder diskaunla ..walaupun beratur tak panjang. dan bila aku riki kaunter trafik di bukit aman .. memang dah xder diskaun sekarang nie. so elokla kalo korang bayar kat pejabat pos.. same je jumlah yang korang kena bayar . Walaupun anda berkejaran ke Balai trafik Jalan Bandar sekali pun.
Maaf cakap, orang kata kalo nak diskaun kena kenal orang dalam atau "orang" yang boleh berhubung dengan orang yang jaga sistem trafik sebab diaorang nie je yang boleh adjust sistem trafik .
Tapi golongan marhaen macam aku nie mana ada kenal sape-sape. So kenala bayar jumlah yang betul . Kalo x bayar macam mana nak renew roadtax.
Dan jika korang dapat saman tu . baik korang pergi terus bayar .. sebab saman tu akan beranak pinak .. dan ianya makin naik. Itu yang terjadi dekat aku . daripada 100 jadi 250 . Tak berbaloi beb.. kalo ada 4 saman mahu rm 1000 kena bayar. Aku kena 4 saman dan disebabkan tangguh-tangguh bayar kena RM 900..terduduk beb.
Moral dalam citer ni memang dah x boleh nak buat rayuan, kalo kena saman pergi bayar awal dan kalo nak diskaun kena ada contact dan ianya sesuatu yang agak mustahil bagi golongan marhaen.
Wassalam.
29/05/2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peringatan
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.
Terima Kasih ..
Risi Yusoff
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.
Terima Kasih ..
Risi Yusoff
Diskaun Saman Trafik (COPS) PDRM @ facebook.com/samancops
ReplyDelete