Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

30/06/2014

Salam Ramadhan 2014

Salam,

Ramadhan tiba lagi ...

Tahun demi tahun dirasakan jarak antara dua Ramadhan begitu hampir .. masa yang berlalu daripada waktu sahur dan berbuka juga terasa sangat hampir.

waktu kerja daripada pukul 8.30 hingga 5.30 petang pun dirasakan begitu cepat berlalu .

tahun demi tahun yang dilalui juga begitu cepat berlalu ..sedar tak sedar umur dah menginjak 30an .

Begitulah masa yang tidak pernah berhenti bergerak dan sentiasa beredar . .

Benarlah ..

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)- Al-Qur'anul Karim; Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)


Ceramah-ceramah di surau dan masjid giat diadakan ... penceramah-penceramah daripada luar akan dijemput. Ia juga menjadi medan pelajar tahfiz untuk mempraktikan apa yang dipelajari di Maahad Tahfiz kepada umum. 

Surau-surau yang tiada imam tetap akan mengupah para tahfiz untuk mengimami solat terawih .. dengan harapan suara merdu pelajar tahfiz akan menarik ramai jemaah untuk solat tarawih terutamanya golongan muda. 

Ketibaan Ramadhan ini juga jangan kita jadikan alasan untuk bersikap boros dengan membeli pelbagai makanan dan  kuih muih di bazar Ramadhan . Cukup lah sekadar perlu.


Selamat Menyambut Ramadhan 2014. 

Wassalam,


27/06/2014

Blogger Chedet

Salam,

Dulu aku selalunya solat jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC ..

Sekarang aku solat jumaat di Masjid Negara sejak  pindah ofis baru ...

Aku selalu solat wing sebelah kiri dekat dengan Dewan Utama.. korang tau sebab apa?

Sebab macam2 orang besar yang aku boleh jumpa dan salam.. cuma Agong je aku takut nak salam..

Bukan takut tapi segan ... heee  sebelum aku pi dekat .. dah kena blok dengan pegawai pengiring .. aku agak begitu .

Hari ni aku dapat bersalam dengan blogger Chedet ...salam je la ..nak sembang2 mintak maaf banyak2 memang xdapat bro .. lu kena jadi orang penting dulu baru boleh sembang dengan Chedet . .

Pemimpin yang dihormati ..walaupun dah bersara masih lagi orang respek dan pandangannya di dengar .

That why .. aku bloglist link blogger Chedet dekat blog aku ..supaya aku tak ketinggalan setiap pandangan dan buah fikiran Chedet .

Dan ianya selalu bernas dan lain dari yang lain .

Wassalam.
Blogger Chedet




26/06/2014

Ya! Ayah Adalah Ultraman

Salam,

Pepagi memang aku ada masalah untuk kejutkan anak ku Miqdad...

Selepas layan perlawanan World Cup antara Perancis lawan Ecuador yang berkesudahan 0-0.
Aku yang mernyokong Perancis memang tak berpuas hati dengan finishing yang kerap kali dihantar betul-betul kepada penjaga gol.

"Diaorang nie buat drama kot ", gomel aku dalam dalam hati .

Aapabila usai  perlawanan dan aku pun sudah solat subuh .aku pergi  kejutkan miqdad... huhuhu bukan main liat dia nak bangun. mana taknya ..tengah malam tadi dia layan citer Ultraman kat astro ceria.. itu yang humaira berkeras 'lock' channel 611.

Aku angkat miqdad ke ruang tamu daripada bilik tidur .. dan ajak berlawan Ultraman untuk segarkan mata dia .. Tasnim pun joint sekali.

yang kalah kena pergi mandi dan kena pergi sekolah .. pertarungan mengambil masa selama 15 minit.

dan ternyata aku lah pemenangnya..heeee. miqdad ajak repeat lagi esok pagi ... huhuhu... dan setiap pagi aku akan bertukar menjadi ultraman..semata-mata memujuk dia mandi dan pergi sekolah .. natijahnya adalah punch card aku merah pada hari ini sebab kena pergi hantar dia kesekolah lagi .

Sabar je la ..

Wassalam.
Ayah adalah ultraman




24/06/2014

3 Cara Paling Kotor Dapatkan Projek

Salam,

Satu ketika dulu , aku ada terbaca satu buku daripada seorang penulis wanita yang menceritakan kisah hidup dia ketika bekerja di sebuah syarikat swasta.

Berkenaan gangguan seksual yang dihadapi daripada pihak atasan dengan membawa dia pergi jumpa klien dan memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita.

Di dalam buku berkenaan terdapat 3 cara yang digunakan oleh syarikat untuk mendapatkan projek iaitu .

Pertamanya , dengan merasuah pegawai yang bertanggungjawab dalam perolehan projek . sama seperti kisah Tiga Abdul... 25% . Rupa-rupanya P.Ramle lagi ke depan dalam soal ni.. heee. atau rasuah dari segi hadiah serta pakej percutian... percutian menunaikan umrah pun ada beb!

Keduanya,  adalah perempuan...lelaki memang lemah dalam hal ni.. diceritakan juga oleh sahabat aku berkenaan dengan seorang tabligh yang selalu keluar mengjalankan dakwah .. namun masih lagi tewas dengan perempuan. Stok perempuan sekarang nie berlambak-lambak.. dengan bayaran serendah RM 200 pun dah boleh dapat ... kalo nak yang elok sikit ..kena up sikit kos. Zina itu memang sedap..tapi nak bertaubat supaya Allah ampunkan dosa susah beb!!!

Ada yang selepas berjudi di padang golf ... badan dah penat.. lepak dulu SPA .. urut dan mengurut.. best tu ..sape yang urut ..perempuan tu . lepas urut boleh mintak extra.

Ketiganya, arak ...setitik arak 40 hari amalan baik tidak diterima.. pendek kata kalo telan satu gelas berapa tahun buku amalan belah kanan tidak tertulis.. kalo sampai mabuk berapa kurun korang agak.  huhuhu... ada satu syarikat yang dealing dengan kedutaan luar ... servis apa? itu aku xnak cakap..tapi servis yang baik-baik la. cuma...

Ketika tiba hari Krismas ada ke patut dihadiahkan botol arak yang mahal-mahal kepada kedutaan berkenaan. Semata-mata untuk jaga projek yang sedang berjalan atau untuk mengambil hati pihak kedutaan supaya sentiasa menggunakan servis mereka.

Penulis berkenaan berhenti bekerja dengan syarikat berkenaan ..walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan .

Wassalam.


23/06/2014

Brunch

Salam,

Brunch dalam kamus oxford bermaksud sarapan lewat pagi atau dalam bahasa mudah orang melayu ianya adalah gabungan makan pagi dan tengahari.

Makanan  selalunya yang dijamah adalah nasi berlauk .. kerana  kekenyangannya boleh tahan sampai ke petang .. dan kalo tidak  minum petang boleh terus diner  di rumah.

Kelebihan brunch ..

Pertamanya anda tidak perlu berebut-rebut untuk beratur makan di cafe atau di kantin pejabat. kerana selalunya waktu brunch adalah antara jam 11.00 hingga 11.30 pagi . kalo dah masuk 12.00 ianya dah dikira makan tengahari.

Keduanya , makanan yang dijual di kaunter adalah masih lagi fresh  dan hot ..mana taknya ..ia baru saja diangkat daripada kuali atau periuk .

Ketiganya, ianya menjimatkan duit poket anda terutamanya di hujung bulan ... apatah lagi kalo minuman yang dipesan adalah air suam ..

kat tempat kerja aku ... memang kadang-kadang ini amalan aku ... heeee ..
Aku akan breakfast jika kawan-kawan seofis dah ajak sebab aku tak nak guriskan perasaan diaorang..

Tapi sebelum tu .. untuk elakan kebuluran di waktu pagi ... minumla air suam + telor separuh masak  dirumah dulu  sebelum keluar  untuk ke ofis .  Terutama yang naik kereta .. semestinya anda akan jammed di tengah jalan. .. heeee

Apa-apa pun sarapan pagi adalah diet yang terbaik .

Wassalam,



06/06/2014

Porno Kurangkan Produktiviti Kerja

Salam,

Apa tujuan syarikat membuat filtering terhadap internet surfing yang dilakukan oleh kakitangan atau pekerja syarikat. Terutamanya agensi-agensi kerajaan.. bermacam-macam peranti yang dipasang untuk menapis akses internet oleh kakitangan.

Peranti seperti SangFor, Websence, Panda Gatedefender, Sophos dan Fortinet yang harganya tidak kurang daripada RM 20 ribu akan dipasang dibilik server syarikat.

Hanya terdapat satu penyebab utama kenapa syarikat perlu membuat tapisan. Sebabnya adalah untuk mengelakan kakitangan daripada tidak MEMBUAT KERJA itu saja.

Apa yang yang ditapis? hanya dua kategori utama iaitu Social Media dan laman web porno.
Kedua-dua kategori ini menyebabkan kakitangan syarikat lalai dan tidak produktif.

Dan apa hukum bagi anda yang melihat porno?

Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.

Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.

Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;


*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.

Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;

lMerosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata:


 “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).

*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.


*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.

Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. Wallahua'lam

Kredit : http://myadha.blogspot.com/2008/12/hukum-melihat-gambar-gambar-porno-lucah.html

Gambar Hiasan

04/06/2014

DNA Babi Pada Wang Kertas

Salam,

Kecoh beb!! pasal DNA babi dalam coklat Cadbury .. aku pun salah seorang bekas perasa coklat berkenaan .. bukan aku je .. famili aku sekali pun dah merasa coklat ini.

JAKIM kata xder DNA Babi dan Kementerian Kesihatan kata ada ..

JAKIM ambik sampel di kilang Cadbury ..manakala Kementerian ambik sampel di pasaran ..

huhuhu...

Menteri kata lepas nie , biar JAKIM je yang buat keputusan ..tentang HALAL HARAM produk di Malaysia.

Tapi bagi pendapat aku ... nak makan atau tidak adalah keputusan peribadi ... kalo yakin HALAL.. silakan menjamu selera .. jika tidak yakin. Telan air liur je la .

Akhir Kata ,

Islam itu mudah dan memudahkan. Tetapi jangan sekali-kali dipermudahkan. Kita tidak boleh belasah apa sahaja atas alasan tawakal tanpa memeriksa. Sebaliknya, jika terlalu berhati-hati, janganlah pula sampai mengharamkan apa yang halal.

Jika nak diselidik lebih detail .. kemungkinan duit yang berada berada dalam poket kita tu pun terdapat DNA babi pada duit kertas berkenaan.. sebabnya dah beberapa ratus kali bertukar tangan.

Mungkin masa korang membeli belah di super market, mengisi minyak atau membeli ubat di kedai Cina..peniaga cina tu pulak sebelah paginya ke pasar pagi untuk membeli daging babi untuk makan malam..dapatlah duit baki yang terdapat DNA babi itu tadi pada wang kertas. heee..contoh je ..

Mungkin ada yang berkata ..Wang kita tak makan..tak masuk dalam perut ..betul jugak tu...eemmm..tapi masa kita solat wang tu terdapat dalam poket kita kan..kalo kita selidik lebih detail ..mungkin solat kita tidak sah . Wallahu a’lam.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka. Berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadi mereka menjauhkan diri (daripada Islam)." ~ Hadis Riwayat Bukhari.

Wassalam,
Contoh Wang Kertas



Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff