Salam,
Brunch dalam kamus oxford bermaksud sarapan lewat pagi atau dalam bahasa mudah orang melayu ianya adalah gabungan makan pagi dan tengahari.
Makanan selalunya yang dijamah adalah nasi berlauk .. kerana kekenyangannya boleh tahan sampai ke petang .. dan kalo tidak minum petang boleh terus diner di rumah.
Kelebihan brunch ..
Pertamanya anda tidak perlu berebut-rebut untuk beratur makan di cafe atau di kantin pejabat. kerana selalunya waktu brunch adalah antara jam 11.00 hingga 11.30 pagi . kalo dah masuk 12.00 ianya dah dikira makan tengahari.
Keduanya , makanan yang dijual di kaunter adalah masih lagi fresh dan hot ..mana taknya ..ia baru saja diangkat daripada kuali atau periuk .
Ketiganya, ianya menjimatkan duit poket anda terutamanya di hujung bulan ... apatah lagi kalo minuman yang dipesan adalah air suam ..
kat tempat kerja aku ... memang kadang-kadang ini amalan aku ... heeee ..
Aku akan breakfast jika kawan-kawan seofis dah ajak sebab aku tak nak guriskan perasaan diaorang..
Tapi sebelum tu .. untuk elakan kebuluran di waktu pagi ... minumla air suam + telor separuh masak dirumah dulu sebelum keluar untuk ke ofis . Terutama yang naik kereta .. semestinya anda akan jammed di tengah jalan. .. heeee
Apa-apa pun sarapan pagi adalah diet yang terbaik .
Wassalam,
Bukan buta warna ! Rupa rupanyaaa...
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment