Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

18/07/2014

MH 17 : Apa Yang Terjadi?

Salam Takziah,

Kita dikejutkan lagi dengan insiden kapal terbang MH 17 MAS yang disyaki jatuh ditembak dengan pelancar peluru berpandu BUK di  Ukraine dengan Rusia oleh Pemisah Donetzk (sekutu Rusia)

Belum lagi reda dengan MH 370 negara sekali lagi di uji dengan satu lagi ujian yang pasti menyerabutkan kepala-kepala syarikat MAS dan juga pemimpin-pemimpin negara.

MH 17

Bukan sedikit yang terkorban 295 nyawa yang melayang.

Al-fatihah buat saudara kita yang beragama Islam.

Kita yang tidak berada dalam kapal terbang berkenaan pun terasa kecut perut .. bila memikirkan keadaan genting yang dialami oleh mereka semasa kapal terbang ditembak dan  terhempas.

Ujian yang datang bertimpa-timpa terhadap negara kita aku rasa perlu dikaji dan difikirkan ...adakah terdapat perkara-perkara yang kita telah lakukan yang menyebabkan Allah murka.

Rasa mendung je hari nie. .....

Wassalam.


17/07/2014

Boikot McD

Salam,

Semalam pulang dari kerja humaira tiba-tiba "Yang kita boikot McD".

" Dah lama dah boikot sebab harga mahal dari KFC" jawab aku ... heeee..

Mungkin Humaira tersangat marah dengan Israel yang melakukan pembunuhan rakyat Palestin. ..Semangat berkobar-berkobar nak boikot McD.. padahal tahun lepas masa bulan puasa time mengandung aku yang jadi despath tolong tapau McD hantar kat ofis dia.

Dengan muka selamber aku ambil order dekat kaunter " Untuk isteri " bagitau aku dekat gadis melayu di kaunter ..sebelum dia syak yang bukan-bukan.

" Macam mana nak boikot cuba kita tengok sape yang kerja di McD atau KFC semuanya budak melayu" tambah aku lagi sambil mengayun Insyirah yang sedang tido dalam buaian.. sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Pekerja-pekerja yang bekerja di McD atau KFC kebanyakannya adalah lepasan SPM atau IPTA/IPTS tempatan. ada jugak yang buat kerja secara part time .

Ada yang kata cari la kerja lain demi bangsa, agama dan negara chewah ... cakap sedap beb!! aku pun masa lepas degree susah nak cari kerja ... aku kerja kantin dekat dewan badminton Cheras.. gaji RM 30 hinggit satu hari . makan lepas la. Sama jugak kerja di McD ..xpayah fikir nak keluar lunch.

Kalo nak yang lebih pasal boikot memboikot ni boleh klik di sini

Tapi aku memang dah lama boikot McD sebab harga dia mahal ...heeee

Efek boikot barangan Israel aku tak tau ...sebab kempen boikot kita pernah buat tahun 2012 .. tapi tahun 2014 Israel masih lagi serang Palestin... ada diaorang ambil kisah ke ?

Wassalam.

Notis McD

Mabul Island

Salam,

Hangat mengenai pencerobohan serangan hendap ke atas anggota polis marin ..yang mengorbankan Kpl Rajah dan seorang lagi Konstabel Zakiah kemungkinan diculik .

Aku berkesempatan ke Mabul Island pada bulan Julai 2010 dan mennginap di sana selama 2 malam 3 hari .. tapi bukan tidur kat bungalow water .. tidur di chalet dalam pulau . ..tidur kat banglo atas air harga lain beb ..boleh tahan mahal .

Banglo atas air Pulau Mabul


Dalam pulau complete dengan prasarana seperti sekolah dan dewan orang ramai ..boleh pusing-pusing dengan basikal.. pelancong dari luar negara pun ada yang menginap di situ. .

Pada waktu petang aku boleh tengok orang laut menangkap ikan di atas perahu sambil layan matahari terbenam. .

Dan yang paling best biler part snorkeling di Pulau Sipadan .. Dekat pulau Sipadan pengunjung tidak dibenarkan menginap .. yang terdapat disana adalah kem tentera.

Time snorkeling memang ngeri ..air berombak deras... ikan jerung dan penyu pun kita boleh nampak dekat "wall" dasar Pulau sipadan ni bentuk dia macam cendawan ... kat bawah tirus ..atas macam payung ..harap korang boleh bayang macam mana bentuk dia .

Hanya 200 pengunjung sehari sahaja dibenarkan memasuki pulau Sipadan kalo aku tak silap ..bagi memelihara terumbu karang yang berada di sekitar pulau.

Jika ada rezeki insya Allah aku akan riki lagi tempat nie dengan famili aku pulak .

Wassalam

Pulau Sipadan



16/07/2014

Perluke Blogger Sepenuh Masa?

Salam,

Trend sekarang dah ramai yang jadi blogger .. yang jadi blogger selepas hujan pun ramai juga
.
Blog-blog yang ditulis dalam bahasa melayu sudah banyak bergelimpangan di alam maya.

Tapi bila hujan berhenti ... cendawan tak tumbuh tapi lumut yang tumbuh.

Terdapat pelbagai jenis niche blog yang kita boleh blogwalking.. tapi just baca je la .. takut data yang kita baca tidak tepat . melainkan penulisan yang tidak memerlukan fakta seperti blog  berkenaan dengan kehidupan seharian blogger boleh di baca tanpa rasa was-was dengan kesahihan cerita.

Untuk menulis blog perluke dijadikan sepenuh masa .. bagi aku , aku lebih suka buat secara part time .. kerja hakiki dan berblog pada masa yang sama.

Tulis satu entri dalam satu hari pun dah memadai ... jika anda mempunyai banyak idea yang hendak ditulis anda boleh menggunakan schedule sekiranya blogspot di mana entri akan dipublish secara automatik mengikut ketetapan masa yang disetkan. maknanya anda tidak perlu berada 24 jam di hadapan pc atau tablet untuk post entri baru .

Kalo ada jugak yang hendak menjadi blogger secara fulltime . aku sarankan yang anda mempunyai back up  income daripada sumber lain ..contohnya isteri anda bekerja tetap supaya boleh cover duit yang kurang bila tiba hujung bulan atau anda mempunyai wang simpanan RM 200,000.00 di dalam ASB anda cuma perlu makan dividen je .. kalo 10%  setahun maknanya RM 20 ribu setahun .. anda boleh belanja dalam  RM 1,666.70 sebulan .. heeee

Kerjaya sebagai blogger tidak mempunyai gaji tetap dan pendapatan bulanan adalah tidak menentu ...

Sekiranya ada job untuk review produk atau bayaran iklan baru duit masyuk . Kalo tidak usah mimpi nak jadi fulltime blogger.

Aku kenal dengan beberapa orang blogger sepenuh masa... dengan effort yang ditunjukkan oleh mereka aku rasa memang layak diaorang berhenti kerja dan memilih menjadi fulltime blogger sebagai kerjaya.

Wassalam

Otak Blogger : credit embracedistruction.com





14/07/2014

The Bastard New York Times

Salam,

Pesta piala dunia sudah berakhir .. ada yang tertawa dan ada yang dukacita ...ketawa kerana pasukan yang disokong telah menjadi juara.. dan ada yang dukacita kerana kalah pertaruhan motosikal kerana pasukan yang ditaruhkan kalah di saat akhir...heeee

Kita sanggup berjaga malam untuk melihat siaran secara langsung daripada melihat siaran ulangan.

Namun sedarkah kita dengan nasib umat yang seagama dengan kita di Palestin sedang ditindas dan dibunuh dengan kejam.

Berita mengenai piala dunia lebih mewarnai media sosial di dunia berbanding dengan apa yang berlaku di Palestin..

Jika di piala dunia yang kalah hanya kehilangan piala dan 4 tahun dari sekarang boleh dicuba lagi . Tetapi di Palestin kita kehilangan nyawa.. Nyawa orang islam yang dianggap tidak bernilai oleh rejim Israel.

Berita yang dipaparkan juga adalah tidak adil dan amat berat sebelah.

Apatah lagi jika ianya ditulis oleh bukan seagama dengan kita . Terutamanya suratkhabar milik Yahudi yang menguasai ekonomi Amerika Syarikat.

Ini dapat dilihat melalui penulisan di The New York Times keluaran 10 Julai 2014 ... yang memberi gambaran salah dengan mengatakan pejuang islam yang melancarkan roket adalah militan aka penganas.

pejuang yang mempertahankan tanah air digelar militan , merupakan penulisan yang dangkal lagi meloyakan.

Wassalam.

The Bastard

We Need A Hero

Salam,

Akhirnya Jerman memenangi piala dunia 2014 dengan mengalahkan Argentina dengan 1-0 . Hasil jaringan voli daripada pemain gantian Mario Goetze.

Tapi aku rasa rata-rata peminat bolasepak ingin melihat Lionel Messi menjaringkan gol ..

Kerana imej yang di bawa oleh Messi sebagai hero bolasepak sudah tertanam di dalam minda kita.
Lionel Messi


Teringat aku dengan satu cerita "Enemy At The Gates" lakonan Jude Law. Berkisar mengenai dua orang sniper antara Rusia dan Jerman semasa peperangan dunia kedua.

Vassili lakonan Jude Law telah diberi laporan meluas media Rusia sebagai hero bagi memberikan motivasi kepada askar2 yang sedang berperang . Perperangan berlaku di Stalingrad.. Kejatuhan Stalingrad akan menyebabkan kemusnahan dan kejatuhan  seluruh negara.

Jude Law dalam Enemy At The Gate


Begitu juga kita di Malaysia memerlukan seorang hero di dalam arena bolasepak bagi memartabatkan sukan nombor satu negara.

Dulu semasa kita memenangi piala AFF.. Safee Sali dilihat sebagai calon yang sesuai.. banyak iklan-iklan yang memaparkan wajah beliau di tepi-tepi jalan. Lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai duta motosikal SYM.   Safee Sali menjadi idola pemain-pemain muda tanahair.

Kini dengan prestasi yang semakin menurun dan tidak konsisten serta sentiasa diletakan di bangku simpanan oleh kelab JDT mana mungkin boleh dinobatkan sebagai hero . Di Tambah lagi dengan usia yang kian meningkat.
Safee Sali


Sememangnya kita ketandusan hero bolasepak dan kita masih lagi terkenangkan hero yang lama ..arwah Mokhtar Dahari .

Wassalam.

11/07/2014

Kematian Hari

Salam,

Pernah tak korang check makna di sebalik nama korang di dalam bahasa cina . 

Tetiba aku terfikir nak check nama aku kat google translate apa makna RISI. 

Dan keputusannya terjemahan amat mengejutkan jiwa .. maknanya KEMATIAN HARI aka KIAMAT. 

Wassalam. 
Terjemahan Google

09/07/2014

Samba Atau Sambal

Salam,

Pagi tadi aku bangun sahur dalam pukul 4.46 pagi ..

confirm aku dah terlepas aksi separuh masa pertama Brazil vs Jerman untuk penentuan ke separuh akhir piala dunia 2014.

Bila aku bukak TV erk!! 0-5 betul ke nie ...

Aku tau la Jerman tu kuat ..tapi.

Aku tunggu lagi untuk separuh masa kedua ..erk! kena lagi .. dan lagi 0-7.

Then bunyi anak aku yang berusia 5 bulan menangis kat dalam bilik .. aku pergi ambik dan dukung ke ruang tamu .. okay 1-7 . gol saguhati daripada Oscar..

Dam!! memang x dijangka aksi samba hancur luluh ...pastinya retak seribu hati 200 juta penduduk brazil .. dan pastinya banyak yang mengalirkan air mata. .

Dan pagi tu aku makan sahur dengan samba kosong.

Wassalam.
Samba Atau Sambal

08/07/2014

Apa Yang Kita Lupa Di Pagi Hari

Salam,

kadang-kadang kita lupa...

Bila lupa , seseorang perlu mengingatkan kita.. dulu kita tidak lupa ... kemudian masa berlalu dan kita jadi alpa. .

Pagi tadi aku sempat dengar ceramah motivasi daripada DMFK ..tajuk apa, aku pun dah lupa..sebab aku tengok dah kat tengah-tengah rancangan.

Ada satu part menyentuh mengenai Niat Ke Tempat Kerja.

Kadang-kadang aku pun lupa .. bila lupa apa yang kita buat ditempat kerja semua jadi sia-sia . Sebab setiap ganjaran pahala itu berdasarkan niat.

Jadi semasa pergi kerja pasangkan niat yang baik-baik .. antara niat yang mendatangkan pahala adalah untuk berkongsi Ilmu, menuntut Ilmu dan  paling penting niat datang kerja kerana Allah dan orang yang paling berguna kat dunia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

Insya Allah setiap yang kita lakukan akan menjadi ibadah daripada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Lately ada yang datang kerja sibuk dengan Facebook dan ada jugak yang melihat streaming video.

Jika di sekat sosial media dikatakan tidak mengikut trend semasa " sedangkan PM pun main blog, facebook dan twitter" .  pulak dah ..

Ianya tidak salah dilakukan .. tetapi carilah waktu yang sesuai ..contohnya pada waktu rehat .sekarang bulan ramadhan confirm tak pergi lunch ( Tadarus lebih afdal )... .kadang-kadang otak pun perlukan terapi jugak ..kalo asyik bekerja ..otak pun lesu dan penat .  heeeee

Wassalam.
Niat Datang Kerja





03/07/2014

Penangan World Cup 2014

Salam,

Huh! nasib baik world cup dah stop sekejap..

Pusingan kedua dah tamat..lepasni suku akhir pulak..

Bila aku tido lewat..miqdad pun ikut sekali tido lambat..
Paginya dia susah sangat nak bangun untuk pergi sekolah...

Akibatnya aku yang terpaksa merempit tahap maksima untuk kejar punch card...
Semasa merempit x lupa zikir banyak2... mana tau malang tidak berbau..dan itu adalah hayat yang terakhir..

Orang yang paling bijaksana adalah yang selalu ingatkan mati.

Ya Allah panjangkanlah umurku..amin.

Wassalam.

02/07/2014

Tabligh

Salam,

Kenapa ramai yang x suka tabligh. ..tabligh bukan satu bentuk ajaran ... tapi tabligh adalah pendakwah yang mengikut sunnah nabi .

Tabligh bukan mengajak orang ramai supaya mengikuti kumpulan TABLIGH tapi tabligh mengajak orang ramai supaya dekat dengan tuhan.

Kadang-kadang kita tidak suka dengan tabligh sebab menganggu kita yang sedang enak berseronok dengan anak-anak dan isteri. Tiba-tiba ada yang datang ketuk pintu rumah dan berceramah tentang agama dan meminta kita datang ke masjid untuk mendengar tazkirah agama.

Ada yang tidak ke masjid kerana takut di ajak oleh golongan tabligh supaya keluar 3 hari , 40 hari atau 4 bulan.

Maafkan tabligh kerana mereka mengajak anda ke arah kebaikan... datanglah ke masjid .. kerana ianya rumah Allah.. jangan kita tidak mahu menjadi tetamu Allah disebabkan tabligh, politik masjid atau kerana kita tidak suka dengan AJK masjid.

Kita adalah bangsa yang susah untuk menolak ajakan .. jika kita tidak lapang dengan ajakan tabligh untuk keluar 3 hari atau 40 hari .. katakan saja kita tidak senang atau tidak berminat.

Terutamanya ahli jawatankuasa masjid atau surau yang sangat anti dengan tabligh dengan memanggil mereka sebagai "terbalik" usah dikatakan begitu ... mereka hanya mengjalankan dakwah .. katakan saja anda tidak berminat .. seperti mana kita menolak ajakan jurujual untuk menjual barang.

Terdapat juga golongan Ustaz yang mengatakan Tabligh itu ajaran sesat kerana berpandukan kepada kitab Fadhilat Amal karangan Maulana Zakaria tidak tepat apabila diterjemahkan daripada bahasa urdu kepada bahasa Melayu dan meminta semakan dibuat semula kerana memungkinkan terdapat kesalahan-kesalahan.

Ada juga golongan ahli politik yang tidak suka dengan tabligh kerana golongan tabligh tidak menyokong parti mereka . Ini kerana polisi tabligh adalah tidak menyokong mana-mana parti kerana ingin bebas menyampaikan dakwah . Namun ada yang berfikiran mereka lebih islamik dan memperlekehkan usaha tabligh.

Ketahuilah anda bahawa mengerjakan usaha tabligh ini tidak mengharapkan sesen pun duit anda apatah lagi mendapat gaji bulanan . Apa yang diharapkan oleh mereka adalah ganjaran pahala dan redha Allah semata-mata.

Tabligh pun manusia biasa juga kadang-kadang ada tabligh yang senior memandang rendah kepada tabligh junior . Usah dilakukan sedemikian jika ingin berdakwah kerna hanya mereka yang paling bertakwa kepada Allah adalah sebaik-baik insan bukannya yang bersikap sombong dan meninggi diri. Ketahuilah orang yang terdapat sedikit sifat sombong dalam dirinya tidak akan berbau syurga.

Kepada yang tidak suka dengan tabligh jangan diperlekeh usaha mereka kerana dengan usaha mereka Islam cepat berkembang di Amerika dan Eropah . Terdapat juga ahli tabligh yang meninggal di Selatan Filipina.

Sanggupkah anda berjauhan dengan anak-anak dan isteri untuk melakukan kerja-kerja dakwah dimana  debu-debu yang melekat pada mereka diharamkan daripada api neraka. Sanggupkah anda berjauhan dengan semata-mata untuk berdakwah di IPB ( India, Pakistan, Bangladesh )

Jika ada yang mengatakan tidak suka tabligh kerana akan menyebabkan anak-anak dan isteri dirumah terabai . Ya, kadang-kadang terdapat ahli tabligh yang jumud dengan meninggalkan keluarga tanpa perlindungan dan nafkah. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Pastikan anak-anak dan isteri diberikan perlindungan yang sewajarnya sebelum anda keluar berdakwah. Usah disebabkan anda tabligh dicemuh dengan pelbagai tuduhan.

Tabligh mengajak kita supaya mengikut sunnah-sunnah nabi supaya kita boleh beramal dengannya walaupun kita berada dirumah  tidak keluar melakukan dakwah.

Ya , aku seorang tabligh aka pendakwah heeee...sempat la jugak keluar 3 hari di Masjid Au3 keramat . serta di masjid yang bersebelahan dengan kampung aku ... Itu pun masa belajar. Untuk keluar 40 hari atau 4 bulan ..insya Allah.

Wassalam.










 

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff