Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

28/02/2015

Episod 1 : Jimmy D Brown

Salam..

Jimmy d brown bukan seorang yang muda lagi ketika menceburi bidang infopreneur pada tahun 1997.

Tanpa panduan dan ilmu dalam masa 5 bulan jimmy gagal percubaan pertama dan seterusnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia bisnes online. Seperti mana dengan mereka lain..apabila tidak mendapat hasil serta mereka berputus asa.

Kemudian pada tahun 1999 ..Jimmy mencuba lagi sekali. Kali ini beliau mula membuat kajian dan belajar bahan-bahan daripada infopreneur yang lain seperti Terry Dean, Allen's Say, Kena Envoy dan Jim Daniels.

Diantara mereka..beliau merasakan produk Terry Dean adalah yang terbaik dan mula membuat kajian ke atas produk berkenaan.

Beliau bermula dengan projek profitsvault.com yang didaftarkan pada awal tahun 2000 dan dilancarkan pada bulan ogos 2000. Projek ini menfokuskan kepada kepada pemula yang ingin memulakan bisnes online seperti beliau. Laman web berkenaan laman web yang dibangunkan lebih kepada laman web pemasaran bersifat peribadi.

Pada bulan pertama beliau mendapat 50 hits dan ianya cukup untuk menampung kos hosting laman web berkenaan.

Pada bulan Disember laman web berkenaan mendapat 150 000 dan membolehkan beliau menjana pendapatan RM 21k sebulan.

Sasaran beliau adalah menjana pendapatan 6 angka pada 2001. Berdasarkan kepada kejayaan projek "vault" beliau meneruskan dengan projek seterusnya dengan beberapa domain.. Antara projek ebusiness center di www.123marketing.com. Bertujuan menjadikannya sebagai on stop center untuk pemula yang ingin mencari bahan-bahan perniagaan internet seperti cara membuat product, membina laman web dan menulis iklan yang membunuh.

Wassalam

27/02/2015

Usahawan Akhirat

Salam..

Aku rasa otak aku dah penuh dengan buku-buku yang aku baca..buku motivasi,kewangan, perniagaan internet antara buku-buku kegemaran aku.

Aku dah nekad hanya akan beli buku di pesta buku Kuala Lumpur je..boleh dapat diskaun.

Petang tadi aku saja riki kedai buku popular di ampang park..banyak buku-buku motivasi dalam bahasa melayu dan inggeris yang aku belek...ada jugak buku bahasa inggeris yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu..seperti buku karangan Anthony Robin " Awake Giant Within" dan buku tulisan Dale Carnegie yang evergreen sampai ke hari ini.

Buku " Think and Grow Rich" pun sudah diterjemahkan kedalam bahasa melayu oleh PTS. Semata mata untuk memandaikan bangsa melayu yang take pandai speaking macam aku ....hehehe

Buku yang aku tengah usha adalah buku " Usahawan Akhirat " yang bakal menjadi koleksi terbaru rak buku aku..

Buku ni dah seminggu bermain diminda..sejak pertama kali aku belek di MPH Aeon taman maluri.

So aku angkat buku ni dengan harga RM 26.00. Buku karangan usahawan berjaya Dr Zaini co-author dengan Prof kamil.

Malam ni boleh layan ini buku.

Wassalam

25/02/2015

Dari Infopreneur Ke Penulis Buku

Salam,

Bisnes Infopreneur tidak terhad kepada pemasaran melalui internet saja. Ramai juga dikalangan infopreneur tempatan yang menjadi penulis buku fizikal.

Contohnya seperti yanik silver..beliau menulis buku internet moonlighting..

Ewen Chia setelah lama menulis eBook..telah menghasilkan buku bertajuk How I Made My First Million On Internet..buku ni aku beli di kinokuniya KLCC.Kat amazon.com pun ada jual.

Joe vitale dengan bukunya cash machine co author dengan seorang makcik aku lupa nama dia.

Infopreneur tempatan juga mengikut langkah yang sama ..memandangkan buku-buku ilmiah berkenaan bisnes di internet tidak banyak.

Maka infopreneur tempatan mengambil peluang yang terhidang ini.

Buku berkenaan bisnes internet yang mula mula dikeluarkan oleh irfan khairi iaitu Rahsia Jutawan Internet.

Kemudian tim saifulsham dengan buku Buat Duit Dengan Internet.

Diikuti oleh Gobala Krishana dengan buku Jutawan Era Baru.

Buku pemasaran internet oleh prof fuad latif dengan bukunya  15 tip internet marketing.

Shuth yang juga pentadbir laman web wangcyber serta owner Sempoihosting.com juga tidak mahu ketinggalan dengan bukunya Rahsia Blogger.

Saudara ammar zahar daripada grup jootawan juga keluarkan buku yang bertajuk Empayar Perniagaan Internet.

Zulfadli aka smartzul dengan bukunya S.O.H.O iaitu sebuah buku memulakan perniagaan dari rumah.

Raja Adsense iaitu saudara Shamsuriyadi dengan buku buat duit dengan eBook dan AdSense kalo aku x silap.

Saudara Jamal bahari bekas engineer terbit dengan bukunya Legenda Jutawan Facebook dan ianya adalah yang terbaru.

Akhir sekali...Azizi Ali pakar kewangan nombor satu Malaysia juga mengeluarkan buku bertajuk Duit Pantas. Fokus kepada produk digital.

Terdapat juga buku-buku lain yang aku xsebutkan sini.

Namun kebanyakan buku-buku yang aku sebut memang ada dalam simpanan aku.

Wassalam

24/02/2015

Ada Ramai Lagi Yang Baik

Salam.

Bulan Disember tahun lepas boleh dikatakan hujan turun setiap hari...banjir yang paling teruk direkodkan di negeri pantai timur.

Tidak lupa juga dengan kesedihan yang melanda keluarga mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Bagi kita yang tidak mengalaminya jangan sesekali lupa yang kita juga tidak akan melaluinya. Kita pasti akan melaluinya tapi dengan ujian yang berbeza. Sesungguhnya setiap musibah yang datang adalah ujian daripada Allah. Allah sedang menguji kita.

Kejadian pertama berlaku apabila aku dan humaira ke kedai keringkan pakaian di taman kosas...selepas solat isyak.

Sedang menunggu humaira keringkan pakaian di kedai ..aku sibuk melayan miqdad di dalam kereta bermain game di dalam smartphone shadow fighter. Hinggakan aku terlupa untuk tutupkan lampu kereta.

Akibatnya ketika aku hendak hidupkan kenderaan...enjin tidak mahu hidup..confirm masalah bateri.

Aku cuba mintak tolong dengan pemandu teksi untuk jumperkan bateri..pemandu teksi berbangsa melayu..bagitau aku dia hendak cepat..ada pelanggan tunggu.
Terkesima aku sekejap.

Aku nak tolak kereta ..kaki aku bermasalah..bekas operation jatuh pokok masih belum baik lagi.

Last sekali aku mintak tolong sorang pakcik yang pakai kopiah..nampak macam tabligh..Alhamdulillah pakcik tu sanggup tolong.

Tetapi ...kereta pakcik tu pulak bermasalah untuk dihidupkan..alternatif lain pakcik tu panggil  pekerja warga Pakistan untuk membantu...kereta ditolak dan berjaya dihidupkan.. Teladan daripada ceritanya..jangan harapkan bangsa anda akan menolong anda.

Cerita kedua pagi tadi di bukit ampang..ketika aku dan miqdad hampir sampai ke. Look point..tetiba motorsikal 125 aku tersenguk senguk...aduyai..confirm minyak dah abis..Kat meter masih lagi ada minyak..rupenye meter minyak aku rosak..akibatnya aku terdampar di tengah bukit ampang dengan miqdad.

Aku sorang sorang xde masalah..tapi dengan miqdad sekali hati aku runsing.

Nasib baik tetiba ada hamba Allah berhenti dan tanyakan apa yang rosak..ketika aku hanya mengharapkan humaira datang bawakan minyak petrol.

Hamba Allah ni kerja di Aker Solution bangunan Intermark tinggal di Batu 12 Hulu langat. Dia mintak aku tunggu sementara dia pergi stesen minyak.

Alhamdulillah...Allah hantarkan bantuan melalui pekerja Aker Solution itu tadi walaupun nama aku xsempat nak tanya..duit pun dia xnak..dapatlah aku teruskan perjalanan aku dan hantar miqdad kesekolah.

Kesimpulannya...buatlah baik selagi mampu...kerna didunia ini masih ada lagi insan yang baik dan berhati mulia yang kita belum jumpa.

Wassalam

20/02/2015

Ubat Kuat Online

Salam

Tahun 2013 aku pernah jual ubat kuat lelaki secara atas talian setahun jugakla .Pelanggan adalah seorang dua..tanpa sebarang promosi mengancam. Hanya menggunakan enjin carian Google.

Berbisnes menggunakan laman web mini sebagai surat jualan..aku rasa tidak sedap hati. Sebab produk yang aku jual berupa makjun untuk lelaki tahan lama bila berasmaradana tidak terdapat kelulusan kementerian kesihatan.

Kemudian aku emelkan jenama produk yang aku jual kepada bahagian farmasi untuk ketahui samada produk yang aku jual mendapat kelulusan atau tidak.

Balasan emel adalah mengecewakan kerana produk tersebut tidak pernah di hantar sample bagi kelulusan.

Aku jual makjun tersebut dengan harga RM 60 hinggit sebotol dalam satu botol ada dalam 10 biji.

Produk berkenaan aku cuba sendiri dan ianya memang berkesan. Kesan sampingan kita akan terasa panas pada bahagian telingan. Kalo jantung berdegup kencang tandanya ada steroid. So far jantung OK je.

Kandungan dalam makjun hanya dinyatakan dibuat daripada ramuan akar herba orang kampung. Terdapat kemusykilan disitu.

Kemudian aku tidak berani menanggung risiko dan terpaksa hentikan jualan. Laman web mini aku biarkan expired tanpa memperbaharui domain dan hosting di sempoihosting.com.

Nama produk aku x boleh nyatakan disini kerana berkemungkinan ianya masih dijual online oleh individu lain.

Bekalan produk aku dapatkan secara borong murah sikit daripada pengedar yang aku dapatkan di internet.

Post ini aku terbitkan apabila baru-baru ini pihak berkuasa menangkap dan menahan pengedar ubat kuat dinegeri Terengganu yang tidak mendapat kelulusan KKM. Jumlah papasan dalam RM 100k jugakla.

Wassalam

19/02/2015

Saifulsham

Salam

Tahun 2006 nama saifulsham memang xdapat dipertikaikan lagi dalam industri perniagaan menggunakan internet sebagai medium pemasaran.

Ketika dunia dikejutkan dengan nama nama besar dalam internet marketing seperti Jimmy d. Brown, Yanik Silver, John Reese dan Frank Kern di Malaysia pelopor kepada internet marketing adalah saifulsham. Selain daripada Irfan Khairi.

Berinpirasikan kepada buku irfan khairi yang bertajuk Rahsia Jutawan Internet. Team Saifulsham muncul dengan buku Buat Duit Dengan Internet. Aku rasa ianya adalah buku yang terbaik mengenai perniagaan internet pada waktu itu berbanding dengan buku irfan khairi..

Kemudian terdapat sebuah buku yang dikarang oleh prof fuad latif iaitu 15 teknik internet marketing.Buku yang cukup bagus yang menerangkan secara hand on bagaimana memasang tool marketing di laman web.

Saifulsham juga menjual perkhidmatan di ecommercemastery. Com untuk hosting..masa aku semak semalam web ni masih ada lagi. Begitu juga dengan web mini site mereka saudagar.com.my. Tetapi laman web shopping cart planes planet.com dah entah kemana.

Mereka juga aktif menganjurkan seminar Buat Duit Dengan Internet sekitar tahun 2007 dan 2008. Terdapat juga protege protege mereka yang berjaya dalam bisnes online. Buku mereka juga mejadi rujukan di IPT IPT tempatan.

Laman web blog mereka iaitu saifulsham.com juga dah expired yang mana merupakan blog kegemaran aku dulu di mana setiap kali surfing pasti aku bukak blog ni dulu. Sekarang this blog is death already.

Sekarang dengar kata diaorang berniaga pinggan mangkuk yang diimport dari Amerika dan home stay itu post terbaru yang sempat aku ikuti sebelum their blog is expired.

Nasib baik aku sempat printkan tulisan tulisan mereka yang mana aku tau blog mereka akan hilang ditelan dek zaman.

Walau bagaimanapun mereka adalah legenda pemasaran internet di Malaysia.

Wassalam

17/02/2015

Li Mao

Salam...

Apa kaitan limau dengan tahun baru cina..tak de kaitan pun..cuma bunyi perkataan limau tu sendiri bermakna emas ..

Ahad yang lalu ...Humaira ajak keluar sebab ofis dia nak kena hadiahkan buah limau kepada pelanggan..

Jadi petang tu selepas zuhur kitaorang satu keluarga reece AEON ampang
..survey area buah-buahan..Humaira x puas hati..so ajak pergi paragon pulak kat taman putra..yang aku tau tiap-tiap tahun tempat ni memang happening dengan sambutan CNY.

Sebelum kuar dari parking sempat jugak miqdad pekena gokart yang disediakan khas di bahagian parking luar AEON.RM 10 untuk 15 minit..unlimited pusingan..hehehehe

Malam tu dapatla sepuluh kotak limau extra satu kotak..satu kotak ada dalam 28 biji harga RM 13 lebih satu kotak..OK la below bajet kata humaira.

Wassalam.

08/02/2015

Dua Tapak

Salam,

khaulah Nur Insyirah...

Dah boleh melangkah dua tapak.

Bercakap pun dah boleh sepatah dua..

Itu je aku nak ceritera.hehehe

Wassalam

07/02/2015

Felixia Yeap

Salam,

Amoi berhijab...buku terbaru yang menjadi santapan mata aku malam tadi..

Aku beli selepas menjamu selera di Wong Solo depan masjid kg baru..Kedai buku ni sebelah je..Al-Faizuun Enterprise..Kat sini bukan je buku agama yang dijual malah..jubah dan peralatan sembahyang Islam turut dijual.

Lain kali kalo datang lagi aku nak beli buku 355 cerita dalam Quran mengikut bulan Islam..Buku tu nampak sesuai untuk aku bacakan sewaktu menidurkan anak-anak aku.

Harga buku Felixia Yeap #amoiberhijabdijual dengan harga RM 18..harga tu bagi aku sangat okay..dengan cetakan berwarna lagi .

Kisah bermula semasa felixia atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap ketika kecil hinggalah beliau memilih Islam..

Ceritanya memang menarik..olahan ceritera yang begitu santai dan bersahaja..namun pengalaman yang dilalui oleh Felixia adalah amat luar biasa.

Wassalam


06/02/2015

Boikot

Salam,

Isu boikot peniaga cina yang tidak turunkan harga walaupun harga minyak sudah turun...amat menyesakkan perut..

Kempen boikot produk-produk yahudi pun aku rasa suam-suam susu kambing.

Inikan pulak nak boikot barang-barang yang menjadi keperluan.

Kenyataan daripada pemimpin-pemimpin parti politik sangat mengusutkan fikiran aku.

Yang aku tahu harga barang kalo dah naik mustahil akan turun...

Kalo kerajaan sendiri pun tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya harapkan kuasa pengguna.

Yang pemimpin diatas duduk bertikam lidah...rakyat bawahan yang mengira bajet makan sehari menjadi mangsa.

Korang dah senang...gaji jadi ahli parlimen pun banyak..rumah pun dah besar..naik kereta pemandu yang bawak..makan pun percuma ..

Apa kata korang fikir nasib rakyat...jangan fikir nak dapat undi dan kuasa semata mata.

Wassalam

01/02/2015

Insyirah Dah Berdiri

Salam,

Umur anak bongsu aku Insyirah bulan depan dah setahun.

Mak aku bagitau, kakak aku umur 10 bulan dah boleh berjalan.

Arini aku baru perasan insyirah boleh bangkit dari duduk dan berdiri.

Sebelum ni kena pegang dinding untuk berjalan..Alhamdulillah..ni dah boleh berdiri dan sedang belajar step untuk melangkah.

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff