24/02/2015

Ada Ramai Lagi Yang Baik

Salam.

Bulan Disember tahun lepas boleh dikatakan hujan turun setiap hari...banjir yang paling teruk direkodkan di negeri pantai timur.

Tidak lupa juga dengan kesedihan yang melanda keluarga mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Bagi kita yang tidak mengalaminya jangan sesekali lupa yang kita juga tidak akan melaluinya. Kita pasti akan melaluinya tapi dengan ujian yang berbeza. Sesungguhnya setiap musibah yang datang adalah ujian daripada Allah. Allah sedang menguji kita.

Kejadian pertama berlaku apabila aku dan humaira ke kedai keringkan pakaian di taman kosas...selepas solat isyak.

Sedang menunggu humaira keringkan pakaian di kedai ..aku sibuk melayan miqdad di dalam kereta bermain game di dalam smartphone shadow fighter. Hinggakan aku terlupa untuk tutupkan lampu kereta.

Akibatnya ketika aku hendak hidupkan kenderaan...enjin tidak mahu hidup..confirm masalah bateri.

Aku cuba mintak tolong dengan pemandu teksi untuk jumperkan bateri..pemandu teksi berbangsa melayu..bagitau aku dia hendak cepat..ada pelanggan tunggu.
Terkesima aku sekejap.

Aku nak tolak kereta ..kaki aku bermasalah..bekas operation jatuh pokok masih belum baik lagi.

Last sekali aku mintak tolong sorang pakcik yang pakai kopiah..nampak macam tabligh..Alhamdulillah pakcik tu sanggup tolong.

Tetapi ...kereta pakcik tu pulak bermasalah untuk dihidupkan..alternatif lain pakcik tu panggil  pekerja warga Pakistan untuk membantu...kereta ditolak dan berjaya dihidupkan.. Teladan daripada ceritanya..jangan harapkan bangsa anda akan menolong anda.

Cerita kedua pagi tadi di bukit ampang..ketika aku dan miqdad hampir sampai ke. Look point..tetiba motorsikal 125 aku tersenguk senguk...aduyai..confirm minyak dah abis..Kat meter masih lagi ada minyak..rupenye meter minyak aku rosak..akibatnya aku terdampar di tengah bukit ampang dengan miqdad.

Aku sorang sorang xde masalah..tapi dengan miqdad sekali hati aku runsing.

Nasib baik tetiba ada hamba Allah berhenti dan tanyakan apa yang rosak..ketika aku hanya mengharapkan humaira datang bawakan minyak petrol.

Hamba Allah ni kerja di Aker Solution bangunan Intermark tinggal di Batu 12 Hulu langat. Dia mintak aku tunggu sementara dia pergi stesen minyak.

Alhamdulillah...Allah hantarkan bantuan melalui pekerja Aker Solution itu tadi walaupun nama aku xsempat nak tanya..duit pun dia xnak..dapatlah aku teruskan perjalanan aku dan hantar miqdad kesekolah.

Kesimpulannya...buatlah baik selagi mampu...kerna didunia ini masih ada lagi insan yang baik dan berhati mulia yang kita belum jumpa.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff