19/02/2015

Saifulsham

Salam

Tahun 2006 nama saifulsham memang xdapat dipertikaikan lagi dalam industri perniagaan menggunakan internet sebagai medium pemasaran.

Ketika dunia dikejutkan dengan nama nama besar dalam internet marketing seperti Jimmy d. Brown, Yanik Silver, John Reese dan Frank Kern di Malaysia pelopor kepada internet marketing adalah saifulsham. Selain daripada Irfan Khairi.

Berinpirasikan kepada buku irfan khairi yang bertajuk Rahsia Jutawan Internet. Team Saifulsham muncul dengan buku Buat Duit Dengan Internet. Aku rasa ianya adalah buku yang terbaik mengenai perniagaan internet pada waktu itu berbanding dengan buku irfan khairi..

Kemudian terdapat sebuah buku yang dikarang oleh prof fuad latif iaitu 15 teknik internet marketing.Buku yang cukup bagus yang menerangkan secara hand on bagaimana memasang tool marketing di laman web.

Saifulsham juga menjual perkhidmatan di ecommercemastery. Com untuk hosting..masa aku semak semalam web ni masih ada lagi. Begitu juga dengan web mini site mereka saudagar.com.my. Tetapi laman web shopping cart planes planet.com dah entah kemana.

Mereka juga aktif menganjurkan seminar Buat Duit Dengan Internet sekitar tahun 2007 dan 2008. Terdapat juga protege protege mereka yang berjaya dalam bisnes online. Buku mereka juga mejadi rujukan di IPT IPT tempatan.

Laman web blog mereka iaitu saifulsham.com juga dah expired yang mana merupakan blog kegemaran aku dulu di mana setiap kali surfing pasti aku bukak blog ni dulu. Sekarang this blog is death already.

Sekarang dengar kata diaorang berniaga pinggan mangkuk yang diimport dari Amerika dan home stay itu post terbaru yang sempat aku ikuti sebelum their blog is expired.

Nasib baik aku sempat printkan tulisan tulisan mereka yang mana aku tau blog mereka akan hilang ditelan dek zaman.

Walau bagaimanapun mereka adalah legenda pemasaran internet di Malaysia.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff