26/03/2015

Bisnes Gunting Rambut : Stail Pacak

Salam.

Petang tadi balik dari keje aku sempat temankan bisnes partner aku miqdad potong rambut. Di kedai gunting rambut sebelah puteri park taman putra, cheras.

Miqdad dari semalam lagi nak rambutnya digunting style pacak.

Aku pun tumpang sekaki potong rambut pacak macam dia...biasala kalo dah berumur di tambah dengan rambut yang dah beruban..mana nak pacak..kena letak gel baru tak jatuh.

Masa balik balik kampung aritu pun adik aku bagitau rambut aku dah banyak beruban...aku jawabla" biasala dah berumur ", hehe...

Beberapa tahun lepas aku ada baca buku bertajuk Buat Duit Dengan Bisnes Gunting Rambut.

Bisnes ni rata-rata di sekitar cheras di monopoli oleh warga asing aku agak begitu.

Tempat yang aku pergi petang tadi pun bukan bumiputera walaupun muka macam bumiputera..dari Acheh barangkali.loghat bahasa memang sepatah haram aku tak faham kalo diorang berbicara dalam bahasa Ibunda diaorang. Bahasa Melayu bukan main fasih.

Sebabnya jarang aku boleh jumpa kedai gunting rambut Melayu. Kecuali aku pernah jumpa satu di Pandan Jaya.

Bisnes gunting rambut boleh dikatakan memerlukan modal yang agak rendah. Apa yang diperlukan adalah sebuah ruang kedai yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya dua kerusi. Kerusi special untuk mengunting rambut ye..

Peralatan memotong rambut dan juga pekerja yang berkemahiran tinggi yang boleh merekabentuk stail rambut mengikut kehendak pelanggan.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff