24/03/2015

Pembentangan Sistem

Salam,

Aku kini berada di Hotel M Suite dekat Danga Bay, Johor Bharu..

Gerak dari KL dalam pukul 2.30 pm dan sampai di lobi hotel dalam pukul 7.30 pm..eemmm..masuk bilik hotel ..baru aku tahu tentang pemergian Encik Lee Kuan Yew yang aku sempat tonton di saluran MediaCorp sebelum diner di Myra Bistro.

Aku dalam tugasan memberikan penerangan satu sistem untuk Hospital Sultanah Aminah. Sistem ni bukan aku yang bangunkan ..aku cuma bagi taklimat je pasal sistem ni.

Nama sistem aku terpaksa rahsiakan untuk perlindungan harta intelek.

Untuk perbentangkan sistem ni nanti beberapa teknik atau strategi yang diperlukan semasa sesi berlangsung dan ianya terpakai untuk anda.

Antara strategi yang digunakan adalah:

1. Tahu siapa audience anda. Ahli akademik atau dengan lebih tepat lagi jika anda tahu diaorang ni generasi mana. Sama ada generasi Y, X or lady boomer. Supaya anda boleh kawal tempo perbentangan..nak serius atau diselitkan sedikit lawak.

2. Tahu berkenaan topik, produk atau sistem yang disampaikan...tahu tu bukan setakat umum saja tetapi luar dan dalam.

3. Semasa sesi perbentangan ...nervous tu perkara biasa ...selang lima minit anda akan boleh menari zumba atas pentas. Dale Carnegie pun berasa nervous untuk lima minit pertama.

4. Gunakan bahasa mudah yang boleh difahami..xpayah gunakan bahasa akademik sangat...gunakan kaedah KISS.keep it simple stup**.

5. Cuba teka beberapa soalan lazim yang mungkin ditanya oleh peserta kepada anda. Contohnya" kalo sistem down macam mana?". Pastikan anda mempunyai jawapan kepada setiap soalan.. Paling kurang pun anda akan jawab " saya tidak pasti, nanti saya semak semula"..

Itu yang aku sedang buat untuk taklimat sistem ini nanti.." Practice make perfect". Insya Allah.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff