Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

28/04/2015

Wordless Wednesday : Going Work

Salam ...

Pandangan anak semasa  ayah melangkah pergi kerja ...

27/04/2015

Ana ikan bakar petai

Salam...

Orang kata ...kalo pergi ke Kuantan ..xpekena ikan bakar dekat tanjung Lumpur xsah..

Kata orang la...disebabkan kata orang la ..aku pergi riki tanjung Lumpur..cari ikan bakar..

Kalo korang menginap di hotel sekitar kuantan..nak pergi ke tanjung Lumpur xsusah ..ikut je signboard..itu yang aku buat follow je signboard.

Aku menginap di hotel mega view..satu malam dalam RM 125..kalo ambik bilik yang menghadap sungai dalam RM 160 untuk eksekutif room.

So..dekat tanjung Lumpur ada banyak kedai ikan bakar..seperti super top, mail ikan bakar, ikan bakar kg nelayan, awana ikan bakar dan Ana ikan bakar petai.

Ana ikan bakar petai menjadi lokasi aku diner..apa yang aku order untuk korang yang xtau nak order apa..boleh order sotong masak tepung, kerapu ikan bakar diselaputi petai, sayur hailam ikan masin, sup tulang dan sata. Semuanya untuk 3 orang makan..dengan nasi putih.

Damage dalam RM 105..ok la..bagi aku..makan pun puas hati.lupa air yang diorder nescafe ais, tea o ais dan Bali suam.Trademarksm kedai ni warna hijau.. 

Terdapat dua buah kedai ana ikan baka pergi kedai yang tepi pantai bukan kedai di tepi jalan besar..kedai tepi jalan orang xramai dan kurang meriah.

Wassalam.

24/04/2015

Blogspot: Tips Cepat Diindeks Google

Salam.


Kita rasa dah cukup bagus ..bila setiap hari kita dapat post sesuatu di blog ..selain daripada mengejar ranking alexa..kita cukup puas bila ada yang baca posting kita dan memberikan komen.

Tapi .. pernahkah kita terfikir artikel terbaru yang kita post diindeks oleh google atau tidak ?



Google Indeks Dengan Webmaster Tool
Jadi anda perlu layari webmaster tool untuk indekskan artikel anda di Google secara manual.

ps: Anda boleh juga gunakan ping-o-matic atau pingoat.

Tempoh yang diambil oleh Google untuk indekskan artikel anda terpulang kepada mereka ada dalam 5 jam dan satu hari .. ianya adalah subjektif ... hehehehe..


Wassalam

23/04/2015

Satu sayur dua lauk

Salam..

Semalam semasa berbincang dengan satu syarikat yang membangunkan perisian mobile apps..

Aku tertarik dengan kata-kata owner dia. Walaupun banyak duit kita tetap mampu makan satu sayur dua lauk...

That means.. Duit yang banyak xboleh bawak kemana..

Tapi jangan kita menjadi jumud..dengan duit banyak lagi kebaikan yang kita boleh laksanakan.

Harga untuk satu mobile apps dalam RM 30 ribu.

Tapi semalam perbincangan hanya tertumpu kepada mobile apps untuk charity..tanpa kos..company tersebut yang tanggung semuanya..

Keuntungan untuk company tersebut?
Pastila ada ..

cuma dari sudut yang lain.

System is about collecting data...kata encik haji don Eddie.

Wassalam

Bila eksos kena rembat

Salam.

Waktu pagi yang aku kira begitu tenang di kawasan taman perumahan aku ni.

Tapi bila aku nak hantar anak aku seterusnya pergi kerja dan start motor 125z aku..ianya x hidup..bunyi macam motor aku xde eksos..hehehe

Rupa-rupanya eksos moto aku kena rembat...memecah ketenangan jiwa aku pada pagi tu.

Tapi syukur ..motor masih ada..CDI pun ada lagi..selalunya kalo kena rembat dua benda ni memang favor diaorang.

CDI kalo original mahu RM 300. Eksos 125z pun kalo original beli cecah RM 300.

Kos pasang eksos baru yang local dalam RM 145..

Ianya bukan masalah duit..Tapi yang merunsingkan aku..soal keselamatan di taman aku..mungkin lepas ni akan ada kes kecurian yang lain pulak.

Kalo aku buat report polis..confirm diaorang akan gelak...ingat dulu masa member aku buat report..pegawai tu bagitau..laptop dalam balai pun boleh hilang.

Wassalam

22/04/2015

Blogspot : Mobile Friendly Test


Salam,

Untuk tahun 2015 Google Webmaster telah menambah satu lagi ciri SEO iaitu Mobile friendly..

Maknanya kalo blog tidak mobile friendly peratusan untuk diindeks tu kurangla .. tapi masih lagi terindeks. Anda boleh semak sama ada blog atau laman web anda mobile friendly atau tidak di
Mobile Friendly...

Ramah mesra untuk dibukak di telefon pintar atau tidak boleh dibukak langsung.

Untuk pengguna platform blogspot secara automatik akan di mobile friendlykan oleh blogspot seperti gambar di bawah .
Blogspot Mobile Version

Bagi pengguna wordpress aku tak pernah cuba tapi korang .. boleh cuba check sama ada friendly ke tak blog korang . gambar di bawah hasil semakan blog aku .. awesome la sangat ...hehehe



Keputusan Semakan Mobile Friendly

Wassalam

20/04/2015

internet terapi : deactivating simcard

Salam...

Malam ni aku tido dengan deactivatingkan simcard broadband dan juga simcard talian telefon aku...

Maknanya dari jam 12.30 am hingga masuk waktu Subuh hidup aku xkan ada gangguan internet dan juga panggilan telefon..hehehe

Ada yang mengatakan bahawa signal telefon boleh menyebabkan seseorang lelaki boleh mandul kerana telefon bimbit sentiasa diletakkan di dalam poket seluar yang kebetulan berdekatan dengan anu lelaki. Kesannya akan menyebabkan sperma menjadi kurang subur kerana terdedah kepada radioaktif telefon.

Terdapat pula , ada yang mengatakan ...semasa kita tido telefon bimbit diletakkan berdekatan atau disebelah kepala kita..ianya boleh menyebabkan kanser otak..apatah lagi jika ada menggunakan telefon bimbit sebagai jam loceng..memang akan meletakkan telefon bimbit di tepi telinga.

Namun setakat yang aku baca belum ada lagi bukti saintifik yang membuktikan kesan di atas kepada manusia.

Walaubagaimana pun apa kata korang cuba deactivating simcard telefon pintar untuk merasai ketenangan dan nikmat tidur yang sempurna macam aku buat...lepas solat subuh activekan semula..takut-takut ada urgent call dari kampung.

Wassalam.

18/04/2015

Advencer si peniup ney

Salam

Buku novel advencer si peniup ney adalah karangan penulis Faisal Tehrani yang memenangi tempat pertama  pertandingan novel remaja kumpulan utusan hadiah sastera 2004 penaja utama ExxonMobil.

Ianya adalah kali kedua aku Ulang baca. Kali pertama pada tahun 2008..

Pada tahun tu aku beli dua buah ..satu aku hadiahkan pada humaira..belum kawin lagi dengan humaira..yang ketika itu masih menuntut di UITM dungun.

Novel ini memgisahkan pengembaraan ustaz sulaiman di negeri jin fantasia bersama 40 ekor jin. Di mana mereka meminta bantuan ayah kepada ustaz sulaiman iaitu ustaz kamal supaya membenarkan ustaz sulaiman yang berusia 18 tahun berdakwah kepada golongan jin yang mengamalkan hedonism sebagai budaya mereka..

ustaz sulaiman berdakwah  mengenai muzik sourti samad kepada penduduk jin negeri fantasia.

Pada pandangan aku novel ini merupakan sindiran  program realiti TV akademi fantasia..

Yang mana remaja-remaja negara termasuk makcik-makcik boleh dikatakan histeria dengan penangan AF yang begitu ampuh di waktu itu.

Novel ini menggunakan beberapa perkataan yang mungkin asing bagi kita. Namun terdapat glosari dilampirkan .Amat sesuai untuk menambahkan perbendaharaan kata untuk aku install dalam Minda aku .

Wassalam

15/04/2015

Wordless wednesday : Syabas Anakku

Salam.

Setiap hari rabu para blogger akan postkan gambar-gambar yang tidak mempunyai caption.

Hanya gambar yang menceritakan segalanya.

14/04/2015

Internet Terapi : Unplugged Cat6

Salam.

Kebanyakkan masa kita dihabiskan dengan surfing internet..

Internet sentiasa bersama kita di dalam telefon pintar.

Di ofis pun ada internet...jadi petang tadi untuk mengelakkan aku daripada membuat keje yang sia-sia dengan menonton video di vmeo.com , vdownload.EU, animetv.com dan YouTube.

Aku cabut je cable cat6 daripada port di dinding. Puas hati aku....

Kemudian aku terfikir semula..macam mana dengan kerja-kerja yang melibatkan internet...contohnya...aku terfikir jugak..apa contohnya..

Let say..emel..aku akan setup dalam smartphone aku..so aku boleh je tengok dalam smartphone A850i aku nie.

Untuk mencari info-info penting..setahu aku..aku jarang akses surfing internet untuk cari - cari info yang berguna.

Kebanyakkan akan berakhir dengan melayari laman-laman web yang aku rasa mengotorkan kepala aku.

So ..kali ni aku akan cuba minimumkan surfing internet..dan aku akan plug in kabel cat6 bila perlu sahaja.

Wassalam

10/04/2015

Penulisan Surat Jualan

Salam..

Pemuzik dan lirik lagu berpisah tiada..begitu juga dengan penulisan dan usahawan internet.

Penulisan yang dimaksudkan di sini ialah penulisan surat jualan.

Tidak kira dengan menggunakan Facebook, laman web jualan atau kedai online...kemahiran menulis surat jualan amat diperlukan.

Tujuan surat jualan adalah untuk mempromosikan produk yang kita ingin jual..dengan kata lain ..bagaimana cara kita mempengaruhi pelanggan yang kita tidak bersua muka untuk membeli produk yang dijual atas talian.

Selain daripada mempunyai produk yang bagus dan disukai oleh pelanggan.

Cuba bayangkan Syarikat tambang murah dengan syarikat MAS..kenapa ramai yang menaiki Air Asia, selain daripada harga tambang yang murah.

Untuk sesiapa yang pernah terbang bersama Air Asia pastinya sudah sedia maklum dengan masalah..delay dan juga  tempat duduk yang sedikit sempit berbanding dengan MAS.

Ianya kerana usaha promosi dan penjenamaan yang dilaksanakan oleh Air Asia.

Sebut saja tentang syarikat penerbangan pasti korang terbayang muka Tony Fernandes atau pemilik syarikat Virgin.

Muka CEO MAS ada ke terlintas dalam imaginasi korang..aku rasa tidak...walaupun itu muka Melayu.

Wassalam

Go'bang maju patin tempoyak

Salam.

Kalo korang dah xtau nak makan apa waktu lunch ...aku syorkan kalo nak rasa tekak dibasahi dengan kuah ikan patin masak tempoyak..

Korang boleh ke Taman seri rampai ...restoran go'bang maju..pergh!!! Rasa nak hirup abis kuah dia..

Sebelum tu aku pernah rasa masakan ikan patin di sebuah kedai sebelah petronas ampang , taman dato razali..sedikit rasa kunyit..tempoyak x letak kot..

Berbeza dengan yang ni..ikan pun x hanyir...chef masakan pun nampak macam professional.

Aku juga terserempak dengan pemain pertahanan harimau Malaya iaitu Muslim Ahmad.

Harga aku rasa boleh tahan..untuk ekor ikan patin RM 15.00 manakala kepala ikan patin RM 13.00.

Setakat ni..aku rasa ianya memang terbaik..xsabar nak repeat lagi...hehehe

PS: aku x dibayar untuk review kedai ni..semuanya ikhlas daripada rasa dilidah aku..

Wassalam


09/04/2015

GST Memang Bagus Tapi

Salam..

Aku sokong GST...memang bagus. Sistem Cukai yang sistematik..yang menambahkan lagi pendapatan negara.

Semua orang tahu kebaikan gst..namun terdapat beberapa kekeliruan yang timbul dan bermain diminda masyarakat aku berpendapat begitu.

1. Pendapatan negara digunakan secara berhemah atau tidak berhemah contohnya isu-isu yang melanda 1MDB..seperti yang dikritik Tun M. Dana-dana yang diagihkan kepada kementerian-kementerian adakah digunakan untuk projek-projek yang memberi manafaat kepada rakyat.

Projek-projek naiktaraf atau pengubahsuaian tidak perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi sekiranya 'ia' masih boleh digunakan dan perkhidmatan kepada rakyat boleh diberikan dengan efisien menggunakan kemudahan yang sedia ada.

2. Penguatkuasaan terhadap barang-barang yang tidak dikenakan gst. Semestinya peniaga akan menaikan harga barang dengan alasan setiap barangan adalah berkait antara satu dengan yang lain. 

Memandangkan harga barang sudah dikenakan SST dan apabila di tukar kepada gst sepatutnya harga barang tidak naik. Ini berlainan apabila gst dikuatkuasakan harga menjadi semakin mahal. Ini membuatkan rakyat masih tidak faham dengan gst.

3. Strategi mengurangkan cukai gst dengan membuka 4 syarikat. Oleh yang demikian transaksi pasti tidak melebihi RM 500,000.00 setahun..kerana menggunakan 4 akaun semasa syarikat yang berlainan.

Namun aku rasa ..pihak gst sudah memikirkan jalan penyelesaian kerana mereka terdiri daripada pakar-pakar yang arif mengenai ekonomi.

Kesimpulannya , gst adalah sistem cukai terbaik yang membolehkan kerajaan mengutip cukai secara komprehensif..syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia tidak boleh lagi mengelak untuk dikenakan cukai.

Wassalam


 

08/04/2015

Taklimat Akademik Membosankan

Salam.

Aku lebih suka dengar taklimat bukan fiksyen daripada yang berbentuk akademik.

Pembentangan berbentuk akademik lebih formal dan berstruktur .

Contohnya...taklimat mengenai pengurusan risiko untuk pendidikan kesihatan ianya memerlukan keseriusan dalam memberikan taklimat...kerana ianya melibatkan keselamatan pesakit dan kakitangan hospital.

Taklimat bukan fiksyen boleh dilakukan secara santai selagi ilmu sampai kepada peserta yang hadir.

Malah boleh juga diselang seli dengan lawak jenaka..atau sedikit nyanyian jika mempunyai suara yang sedap...hohoho..

Namun..sama ada akademik atau bukan akademik tetap kena libatkan peserta..untuk elakkan diaorang mengantuk dan bosan.

Ada game lagi bagus..

Wassalam.

07/04/2015

GST Kesannya kepada IM

Salam,

Petang tadi aku cuba Google kesan GST kepada IM seperti aku.

Pada pendapat aku ianya xder la memberikan impak yang besar pun. Kecuali beberapa faktor seperti di bawah:

1. Syarikat hosting naikan harga untuk domain dan hosting. Kepada aku ianya tidak memberikan kesan apa-apa. Sebabnya aku menggunakan blogspot yang semestinya percuma untuk laman web jualan aku. Untuk blog aku juga menggunakan blogspot. Cuma domain risiyusoff.com yang perlu dibayar.

2. Buku sebagai bahan rujukan untuk membuat produk informasi tidak dikenakan gst. Nak jimat lagi tunggu masa pesta buku Kuala Lumpur.. Potongan hingga 20%.Pada masa ini sabar je dulu. Jangan kalut nak pergi kedai buku.

3. Pembangunan produk-produk..tidak melibatkan fizikal..semuanya digital. Seperti perisian sistem, video, pdf dan mp3.yang mana aku adalah pengeluar, penjual.. semuanya online. Jadi tiada gst.

4. Bayaran talian internet ..yang ni kalo harga naik ..akan memberi kesan kepada aku. Setakat ini aku xdengar apa-apa kenaikan. Sebabnya aku menggunakan pakej digi iaitu broadband RM 25 sebulan. Jimat disitu.

5. Laptop,desktop atau telefon pintar..kalo aku nak beli laptop atau telefon pintar  baru memang aku akan terkena dengan gst..tapi buat masa sekarang aku just guna lenovo A850i yang aku rasa prestasi dia setakat ni adalah memuaskan.

Walaubagaimana pun...bisnes melalui internet adalah yang paling murah dan mudah untuk dilaksanakan.Sekiranya anda mempunyai ilmu. Kuncinya adalah ilmu.

Wassalam

04/04/2015

Telco tolong genapkan harga kad prabayar

Salam.

Perbincangan antara pihak GST dengan CEO telco.

Memutuskan kad prabayar dikenakan gst sebelum tu pun memang dah ada SST dalam kad prabayar.

Jadi kalo nak beli top up RM 10 kena bayar RM 10.60..

Memang syarikat telco akan bagi masa tambahan lebih daripada RM 1.20..

Tapi ada ke pengguna sedar tentang masa penggunaan tersebut. Aku rasa tidak.

Aku rasa lebih elok jual top up yang harga RM 9.40 daripada RM 10. Sape yang nak bawak duit syiling 60 sen beb!

Yang terbaru..CEO telco mintak masa sebulan untuk ubah program dalam sistem.

Masa 17 bulan yang kerajaan bagi korang buat apa?,hahaha..

Syarikat telco memang kelakar...Tapi aku rasa reason diaorang nak naikan harga kad prabayar disebabkan..masyarakat sekarang lebih suka pakai wasap yang percuma untuk berkomunikasi..daripada menggunakan SMS yang berbayar.

Wassalam

02/04/2015

Pedang setiawan episod akhir

Salam.

Semalam aku baca terbaca entries Facebook daripada kawan aku yang di Pahang berkenaan episode akhir pedang setiawan yang akan keluar bulan April.

Jadi petang semalam aku pergi riki kedai majalah yang jual komik di Aeon Big Ampang.

Ternyata ianya mengecewakan..kerana komik berkenaan belum lagi sampai.
Yang ada hanya dua episode terakhir...

Walaubagaimana pun untuk mengetahui episode terakhir aku kena baca episode yang sebelum ni.

Satu lagi aku memang x follow dari mula komik pedang setiawan..cuma kekadang beli yang pakej..

Sebabnya ...episod dia terlalu banyak dah ntah kemana-mana..sehingga sekarang ia berumur 25 tahun..dengan isu terakhir adalah 667..penulis komik Ma Wi Shing dah penat agaknya..itu yang beliau ingin tamatkan komik pedang setiawan.

Jadi aku kena tunggu lagi untuk episod akhir iaitu isu 667 Wira Tidak Terlawan ..oh ya..ianya adalah cetakan bewarna edisi khas..mengandungi 50 lebih mukasurat. ..dengan manuskrip isu pertama.

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff