23/04/2015

Bila eksos kena rembat

Salam.

Waktu pagi yang aku kira begitu tenang di kawasan taman perumahan aku ni.

Tapi bila aku nak hantar anak aku seterusnya pergi kerja dan start motor 125z aku..ianya x hidup..bunyi macam motor aku xde eksos..hehehe

Rupa-rupanya eksos moto aku kena rembat...memecah ketenangan jiwa aku pada pagi tu.

Tapi syukur ..motor masih ada..CDI pun ada lagi..selalunya kalo kena rembat dua benda ni memang favor diaorang.

CDI kalo original mahu RM 300. Eksos 125z pun kalo original beli cecah RM 300.

Kos pasang eksos baru yang local dalam RM 145..

Ianya bukan masalah duit..Tapi yang merunsingkan aku..soal keselamatan di taman aku..mungkin lepas ni akan ada kes kecurian yang lain pulak.

Kalo aku buat report polis..confirm diaorang akan gelak...ingat dulu masa member aku buat report..pegawai tu bagitau..laptop dalam balai pun boleh hilang.

Wassalam

1 comments:

  1. polis ditugaskan sebagai apa yee. ada pulak digelakkan org buat report. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff