09/04/2015

GST Memang Bagus Tapi

Salam..

Aku sokong GST...memang bagus. Sistem Cukai yang sistematik..yang menambahkan lagi pendapatan negara.

Semua orang tahu kebaikan gst..namun terdapat beberapa kekeliruan yang timbul dan bermain diminda masyarakat aku berpendapat begitu.

1. Pendapatan negara digunakan secara berhemah atau tidak berhemah contohnya isu-isu yang melanda 1MDB..seperti yang dikritik Tun M. Dana-dana yang diagihkan kepada kementerian-kementerian adakah digunakan untuk projek-projek yang memberi manafaat kepada rakyat.

Projek-projek naiktaraf atau pengubahsuaian tidak perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi sekiranya 'ia' masih boleh digunakan dan perkhidmatan kepada rakyat boleh diberikan dengan efisien menggunakan kemudahan yang sedia ada.

2. Penguatkuasaan terhadap barang-barang yang tidak dikenakan gst. Semestinya peniaga akan menaikan harga barang dengan alasan setiap barangan adalah berkait antara satu dengan yang lain. 

Memandangkan harga barang sudah dikenakan SST dan apabila di tukar kepada gst sepatutnya harga barang tidak naik. Ini berlainan apabila gst dikuatkuasakan harga menjadi semakin mahal. Ini membuatkan rakyat masih tidak faham dengan gst.

3. Strategi mengurangkan cukai gst dengan membuka 4 syarikat. Oleh yang demikian transaksi pasti tidak melebihi RM 500,000.00 setahun..kerana menggunakan 4 akaun semasa syarikat yang berlainan.

Namun aku rasa ..pihak gst sudah memikirkan jalan penyelesaian kerana mereka terdiri daripada pakar-pakar yang arif mengenai ekonomi.

Kesimpulannya , gst adalah sistem cukai terbaik yang membolehkan kerajaan mengutip cukai secara komprehensif..syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia tidak boleh lagi mengelak untuk dikenakan cukai.

Wassalam


 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff