20/04/2015

internet terapi : deactivating simcard

Salam...

Malam ni aku tido dengan deactivatingkan simcard broadband dan juga simcard talian telefon aku...

Maknanya dari jam 12.30 am hingga masuk waktu Subuh hidup aku xkan ada gangguan internet dan juga panggilan telefon..hehehe

Ada yang mengatakan bahawa signal telefon boleh menyebabkan seseorang lelaki boleh mandul kerana telefon bimbit sentiasa diletakkan di dalam poket seluar yang kebetulan berdekatan dengan anu lelaki. Kesannya akan menyebabkan sperma menjadi kurang subur kerana terdedah kepada radioaktif telefon.

Terdapat pula , ada yang mengatakan ...semasa kita tido telefon bimbit diletakkan berdekatan atau disebelah kepala kita..ianya boleh menyebabkan kanser otak..apatah lagi jika ada menggunakan telefon bimbit sebagai jam loceng..memang akan meletakkan telefon bimbit di tepi telinga.

Namun setakat yang aku baca belum ada lagi bukti saintifik yang membuktikan kesan di atas kepada manusia.

Walaubagaimana pun apa kata korang cuba deactivating simcard telefon pintar untuk merasai ketenangan dan nikmat tidur yang sempurna macam aku buat...lepas solat subuh activekan semula..takut-takut ada urgent call dari kampung.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff