02/04/2015

Pedang setiawan episod akhir

Salam.

Semalam aku baca terbaca entries Facebook daripada kawan aku yang di Pahang berkenaan episode akhir pedang setiawan yang akan keluar bulan April.

Jadi petang semalam aku pergi riki kedai majalah yang jual komik di Aeon Big Ampang.

Ternyata ianya mengecewakan..kerana komik berkenaan belum lagi sampai.
Yang ada hanya dua episode terakhir...

Walaubagaimana pun untuk mengetahui episode terakhir aku kena baca episode yang sebelum ni.

Satu lagi aku memang x follow dari mula komik pedang setiawan..cuma kekadang beli yang pakej..

Sebabnya ...episod dia terlalu banyak dah ntah kemana-mana..sehingga sekarang ia berumur 25 tahun..dengan isu terakhir adalah 667..penulis komik Ma Wi Shing dah penat agaknya..itu yang beliau ingin tamatkan komik pedang setiawan.

Jadi aku kena tunggu lagi untuk episod akhir iaitu isu 667 Wira Tidak Terlawan ..oh ya..ianya adalah cetakan bewarna edisi khas..mengandungi 50 lebih mukasurat. ..dengan manuskrip isu pertama.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff