10/04/2015

Penulisan Surat Jualan

Salam..

Pemuzik dan lirik lagu berpisah tiada..begitu juga dengan penulisan dan usahawan internet.

Penulisan yang dimaksudkan di sini ialah penulisan surat jualan.

Tidak kira dengan menggunakan Facebook, laman web jualan atau kedai online...kemahiran menulis surat jualan amat diperlukan.

Tujuan surat jualan adalah untuk mempromosikan produk yang kita ingin jual..dengan kata lain ..bagaimana cara kita mempengaruhi pelanggan yang kita tidak bersua muka untuk membeli produk yang dijual atas talian.

Selain daripada mempunyai produk yang bagus dan disukai oleh pelanggan.

Cuba bayangkan Syarikat tambang murah dengan syarikat MAS..kenapa ramai yang menaiki Air Asia, selain daripada harga tambang yang murah.

Untuk sesiapa yang pernah terbang bersama Air Asia pastinya sudah sedia maklum dengan masalah..delay dan juga  tempat duduk yang sedikit sempit berbanding dengan MAS.

Ianya kerana usaha promosi dan penjenamaan yang dilaksanakan oleh Air Asia.

Sebut saja tentang syarikat penerbangan pasti korang terbayang muka Tony Fernandes atau pemilik syarikat Virgin.

Muka CEO MAS ada ke terlintas dalam imaginasi korang..aku rasa tidak...walaupun itu muka Melayu.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff