Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

31/05/2015

Pengakhiran usahawan akhirat

Salam..

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya juga habiskan buku usahawan akhirat yang aku beli di kedai popular Aeon Maluri..pada 17.2.2015.

Lama juga masa yang aku ambik untuk habiskan buku ni...aku x guna teknik speed reading yang aku belajar masa kursus dua tahun lepas.

Setiap bait-bait kata yang ditulis aku teliti dan amati serta bertafakur dengan kehidupan diri.

Buku yang aku bawak, boleh dikatakan hampir  setiap hari dalam beg sandang tarbus ke tempat kerja mahu pun menghadiri meeting.

Mencari ruang dan masa untuk ditelaah...bertekad selagi buku ini belum habis dibaca ..xkan dilaburkan dengan buku yang baru..yang semestinya sudah ada dalam senarai.

Selepas ni..bolehlah aku riki buku baru pulak..target kinokuniya atau popular ampang point..Tapi aku rasa lebih suka Popular  Aeon Maluri banyak buku dan pilihan.

Wassalam.

28/05/2015

Myeg atau pejabat pos

Salam.

Cara kerajaan zaman dulu dan sekarang xde beza..cuma dari segi pengurusan dan sistem yang berbeza.

Misalnya jika dulu kerajaan menambah pendapatan melalui cukai ..sekarang pun masih sama diamalkan.

Melalui cukai banyak perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan antaranya membina sekolah-sekolah dan hospital serta menambah baik jalan raya.

Rakyat tidak pernah mempersoalkan cara kerajaan berbelanja dengan berpendapat apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan cukai yang dikutip ianya adalah yang terbaik.

Salah satu cukai yang dikutip adalah cukai jalan...setahun sekali kita perlu bayar cukai kerana menggunakan jalan raya yang dibina oleh kerajaan.

Dengan adanya portal atas talian ..membayar cukai jalan menjadi lebih mudah..boleh dibayar secara online tanpa perlu ke kaunter pejabat pos.

28.5.2015 cukai jalan aku tamat..aku lebih suka bayar di pejabat pos kerana ianya pakej ...boleh perbaharui insurance sekali gus.

Kalo dulu aku gemar riki pejabat pos di Maju Junction sebab dekat dengan JPJ. Kalo ada saman boleh terus pergi bayar.

Yang xsedapnya ...beratur lama giler..so apa aku buat adalah..aku check dulu di portal JPJ ada saman x.

Kemudian aku riki pejabat pos Jalan Raja Alang..bertentangan dengan bangunan zikay....huhuhu..terbaik..orang x ramai. 10 minit dah settle. Yang x hepinya ..total lost hampir RM 400..bayar insurans dan roadtax.

Wassalam.

26/05/2015

Kenapa doktor cakap inggeris

Salam...

Lately ni aku ada ramai kawan doktor...bukan sebab diaorang nak berkawan dengan aku...atau sebab aku ni lebih "power" intelektual dari diaorang...hehehe

Sebabnya diaorang kena dealing dengan aku tentang beberapa sistem yang diorang xfaham.

Biasala diaorang pakar dalam bidang perubatan..tetapi dalam bidang IT diaorang xfham sangat.kalo nak dibandingkan dengan orang IT yang dah berbelas tahun bergelumang dengan ICT.

Orang IT pun xfaham tentang perubatan..tetapi kena faham cara kerja doktor sebab cara kerja diaorang perlu diimplementasikan kedalam sistem.

Aku sebagai ahli dalam satu group wasap yang terdiri daripada golongan doktor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Ahli semua bangsa ada.

Diaorang ni bila discussion guna bahasa Inggeris..aku bila menjawab soalan yang perlu aku jawab..aku guna bahasa Melayu.

Bukan sebab aku cintakan bahasa kebangsaan.sebabnya aku takut grammar aku salah..hehehe

Kemudian aku sedar something..kenapa diaorang bercakap dalam bahasa omputih..rupa-rupanya banyak term perubatan dalam bahasa Inggeris..

Manual mesin perubatan pun dalam bahasa Inggeris.

Dan satu lagi..anda kelihatan hebat jika berbicara dalam bahasa Inggeris..walaupun berkelulusan upsr.

Wassalam.

11/05/2015

Kena rembat lagi

Salam..

Apa dah jadi..apa yang silap...kat mana yang salah..

Silap aku pakai motor 125z 1st edition tahun 2001 atau memang..aku jadi sasaran panahan jahat mata orang.

Hehehe...namun hati kena bersangka baik..setiap musibah yang berlaku adalah ujian dari Allah.

Petang semalam..CDI motor 125z aku kena rembat..minggu lepas eksos ..aduyai.

Bukan apa..susah aku pepagi nak pergi kerja..nak kena tolak motor pergi bengkel.penat tu...

Kebiasaan, untuk owner 125z yang dirembat adalah CDI atau eksos..kalo keluaran 2001 lagi la wanted..sebab kelajuan boleh mencapai 180 km/j. .tiada cut off berbanding 125z latest edition.

Orang kata ..pada tahun 2001.. Yamaha keluarkan untuk test market..untuk jadikan sebagai RXZ second edition.

Pada masa tu ..belum lagi cut off speed.

Berbalik kepada CDI aku yang kena rembat..harga yang ori dalam RM 300..

Ada jugak yang jual local dengan harga RM 150.. Katanya buatan dari Japan.

Bila aku pasang kat motor aku ..ia tidak hidup..jadi aku tolak motor aku ke bengkel motor ..yang terletak betul betul depan masjid hishamuddinn Batu 14 Hulu langat.

Aku beli yang baru dengan harga RM 65 hinggit dapat potongan ..aku bayar RM 60 je..mungkin tauke tu kesian kat aku..hehehe..mana taknya jauh jugak la aku menolak motor.

Kalo korang nak beli CDI ..jangan tertipu macam aku..harga local xsampai RM 100 pun..

Nasib baik aku dapat balik RM 150 aku..sebab pasang kat motor aku x hidup...

Wassalam

06/05/2015

Wordless wednesday : The New Nephew

Salam..

05/05/2015

Melawat orang sakit

Salam..

Kita melawat orang sakit..supaya orang yang sakit dapat kekuatan untuk melawan kesakitan..

Supaya kita bersyukur dengan kesihatan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita.

Begitu juga jika melawat tanah perkuburan jika terdapat pengebumian sanak saudara atau sahabat handai.

Ianya supaya kita sedar yang kita jugak akan mati.

Sesuatu yang bernyawa pasti merasai mati..

Kesempatan cuti hari wesak aku gunakan sebaiknya dengan melawat abang ipar aku di hospital pantai Penang, bayan lepas. Abang ipar aku ni doktor saspect ada ketumbuhan dalam kepala.

Punca sebenar belum tau lagi.

Aku yang pernah merasai duduk di hospital selama dua minggu begitu memahami perasaan jadi pesakit di hospital..

Baru la aku sedar kita bukan special sangat..jangan kita sangka kita ada anak ramai tuhan akan panjangkan umur kita disebabkan kasihan dengan kita yang perlu menjaga anak-anak sedang membesar.

Setiap hari kita dipaparkan dengan berita mengenai kehilangan nyawa...tidak mustahil nanti berita kita pula yang akan diviralkan di media sosial.


Wassalam

03/05/2015

Mandi Sungai

Salam...

Dari KL ke Batu Kurau..perjalanan dalam mengambil masa dalam 4 jam..kalo meter maintain 100 km/jam..

Semalam aku gerak dari KL dalam 2.30 pm..lepas menghadiri kenduri kahwin member humaira di sekolah menengah taman melati.

Pepagi lagi miqdad ajak aku pergi sungai..disebabkan aku dah janji dengan dia..terpaksala aku terjun sungai walaupun aku xmandi.

Kitaorang main bina perigi dan istana pasir..buat tembok je la. Castle x nampak.hehehe.

2 jam jugakla aku temankan anak2 disungai.

Wassalam

01/05/2015

Labour day : Siapa tentukan masa

Salam..

Selamat menyambut hari buruh...

Namun mungkin ada yang x bernaib baik ..masih bekerja dan tidak dapat menyambut cuti hari buruh.

Terutama mereka yang bekerja sendiri..hari buruh dan hari biasa sama saja ..

Jika kita masih bekerja walaupun diberi cuti kerana mengejar dateline...kita akan masih dan terpaksa pergi ke pejabat.

Sebagai individu yang makan gaji dan bekerja di bawah orang lain..nak tak nak kita terpaksa datang kerja.

Lebih-lebih lagi perlu menepati tempoh tarikh akhir yang ditetapkan oleh pelanggan.

Contohnya dalam mengejar tarikh tutup sebutharga atau pun tender..kita akan terkejar masa yang ada untuk menyiapkan segala dokumen kewangan dan teknikal yang diminta oleh pelanggan.

Maka yang tentukan masa kita yang menyebabkan kita tidak dapat bercuti pada hari buruh adalah pelanggan.

Bagi yang bekerja dengan sektor kerajaan pula perlu mengejar masa yang ditetapkan oleh ketua unit..manakala ketua unit atau bahagian pula perlu patuh kepada arahan pengarah jabatan...pengarah jabatan pula perlu melaporkan kepada ketua setiausaha kementerian (KSU) dan KSU perlu melaporkan kepada ketua setiausaha negara(KSN) KSN kepada PM ..PM ? Ianya akan berbalik kepada rakyat.

Oleh itu ..yang menentukan masa kita adalah rakyat.. Ianya pusingan yang tidak akan habis....

Oleh yang demikian..bercutila daripada bekerja...sempena hari buruh.ambiklah peluang dengan meluangkan masa dengan keluarga walaupun ada seorang workaholic hardcore.

Ketahuilah dunia masih lagi berputar jika anda berhenti bekerja seketika..kerna kita bukan sape sape pun di dunia ini.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff