01/05/2015

Labour day : Siapa tentukan masa

Salam..

Selamat menyambut hari buruh...

Namun mungkin ada yang x bernaib baik ..masih bekerja dan tidak dapat menyambut cuti hari buruh.

Terutama mereka yang bekerja sendiri..hari buruh dan hari biasa sama saja ..

Jika kita masih bekerja walaupun diberi cuti kerana mengejar dateline...kita akan masih dan terpaksa pergi ke pejabat.

Sebagai individu yang makan gaji dan bekerja di bawah orang lain..nak tak nak kita terpaksa datang kerja.

Lebih-lebih lagi perlu menepati tempoh tarikh akhir yang ditetapkan oleh pelanggan.

Contohnya dalam mengejar tarikh tutup sebutharga atau pun tender..kita akan terkejar masa yang ada untuk menyiapkan segala dokumen kewangan dan teknikal yang diminta oleh pelanggan.

Maka yang tentukan masa kita yang menyebabkan kita tidak dapat bercuti pada hari buruh adalah pelanggan.

Bagi yang bekerja dengan sektor kerajaan pula perlu mengejar masa yang ditetapkan oleh ketua unit..manakala ketua unit atau bahagian pula perlu patuh kepada arahan pengarah jabatan...pengarah jabatan pula perlu melaporkan kepada ketua setiausaha kementerian (KSU) dan KSU perlu melaporkan kepada ketua setiausaha negara(KSN) KSN kepada PM ..PM ? Ianya akan berbalik kepada rakyat.

Oleh itu ..yang menentukan masa kita adalah rakyat.. Ianya pusingan yang tidak akan habis....

Oleh yang demikian..bercutila daripada bekerja...sempena hari buruh.ambiklah peluang dengan meluangkan masa dengan keluarga walaupun ada seorang workaholic hardcore.

Ketahuilah dunia masih lagi berputar jika anda berhenti bekerja seketika..kerna kita bukan sape sape pun di dunia ini.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff