05/05/2015

Melawat orang sakit

Salam..

Kita melawat orang sakit..supaya orang yang sakit dapat kekuatan untuk melawan kesakitan..

Supaya kita bersyukur dengan kesihatan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita.

Begitu juga jika melawat tanah perkuburan jika terdapat pengebumian sanak saudara atau sahabat handai.

Ianya supaya kita sedar yang kita jugak akan mati.

Sesuatu yang bernyawa pasti merasai mati..

Kesempatan cuti hari wesak aku gunakan sebaiknya dengan melawat abang ipar aku di hospital pantai Penang, bayan lepas. Abang ipar aku ni doktor saspect ada ketumbuhan dalam kepala.

Punca sebenar belum tau lagi.

Aku yang pernah merasai duduk di hospital selama dua minggu begitu memahami perasaan jadi pesakit di hospital..

Baru la aku sedar kita bukan special sangat..jangan kita sangka kita ada anak ramai tuhan akan panjangkan umur kita disebabkan kasihan dengan kita yang perlu menjaga anak-anak sedang membesar.

Setiap hari kita dipaparkan dengan berita mengenai kehilangan nyawa...tidak mustahil nanti berita kita pula yang akan diviralkan di media sosial.


Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff