15/06/2015

AKLEH Jem Sebab Bonggol

Salam..

Apa tujuan pihak akleh meletakkan tiga bonggol di laluan motosikal...lorong dari KL ke Ampang.

Tujuannya hanya satu..supaya penunggang memperlahankan motosikal mereka.

Mungkin ianya membahayakan nyawa staf tol yang bertugas kerana perlu melintas ke pondok tol melalui lorong motosikal.

Walau bagaimana pun tindakan demikian aku anggap kurang cerdik dari pandangan aku sebagai seorang kamen rider..yang boleh dikatakan setiap pagi menghirup udara kenderaan di lebuhraya Ampang-KL ini.

Aku merasakan taktik ini berjaya menghalau aku daripada  menggunakan lebuhraya ini kerana jem yang tersangat amat di lorong berkenaan sejak diletakkan bonggol pada laluan motosikal 3 hari yang lepas.

Pada asalnya AKLEH dibina bukan untuk motosikal..ekoran daripada kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lampau..pihak kerajaan membenarkan rider menggunakan AKLEH..

Agak  aku kehadiran para kamen rider sedikit menguris hati pengurusan AKLEH ..kerana para rider tidak membayar tol.

Sebagaimana kenderaan bertayar empat.

Sedangkan jumlah kewangan yang banyak diperlukan untuk penyelenggaraan AKLEH.

Selamat tinggal AKLEH..sampai jumpa lagi..esok pagi.hehehe

Update : arini 16.6.2015 diaorang dah letak satu bonggol je..masa aku lalu tadi..Alhamdulillah xder la macam semalam..smooth sikit, Walaupun terpaksa beratur.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff