12/06/2015

Marketing Guna Pengemis

Salam..

First time aku tengok marketing offline macam ni.

Ini baru betul "Think out the box".

Bermacam-macam cara boleh digunakan untuk pemasaran perniagaan..ada yang buat marketing produk.

Itu yang aku fikir...selepas solat jumaat..kelihatan beberapa orang pengemis(bukan menghina) menghulurkan pamplet promosi sebuah restaurant di bukit bintang kepada jemaah yang usai solat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC.

Terdapat juga seorang ahli masjid yang cuba menghalau mereka daripada meneruskan aktiviti berkenaan.

Cuma yang aku nak puji..adalah cara yang digunakan individu yang mengupah mereka mengedarkan pamplet kepada orang ramai.

Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pekerjaan walaupun sedetik cuma.

Terdapat kira-kira 5 orang kanak-kanak yang mengedar pamplet..aku agak adalah rakyat Myanmar etnik Rohingya.

Mungkin cara pemasaran begini adalah salah kerana mengekplotasikan kanak-kanak.

Aku kurang pasti berapa upah yang telah dibayar.

Walau apa pun...dapatla jugak rezeki diaorang pada hari tu..

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff