09/06/2015

Nak Berjaya ? Jangan Beli Buku Motivasi

Salam..

Atas rak perpustakaan mini  di rumah aku ada pelbagai buku yang kebanyakkan dalam bidang yang aku sukai iaitu, kewangan, internet marketing dan motivasi serta buku-buku agama.

Itu belum lagi ebuku evergreen penulis tersohor daripada barat..termasuklah buku motivasi dale carnegie...

Buku penulisan Joe vitale  dan michele  masterson berkenaan writing memang bersepah dalam external hard disk aku.

Produk-produk informasi daripada legenda usahawan internet dunia seperti Corey rudl , Eben pagan, Frank Kern , yanik silver hinggalah kepada Jimmy D Brown sememangnya tersedia untuk dihadam oleh otak aku.

Buku kewangan seperti Rich dad poor dad..nota kewangan irfan khairi turut menjadi koleksi aku..termasuklah buku Adam khoo menjadi kegemaran aku.

Itu belum lagi..buku-buku usahawan internet karya tempatan seperti buku buat duit dengan internet , 15 teknik marketing dan niaga online.

Tapi apakan daya..semua maklumat yang aku baca dan telaah tidak memberi sebarang makna jika tiada tindakan yang dilakukan.

Hanya sekadar membaca tetapi tiada hasil yang dijana.

Akhirnya banyak mana pun motivasi dalam diri jika tiada tindakan yang dilaksanakan..ibarat angin pantai menghempas muka..hampas pun tiada.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff