07/06/2015

Rahsia sebutharga : kuasai microsoft project

Salam..

Pada 18 hingga 20 mei yang lalu aku berkesempatan menghadiri kursus di cyberjaya kelolaan cyber training (mynet) selama 3 hari.

Menggunakan MS Project 2010 ..sekarang sudah ada 2013..orang kata version MS 2013 penjanaan laporan lebih cantik dan menarik.

Nanti aku akan cuba version 2013.

Apa yang aku belajar adalah cara membuat gant chart, milestone dan material yang diperlukan serta jana laporan projek.

Setiap detail projek seperti Tarikh dan kos serta sumber yang lain boleh diketahui secara mendalam.

Termasuklah upah yang diberikan kepada pekerja yang terlibat didalam pembangunan projek.

Ms Project boleh digunakan untuk membuat proposal dan perancangan projek dengan lebih efektif dan professional.

Aku sembang dengan seorang staf Malaysia Software Testing Board MSTB.

Beliau mengatakan terdapat beberapa syarikat yang menghantar dokumen sebutharga dengan memberikan format carta gant yang salah.

Ada syarikat yang mengemukakan carta gant menggunakan excell dan MS Word.

Sesetengah pelanggan tidak kisah..namun ada juga yang ambik kisah.

Carta gant adalah salah satu dokumen yang wajib diberikan semasa menghantar dokumen sebutharga atau tender kerana dengan carta gant pihak pelanggan boleh mengetahui bila tempoh siap projek atau perkhidmatan yang akan diberikan oleh syarikat.

Belajarlah cara membuat carta gant dengan MS Project  untuk perkembangan syarikat dan untuk penyediaan sebut harga yang lebih sempurna.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff