03/06/2015

Report card day

Salam,

Report card day...hari yang mana aku perlu berjumpa dengan guru yang mengajar anak aku.

Pada hari berkenaan aku akan mendapat tau perkembangan dan sejauh mana sel sel neuron dalam minda anak aku berhubung.

Keintelektualan diukur pada report card..pada hari itu juga aku akan diberitau kedudukan miqdad didalam kelas dan subjek subjek yang perlu ditekankan.

Tengahari sabtu itu agak panas..aku sampai disekolah miqdad dalam pukul 11 pagi..masih ramai lagi ibu bapa pelajar lain yang belum datang.

Teacher Amelina guru kelas miqdad memulakan sesi pencerahan tentang prestasi miqdad..Humaira dan aku tekun mendengar..kadang-kadang Humaira akan mencelah..dan mengajukan pertanyaan yang aku rasa signifikan..

Aku? Xder soalan yang hendak dikemukakan..semua soalan dah di tanya oleh Humaira..

Last sekali...eemmm..kedudukan miqdad di dalam kelas..aku agak daripada penilaian prestasi miqdad mungkin dalam kelompok 10 terbaik..Tapi erk..15 daripada 16..kedua terbaik daripada belakang..

Pergh!!! Tinggi giler standard diaorang..kata aku kepada humaira bila selesai sesi perjumpaan dengan guru miqdad.

Dalam hati aku berkata ..jauh lagi perjalanan anak aku ni...lagi pun..dunia budak-budak adalah bermain..jadi jangan dipaksa sangat diaorang untuk tekun belajar..sampai terlepas waktu kanak-kanak diaorang.

Banyak lagi peperiksaan yang akan dilalui oleh mereka..belum lagi dengan ujian dunia..kadang-kadang terdapat genius Melayu yang tewas seandainya kejayaan diukur pada keputusan peperiksaan.

Walaupun dikedudukan kedua dari belakang..ayah masih bangga dengan mu anakku.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff