08/07/2015

Ramalan Saifulsham 2017

Salam,

Saifulsham.com adalah satu jenama dan sebuah entiti perniagaan internet yang dikenali ramai satu tika dulu .. walaupun mereka masih pelajar namun usaha yang dilakukan dalam memperkenalkan perniagaan di internet di tahun 2005 adalah amat luar biasa .. aku rasa begitu.

Setiap hari , sekiranya aku surfing internet aku pastikan terlebih dahulu melayari blog diaorang.. berbanding blog Irfan Khairi kerana aku merasakan pendekatan yang digunakan oleh mereka begitu dekat dengan jiwa dan kehidupan aku.

Namun kini mereka sudah tidak lagi aktif diruangan maya .. mungkin sibuk dengan kerja di pelantar minyak atau dengan bisnes pingan mangkuk daripada Amerika Syarikat.

Namun mereka pernah membuat ramalan dalam post mereka pada 11 November 2007 iaitu berkenaan dengan tahun 2017 .. apa yang akan berlaku terhadap blog mereka.

Dan aku rasakan ramalan tersebut berlaku terlalu awal..

Ikuti post berkenaan ramalan berkenaan yang sempat aku ambil sebelum blog mereka sudah tidak dicakna atau dibayar domain ..hehehehe.

.........................................................................................
Hello pembaca SaifulSham,

Tajuk pos kali ini adalah 4 nilai angka, 2017. Ini bukanlah nombor plat kenderaan malah jauh sekali nombor ekor 4D. Angka 2017 adalah satu perumpaan untuk pos yang membawa erti 10 tahun akan datang (tahun 2007 tambah 10 tahun = 2017 kan?!).

Saya tidak mahu membuat ramalan (sama ada komet akan jatuh pada tahun tersebut) tetapi saya ingin bertanya kepada anda, dimana diri masing-masing pada tahun tersebut (kalau umur panjanglah).
Oleh kerana SaifulSham.com adalah sebuah blog perniagaan dan diuruskan oleh 2 orang yang semakin hari semakin tua (ehem,ehem), maka blog ini mungkin tidak lagi wujud pada masa itu

(Maybe lah, saya rasa, bila tua ni mata makin rabun, tidak boleh duduk lama-lama depan skrin).
Sebenarnya, sebelum 10 tahun akan datang, bayangkanlah apa yang ingin dicapai anda pada waktu itu sekarang, ya SEKARANG. Kebanyakan orang yang melawat blog ini inginkan maklumat-maklumat yang fresh tentang bagaimana untuk menjadi kaya melalui jalan perniagaan dan pelaburan.
Jujur saya beritahu anda, blog SaifulSham.com tidak cukup untuk membuatkan anda kaya. Saya tidak boleh memberi kekayaan kepada anda.

Baik, soalan menarik, saya ingin bertanya, “Kalau benar anda hendak kaya, tahap mana kekayaan anda itu jika diberi masa 10 tahun lagi?”

Ada orang akan menjawab, “Paling tidak macam Bill Gates!”, “Bawah sikit pada Syed Mokhtar Al-Bukhari”, “Nak ada syarikat penerbangan tambang murah sendiri”.

Wah, semua hendak kaya seperti itu. Baik saya tanya pada anda lagi, untuk mencapai kekayaan tahap mega rich seperti itu, apa yang telah anda lakukan pula?

Saya ingin berserius, jika anda ingin kaya seperti mega rich, pendekatan untuk mencapainya lain. Kalau anda hendak kaya tahap 1 million dollar guy sahaja pun lain pula pendekatannya. Untuk tidak kaya pun lain pula pendekatannya (kerja sampai pencen, dapat duit, belanja, tukar-tukar kereta. Ini pun dah cukup untuk buat anda tidak kaya).

Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi super rich dengan internet, anda perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti ini:

Syarikat anda harus disenaraikan di Bursa Saham (ini wajib, go public!)
Perniagaan internet mempunyai pelanggan yang besar (besar dan amat besar)
Sempadan perniagaan sehingga luar negara

Baik, saya tidak perlu senaraikan semua kriteria (nanti ada yang berasa tidak sedap hati  ). Tetapi, inilah syarat yang perlu anda penuhi. Jika anda masih berharapkan menjual satu jenis produk sahaja diinternet, maka impian untuk menjadi seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari mungkin satu impian yang terlalu tinggi.

Saya tidak kisah apa impian anda. Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza dan melihat kekayaan dari pelbagai sudut. Ada yang sudah cukup jika dapat cecah RM1 juta. Ada orang kalau dapat tambah ratus-ratus ringgit sebulan pun sudah terlebih cukup.

Tetapi, pos kali ini adalah untuk memberi penekanan bahawa, anda perlu menilai impian anda dengan melihat usaha anda sekarang.

Jika anda tanya saya, memang saya akui, saya tidak akan puas selagi syarikat saya tidak pergi PUBLIC (masuk pasaran saham). Jujurnya, saya melihat bidang internet adalah bidang Team SaifulSham tetapi siapa tahu, Team SaifulSham mungkin berkembang menjadi sebuah syarikat yang menjurus ke arah lain nanti.

Selagi impian saya tidak tercapai (untuk pergi ke pasaran saham), saya akan terus berusaha mencapainya.

P/S: Saya dah lama beritahu Sabri, alang-alang hendak jadi kaya, biarlah kami betul-betul kaya. Jadi, kami kena jadi sebuah syarikat public satu hari nanti ditambah pelaburan hartanah sebagai pendapatan pasif.

W.M.Syazwan

...................................................................................................................................................................


Wassalam


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff