15/07/2015

Thinking Big

Salam...

Jika beribadat, hendaklah beribadat dengan menganggap ibadah yang dilakukan adalah yang terakhir..

Jika bekerja...biarlah bekerja seolah-olah kita hidup 1000 tahun lagi.

Adakala disebabkan takutkan kematian kita rasa tidak perlu untuk berusaha dengan lebih gigih dan tekun untuk berjaya.

Apatah lagi dengan memikirkan soal kematian yang boleh datang tiba-tiba tanpa dijangka.

Apa yang akan berlaku terhadap usaha gigih yang dilakukan.

Maka ramai yang mula berusaha dengan ala kadar dan main-main untuk mencapai kejayaan duniawi.

Kesan daripada ini akan menyebabkan ummah menjadi lemah. Lemah dari segi ekonomi...bermakna kuranglah bantuan yang boleh diberikan kepada insan yang memerlukan dan bantuan kearah memperkuatkan Islam.

Natijahnya banyak perniagaan-perniagaan yang dimiliki bukan Islam.

Gedung-gedung perniagaan yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi dimonopoli bukan muslim.

Kita marah apabila kita ditipu dalam jual beli ..sedangkan yang menipu juga adalah dikalangan sesama muslim.

Walaupun agama melarang menipu.. Peniaga Melayu memang telah dicop penipu oleh kaum sendiri.

Maka tidak hairanlah ada yang suka berniaga atau membeli dengan bukan Muslim.

Tedapat juga peniaga yang jujur dan amanah namun mereka tidak berminat untuk berniaga ..mereka lebih suka menjadi ustaz dan Hafiz Al-Quran.

Alangkah bagusnya jika mereka juga pandai berniaga dalam masa yang sama dapat mempertingkatkan ekonomi ummah.

Sejuknya mata memandang jika yang berniaga peralatan komputer dan telefon pintar adalah dikalangan yang berjubah dan berketayap.

Namun kebanyakan mereka-mereka ini hanya menceburi bidang menjual pakaian dan makanan secara kecil-kecilan.

Agama tidak halang usahawan untuk kaya dan berjaya.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff