Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

10/08/2015

Charity

Salam..

People are doing charity for two reason..to get pahala and keberkatan dalam pendapatan yang diterima.

Penyucian kepada pendapatan yang halal.

Beberapa minggu yang lalu setiap kali jumaat aku akan sediakan sedikit wang dalam poket baju depan untuk disedekahkan kepada peminta sedekah yang berada di kawasan masjid KLCC.

Aku jadi sayu jika terdapat kanak-kanak dikalangan mereka.

Namun bila minggu berganti ... Setiap kali aku melalui dan ternampak dengan mereka hati aku menjadi keras untuk menghulur..kerana orang yang sama berada di sana pada setiap minggu.

Mungkin mereka adalah golongan Rohingya yang bukan rakyat Malaysia untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terdapat juga Akbar arus perdana yang melarang memberi sedekah kepada peminta sedekah dikhuatiri akan mengalakkan mereka lebih proaktif.

Tiadakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap peminta sedekah..atau pihak berkenaan sudah banyak kali membantu mereka namun mereka masih lagi tegar dalam profesion mereka.

Wassalam

Rumah Jaga Separuh Dari Hidup Kami

Salam

(Sekadar satu renungan)

Saya persembahkan satu pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.

Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga yg saya jangka 60 an menegur saya. Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara.
Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.

Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu,lalu saya menjengok ke dalam.

Ya Allah,seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai,berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit. Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah,beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.

Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar.
Dalam nada yg sedikit terketar,mungkin rasa bersalah, dia berkata,
"Minta maaf encik,anak saya, menumpang tidur di pondok ini"
Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.
"Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggai dua beranak. Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik,minta maaf."
Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam. Bahunya saya gosok utk menenangkannya. Saya pula yg serbasalah dan sedih.

Dia terus merintih,
"Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam. Rumah jagi ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak satu akan akan kesekolah menengah dg basikal,dia menumpang mandi di sekolah ini.
Encik,tolong,jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup." Disini dia dah teresak dan mengesat air mata dg lengannya.
Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok. Tangan anak itu saya lihat menampar nyamok di pipi. Ya Allah,anak semuda ini telah diuji dg kepayahan hidup.
Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah,hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..
Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini,tapi kali ini diam dan mengesat air mata,tetapi dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya,selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi penyambung hidup anak. Bila isterinya dijemput Allah,apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja,susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini.
Jika anak anda besungut tilam nipis, lama,katil kecil,bilik panas tak ada aircondt,ukurlah dg anak dara orang tua ini yg bermalam ditikat rumpur dilantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.
Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,sarapan tidak sedap,ukurlah dg anak ini yg mandi di tandas sekolah,sarapan dimana yg sempat.
Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka.
Jika jd ketua, ambil tahu sedikit kisah hidup orang bawah,jangan tahu mengarah shj.
Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis akan melembutkan hati.

Wassalam

08/08/2015

Nilai Ringgit 3.9

Salam..

Untuk mengetahui perkembangan terkini nilai ringgit.maka aku letakkan info berkenaan di bawah blog ini.

Penanda aras kemajuan dan kejatuhan ekonomi sesebuah negara adalah dengan melihat nilai ringgit berbanding dollar .

Sekarang nilai ringgit adalah 3.9 ringgit berbanding 1 dollar..ianya adalah terburuk sejak 17 tahun yang lalu.

Syarikat-syarikat international akan merasa kesan atas kejatuhan ringgit. Kerana harga-harga barang akan meningkat..hutang-hutang juga akan turut meningkat...

Hutang negara juga akan turut meningkat.

Syarikat-syarikat seperti Kumpulan EMKAY tidak akan merasakan sangat kesannya kerana kebanyakkan urusan perniagaan adalah dalam negara..dan bahan-bahan mentah adalah daripada sumber tempatan.

Ianya tidak melibatkan pertukaran Wang asing.

Dalam bisnes online juga kesannya tidak begitu ketara jika sumber dan pelanggan adalah daripada dalam negara.

Begitu juga dengan bisnes informasi..mungkin dari segi pembayaran hosting dan domain akan ada peningkatan...sekiranya anda menyewa hosting dari luar negara.

Jika ada yang kata ianya baik untuk sektor pelancongan..mungkin ianya baik ..kerana nilai tukaran Wang asing kita adalah rendah.

Tetapi pelancong yang datang melancong mungkin pelancong bajet...yang tidak akan berbelanja besar dalam negara.

Kesimpulannya ..kejatuhan nilai ringgit amat tidak baik untuk rakyat..kerana melibatkan ekonomi dan isi perut rakyat.

Wassalam.

Bisnes Sendiri

Salam..

Orang kata hidup itu sekali..

Oleh kerana hidup hanya sekali dan nyawa hanya satu dan jika anda ingin lakukan sesuatu yang anda inginkan lakukan sekarang.

Jika anda berhajat mahu mempunyai bisnes sendiri lakukan sekarang. Supaya anda tidak kempunan bila tua nanti.

Mula-mula wujudkan bisnes yang anda inginkan.

Daftarkan perniagaan di suruhanjaya syarikat Malaysia dan wujudkan akaun syarikat...tidak perlu daftar gst lagi.

Kemudian mula berbisnes dengan apa yang anda ada...tidak perlu membuat pinjaman.

Gunakan keuntungan yang ada untuk kembangan perniagaan.

Gagal atau berjaya perniagaan anda itu belakang kira.

Ianya bergantung kepada usaha yang diberikan terhadap bisnes berkenaan . jika gagal sekalipun anda telah mencuba.

Ianya lebih baik dari tidak mencuba..

Atau anda sememangnya tidak gifted dalam berniaga..maka makan gaji je la ..itu mungkin lebih baik buat anda.

Wassalam.

07/08/2015

Kisah Benar - Tosai Masala

Salam..

Sekadar berkongsi

Sebuah cerita sebagai renungan

Terjumpa seorang tua yg tinggal sekampung dengan saya di pekan, katanya nak ke setesen bas untuk balik, saya ajak balik dengan saya. Dia setuju. Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas, datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput. "Kita singgah minum sikit." kata saya mempelawa.

Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus. Saya singgah di satu kedai nasi kandar.

Saya order tosai masala dan teh o ais. Dia hanya order teh o ais. Bila disuruh order makan, dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.
Lalu saya tanya dia, "Pak ngah, kita cuba tose masala, sedaaap!"

Dia membalas, "Cikgu nak belanja saya, saya terima saja. Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih." Saya senyum saja. Kami makan sambil berbual.
Katanya, "Sedap cikgu. Saya tak pernah makan, ingat ini orang India saja makan."

Selesai makan dia bertanya, "Mahai ka tose ni, berapa duit sebiji?". Saya membalas, "RM 3.50 sebiji." Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya, mengeluar uncang plastik kecil yg berlipat. Ada beberapa not seringgit dan duit siling.

Saya sangka dia nak bayar, cepat-cepat saya suruh dia simpan, kerana saya nak bayar. Tetapi dia berkata,
"Saya rasa bersalah, kerana saya dapat makan yg sedap hari ni, tapi anak bini saya tidak. Kami selalu kongsi susah senang. Bila makan sedap begini, saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga, supaya saya tak rasa bersalah, rasa penting diri. Beli sebiji pun jadilah, depa boleh kongsi lima orang. Kalau tak kenyang pun, dapat rasa jadilah."

Ya Allah. Subhanallah! Saya tergamam, sebak mendengar kata-katanya. Betapa kuat ingatan kasihnya kpd anak isterinya. Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan di luar sendirian. Jernihnya jiwa insan ini, kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya, baik yg susah mau pun yg menyenangkan.

Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik. Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.

Tuhan menunjukkan kpd saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yg serba kurang dalam hidup, berkongsi segalanya, sedang kita yg mewah, membina sikap individualistik. Makan pun dah jarang bersama, makan pun tak sama, apa lagi berkongsi susah senang. Lihatlah betapa anak-anak mengabai ibu bapa, apa yg mereka makan, apa masalah yg mereka hadapi. Ada juga ibu bapa yg tak peduli masalah anak, asal beri duit dah cukup.

Ada bapa yg ke majlis sana sini, hanya membawa perut yg kekenyangan balik ke rumah..

Ada yg hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu di luar sedang anak isteri tak pernah merasa.

Perkahwinan itu perkongsian yg berterusan hingga ke liang lahat. Berkongsi dg isteri, anak bahkan cucu. Binalah ingatan bersama. Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan, bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain.

Itulah yg membina keeratan ikatan kekeluargaan.

Wassalam.



06/08/2015

Retender

Salam..

Retender ..perkataan yang dirasakan satu malapetaka kepada sesuatu syarikat yang telah menandatangani surat setuju terima.

Puncanya retender adalah semasa mesyuarat kickoff dengan agensi atau jabatan..terdapat beberapa perkara yang tidak sama dengan apa yang di hantar semasa penghantaran dokumen tender.

Perbezaan mungkin dari segi spesifikasi teknikal yang dibentangkan semasa kickoff tidak sama dengan dokumen teknikal tender.

Perkara ini mungkin berlaku daripada kecuaian urusetia tender..yang tertukar dokumen tender teknikal syarikat anda dengan syarikat lain.

Apabila di hantar untuk penilaian teknikal..jawatankuasa teknikal menilai dokumen teknikal syarikat yang lain.

Apabila kesalahan ini dikesan..penarikan pelantikan terpaksa dibuat.

Ibarat nasi yang didalam mulut diluahkan semula.

Jika perkara ini berlaku ke atas anda...redha jela..ianya bukan rezeki anda.

Wassalam

05/08/2015

Kisah Joe Karbo : Lagenda Mail Order

Salam

Joe Karbo lagenda pemasaran Mail Order .  Beliau merupakan seorang pemalas tetapi mempunyai simpanan jutaan ringgit dibank!

Beliau juga merupakan penulis buku The Lazy Man’s Way to Riches .
Buku tersebut dijual dengan harga $10 paperback.

Apa rahsia Joe Karbo – seorang pemalas yang boleh menjadi kaya?
Apakah mereka yang sudah mencapai taraf jutawan ini tahu yang kita
tidak tahu?

Joe Karbo menjual produk secara terus atau direct response. Ini
bermakna beliau menjual sesuatu melalui iklan. Beliau akan menempah
satu iklan penuh diakhbar dan menunggu pesanan tiba.

Wow ianya meletup! Dan kemudian beliau akan menghubungi mereka semula dan
menjual produk yang lain pula. Inilah rahsia kekayaan Joe Karbo – si
pemalas yang tahu bagaimana untuk menjadi kaya.

Projek pertama beliau ialah sebuah buku berkenaan pengurusan
kewangan. Beliau menghadapi masalah hutang yang teruk.

Selepas membuat sedikit ulangkaji diperpustakaan dan bertanya kepada mereka
yang lebih pakar, beliau menulis sebuah buku “Bagaimana Membayar
Hutang Dalam Tempoh Seminggu Tanpa Meminjam?” Buku ini meletup
dipasaran sehingga beliau mampu untuk membayar semua hutang dan
mempunyai cukup simpanan untuk membeli rumah dan kereta.

Joe tahu bagaimana menggunakan masa yang singkat untuk mendapatkan
wang yang banyak. Beliau tahu bagaimana untuk mencari satu punca
pendapatan tunai yang bekerja untuk beliau tanpa henti.

Sama ada beliau ada atau tidak, wang tetap akan masuk kedalam akaun banknya.

Agak-agak kat Malaysia boleh buat ke strategi nie .. aku rasa 50-50 ... :)

Sumber : http://www.infomarketingblog.com

Joe Karbo berjambang


Wassalam

04/08/2015

Jenis Bisnes Informasi

Salam..

Ada seorang tokey kedai makan yang mengkategorikan bisnes kepada 3 kategori..dan tokey ini memang telah berjaya dengan teori yang dicipta.

Jenis kategori bisnes makan yang dikelaskan adalah seperti di bawah.

1. Taugeh - Bisnes makanan yang disiapkan secara segera...tokey ini bermula dengan menjual nasi lemak di tepi jalan..daripada kuantiti sedikit ..kemudiannya ia bertambah..akhirnya dibantu oleh ahli keluarga yang lain.

Kaedah ini adalah sama dengan bisnes informasi untuk jualan special reports atau laporan khas..di mana jumlah muka surat tidak lebih daripada 50 muka surat. Ye!!! Yang bestnya ia boleh disiapkan dalam waktu yang singkat.. Contohnya: laporan khas Rahsia Smartphone. Boleh didapati di www.rahsiasmartphone.blogspot.com

2. Serai - Bisnes makanan yang memerlukan kedai makan atau restoran. Modal daripada keuntungan menjual nasi lemak digunakan untuk membuka kedai sendiri..ianya bisnes makan yang sentiasa ada permintaan..contohnya jualan nasi campur.

Kaedah ini saya gunakan untuk menjual eBook yang mempuyai 50 lebih muka surat..dan beberapa bonus akan disertakan.contohnya eBook Rahsia Ecover yang boleh didapati di www.rahsiaecover.blogspot.com.

3. Durian - Bisnes makanan yang bermusim..iaitu bisnes catering...sangat laris pada musim cuti sekolah dan pada acara-acara tertentu..terutama untuk majlis perkahwinan.

Kaedah ini boleh diimplementasikan untuk produk eBook temuduga atau eBook berkaitan  soalan-soalan peperiksaan...kerana ianya bermusim..yang ini perancangkan sudah ada..cuma belum disusun dalam format eBook.

Semoga bermanfaat..

Wassalam.

03/08/2015

Persaingan Dalam Bisnes Informasi

Salam..

Persaingan sihat atau tidak..

Mestila tidak sihat bro...kenapa tidak sihat? Kerana duit pelanggan akan masuk ke dalam poket pesaing anda.

Yang sihatnya...anda akan berusaha memastikan duit berkenaan masuk atau kembali semula ke dalam poket anda.

Apa yang akan anda lakukan dalam bisnes informasi adalah..

1. Perbanyakkan produk informasi.

2. Turunkan harga produk( langkah terakhir yang aku akan buat)

3. Baiki kualiti eBook.(termasuk cover eBook)

4. Menambahkan lagi kaedah pemasaran dan SEO.

5. JV dengan mana-mana usahawan informasi yang dikenali ramai yang mempunyai peminat lebih dari anda.

Cuba renungkan semoga bermanfaat.

Wassalam

NO MORE RM 5

Salam..

Mereka kata ekonomi baik berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

Negara maju hanya pada mata dunia...

Apa guna negara maju jika pendapatan rakyat tidak bertambah...barang-barang menjadi semakin mahal.

Apakah langkah-langkah yang dibuat untuk memperbanyakkan sumber bahan mentah dalam negara.

Sedangkan kebanyakkan bahan mentah diimport dari luar negara..

Waima santan dan padi pun diimport dari luar negara.

Tidak hairanlah sekiranya makanan yang kita makan menjadi begitu mahal..kerana kita kekurangan sumber bahan mentah dalam negara.

Untuk menjadikan harga makanan murah bersedialah untuk menjadi pengeluar..atau bersedialah untuk kenaikan harga barang kerana no more 5 ringgit untuk nasi satu lauk dan satu sayur.

Wassalam.

01/08/2015

Promosi Pakej Sentap

Salam.

Team tarbiah sentap genap setahun ditubuhkan.

Sempena ulangtahun berkenaan.
Team tarbiah sentap membuat promosi hebat untuk produk-produk keluaran tarbiah sentap.

Diskaun yang diberikan memang terbaik..bukan diskaun yang penting tetapi isi kandungan produk berkenaan.

Tanpa diskaun yang giler-giler pun aku tetap beli.

Laman web diaorang aku letak dalam blog list aku..supaya setiap perkembangan diaorang dapat aku follow rapat.

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff