Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

30/09/2015

Hari Lahir Miqdad Ke 6

Salam..

Aku bukan suka sangat untuk menyambut hari lahir.

Hari lahir aku pun...aku suka ianya berlalu diam-diam je.

Sekarang dengan adanya facebook...semua yang add friend akan dapat notification birthday aku...eemmm..

So ...semalam adalah harijadi miqdad yang ke 6...humaira balik dari ofis..sempat belikan kek.

Seronok tengok miqdad tiupkan lilin dan anak-anak main tiup belon.

Diaorang gembira ...aku pun gembira .

wassalam


19/09/2015

Pameran Buku Popular Ampang Point 2015

Salam...weekend lepas.kiranya aku langkah kanan.

Hajat hati nak beli hadiah buku..untuk wedding exofismate.

Aku riki ampang point..rupenya kedai popular buat pameran buku..dengan diskaun sehingga    25% di bahagian lobi..

Pameran ini bermula 18 hingga 29.9.2015 ..sempatla jugak aku sambar buku 21 Formula Hidup Luar Biasa ...selalunya harga dalam 40 hinggit Lebih..he he

Wassalam.

Buku : Aku , Dia & Rezeki

Salam...

Semalam aku riki kedai buku al-faizuun..selepas solat jumaat di masjid KLCC.

Kedai ni terletak di Jalan Raja Alang..kg baru..dekat dengan masjid jamek kg baru dan bersebelahan dengan kedai makan Wong solo.

Senangla kalo korang nak riki kedai ni.

Jadi hajat aku nak beli buku untuk hadiah perkahwinan ex ofis .. Trend aku memang suka bagi hadiah buku untuk hadiah perkahwinan.

Tapi malangnya dikedai tu xde buku yang sesuai dan yang aku nak.

Tapi aku sempat sambar buku bertajuk Aku, Dia & Rezeki..penulisnya adalah Mohammad Feroz seorang penjual dadih dan pengedar buku karangkraf.

Satu malam je aku dah khatam buku ni..

Dan ianya memang ditulis melalui hati.. Kebanyakan kisah-kisah yang diceritakan dekat dengan kehidupan aku.

Hampir sama...mungkin anda juga melalui kehidupan yang hampir serupa.

Kalo nak tau..korang kena dapatkan buku ni.

Harga RM 24.38 diterbitkan oleh syarikat penerbitan Legacy.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff