Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

25/11/2015

Ujian Pengesanan Darjah 1

Salam,

Minggu lepas  aku menemani miqdad bagi menduduki peperiksaan pengesanan untuk menentukan kedudukan kelas. Sama ada kelas budak pintar atau sederhana pintar.

Aku kira ianya amat penting kerana ada sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Tadika Swasta yang menggunakan silibus darjah 1 dan 2 terkehadapan dengan silibus yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan.

Untuk membezakan kaedah pembelajaran yang perlu diajar kepada murid-murid darjah satu yang mempunyai kemahiran berbeza maka perlu dibuat ujian pengesanan.

Tidaklah nanti guru-guru akan mengajar ilmu yang telah diketahui oleh pelajar berkenaan. Dalam pada masa pelajar tersebut tidak perlu menunggu pelajar lain mencapai level yang sama.


Semestinya ramai ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memasuki kelas pintar berbanding dengan kelas yang sederhana. Bagi aku ... bergantung kepada kemampuan anak juga.  

Wassalam,

18/11/2015

LNPT

Salam...

Laporan penilaian prestasi tahunan atau LNPT merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan untuk mengukur prestasi pekerjaan kakitangan awam.

Bulan November adalah bulan di mana kakitangan awam sibuk menyiapkan sasaran kerja tahunan dan mengisi semua aktiviti dan kursus-kursus yang dihadiri sepanjang tahun.

Bagi orang atasan ianya adalah masa untuk "ketuk" orang bawahan yang mereka tidak suka dan jika ada pegawai atasan yang emosional. Ianya adalah masa untuk balas dendam dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada orang bawahan.

Ketika inilah orang bawahan terasa diri macam kuli .. dan ada juga yang akan terasa down sekiranya markah yang diberikan adalah rendah dan cukup-cukup untuk membolehkan kenaikan gaji tahunan.

Antara perkara-perkara yang boleh digunakan oleh orang atasan untuk menekan pegawai bawahan adalah :-

1. Mempertikaikan permohonan cuti.
2. Tidak menandatangan punch card yang lewat.
3. Menggunakan Penilaian Tahunan.

Perkara-perkara di atas boleh diguna pakai juga kepada pegawai bawahan yang malas untuk buat kerja atau yang tidak menurut arahan aka degil.

Wassalam.


12/11/2015

Kegilaan Bermesyuarat

Salam...

Pagi tadi aku sempat menghadiri meeting ...yang aku kira agak panjang.. dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengahari.

Agak aku... chairman yang mempengerusikan meeting pada hari tu..xde keje lain nak dibuat.. sebagai chairman perlulah consider dengan ahli-ahli mesyuarat yang lain..yang mempunyai pelbagai kerja lain yang perlu dilaksanakan.

Bagi aku..mesyuarat yang panjangnya lebih dari satu jam setengah dikira sudah melebihi masa untuk seorang individu normal fokus dalam satu-satu perkara.

Jadikan sesuatu mesyuarat itu lebih fokus kepada perkara yang perlu sahaja..usah meleret-leret..yang penting motif utama diadakan mesyuarat tercapai.

natijahnya...balik dari mesyuarat tadi..kepala aku naik pening..pening sebab letih menunggu bila mesyuarat nak abis.

wassalam

The Last Lecture

Salam...

This is amazing, Randy Pausch 47 yrs old, A computer Sc. lecturer from Mellon Universityhe died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘The last lecture” before then, one of the bestsellers in 2007. What a legacy to leave behind… 
In a letter to his wife Jai and his children, Dylan, Logan, and Chloe, he wrote this beautiful "guide to a better life" for his wife and children to follow.
May you be blessed by his insight. 

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE 

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment 
3. Don't over do; keep your limits 
4. Don't take yourself so seriously; no one else does 
5. Don't waste your precious energy on gossip 
6. Dream more while you are awake 
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present 
11. No one is in charge of your happiness except you 
12. Realize that life is a school and you are here to learn. 
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others 
17. Forgive everyone for everything 
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6 
19. Try to make at least three people smile each day 
20. What other people think of you is none of your business 
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do. 
23. GOD heals everything 
24. Do the right things 
25. However good or bad a situation is, it will change 
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up 
27. The best is yet to come 
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful 
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it 
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy. 

Wassalam.

09/11/2015

Ada Betul Nasihat Jack Ma

Salam...

Siapa Jack Ma?...Jack Ma adalah antara orang terkaya di Cina..merupakan founder alibaba.com.

Apa nasihat Jack Ma kepada orang muda..korang boleh ambik sebagai tanda aras secara umum ..apa yang anda telah capai dalam hidup.

Nasihatnya adalah seperti dibawah:

1. Belajarlah sehingga umur anda 25 tahun

2. Bekerja dengan syarikat dan pelajarilah segala ilmu yang boleh dikaut di dalam syarikat berkenaan sebelum berumur 30 tahun.

3. Bekerja di syarikat sendiri apabila berumur 30 hingga 40 tahun. Rasai pahit manis ..jatuh bangun dalam bisnes.

4. Umur 40 hingga 60 tiada lagi try and error..fokus kepada satu bisnes yang menjana keuntungan.

5. Umur 60 hingga mati...berkongsi dengan orang muda..ilmu yang ada..bagi dana atau bantuan atau sokongan kepada generasi baru...bercuti dan enjoy hidup...your money work for u.

Sekarang cuba tengok berapa umur kita dan kita di tahap mana..apa yang patut kita lakukan pada umur sebegitu.

wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff