18/11/2015

LNPT

Salam...

Laporan penilaian prestasi tahunan atau LNPT merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan untuk mengukur prestasi pekerjaan kakitangan awam.

Bulan November adalah bulan di mana kakitangan awam sibuk menyiapkan sasaran kerja tahunan dan mengisi semua aktiviti dan kursus-kursus yang dihadiri sepanjang tahun.

Bagi orang atasan ianya adalah masa untuk "ketuk" orang bawahan yang mereka tidak suka dan jika ada pegawai atasan yang emosional. Ianya adalah masa untuk balas dendam dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada orang bawahan.

Ketika inilah orang bawahan terasa diri macam kuli .. dan ada juga yang akan terasa down sekiranya markah yang diberikan adalah rendah dan cukup-cukup untuk membolehkan kenaikan gaji tahunan.

Antara perkara-perkara yang boleh digunakan oleh orang atasan untuk menekan pegawai bawahan adalah :-

1. Mempertikaikan permohonan cuti.
2. Tidak menandatangan punch card yang lewat.
3. Menggunakan Penilaian Tahunan.

Perkara-perkara di atas boleh diguna pakai juga kepada pegawai bawahan yang malas untuk buat kerja atau yang tidak menurut arahan aka degil.

Wassalam.


0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff